8 Surah Untuk Anak

Telah menjadi adat Melayu, surah atau ayat-ayat dalam Al-Quran dijadikan sebagai azimat, diamalkan untuk mendapat sesuatu dan seumpamanya tetapi dalam masa yang sama meninggalkan arahan Allah yang lain.┬áSebagai contoh, mereka solat tetapi tidak menutup aurat, mereka mengaku Islam tetapi menolak undang-undang Islam dan seumpamanya.┬áSebagai umat Islam kita perlulah memartabatkan Al-Quran itu sendiri selain dari mengamalkan beberapa potong ayat di dalamnya sahaja. Dengan itu barulah amalan kita diberkati Allah.. InsyaAllah…

Di sini admin senaraikan 8 surah yang boleh dijadikan amalan untuk mendapatkan anak yang baik:

  1. Surah Al-Fatihah- Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan.
  2. Surah Maryam- Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  3. Surah Luqman- Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
  4. Surah Yusuf- Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
  5. Surah Hujurat- Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
  6. Surah Yasin- Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  7. Surah At-Taubah-Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat.
  8. Surah An-Nahl- Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Wallahualam…

2 Comments

  1. yeesh

Add Comment