3 Kesukaan Nabi…

Di sini saya ingin kongsikan perbualan Rasulullah dengan para sahabat tentang 3 kesukaan mereka masing-masing dalam dunia ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”

1- Wangi-wangian.

2- Isteri yang soleh.

3- Ketenangan semasa solat.

Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”

suka, senyum

1- Melihat wajah Rasullullah.

2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah.

3- Suka anaknya Aisyah menjadi isteri Rasullullah.

Kemudian Saidina Umar pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”

1- Mencegah kemungkaran.

2- Menyuruh kepada kebaikan.

3- Berpakaian sederhana.

Selepas itu Saidina Othman pula berkata..”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan..”

1- Memberi makan orang yang lapar.

2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian.

3- Membaca Al-Quran.

Kini tiba pula giliran Saidina Ali..”Benar ya Othman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”

1- Melayan tetamu.

2- Berpuasa di musin panas.

3- Memukul musuh dengan pedangku (semasa perang).

Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!” Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:

1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat.

2- Aku suka mendampingi orang yang beriman.

3- Yang ini saya lupa (sesapa tolong beritahu…)

Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”

1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku.

2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku.

3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar….

Ambillah iktibar dari kisah ini, semua kesukaan yang diceritakan di atas boleh dipilih oleh kita untuk menjadikannya amalan kita. Tapi kalau kita tanya rakan  dan diri kita sendiri, apakah 3 kesukaan atas dunia ni…jawapannya mungkin:

1- Kaya

2- Awek… kalu perempuan lak barang hiasan kot…

3- Enjoy!

Ah….jom berubah!

13 Comments

    • wanwma
    • wanwma
    • wanwma
  1. farah
    • wanwma

Add Comment