Ada Apa Dengan Melayu?

Apabila disebut tentang Melayu, tergambar satu ayat yang agak popular di kalangan orang Melayu dalam fikiran saya iaitu “Takkan Melayu hilang di dunia!”. Kenapa munculnya ayat ini? Pada saya ayat ini hadir kerana rasa cinta dan bangga bangsa Melayu terhadap keturunannya. Namun apakah nilai yang hebat tentang perjuangan memartabatkan Melayu? Pernah seorang pejuang Islam yang bersama Rasulullah di medan perang dan mati dalam medan perang tersebut namun dijanjikan neraka untuknya kerana beliau bukan berjuang kerana Allah, sebaliknya kerana ingin mempertahankan tanah Arab.

Bagaimana pula jika seorang lelaki Melayu mati kerana memperjuangkan bangsa Melayu? Di mana tempat dia akan diletakkan? Tidak salah memperjuangkan bangsa, tetapi apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh bangsa itu? Adakah bangsa itu mempejuangkan agama Allah? Jika tidak kenapa kita terlalu bising tentang perjuangan bangsa?

Apakah kemulian yang ada pada bangsa Melayu? Saya sendiri adalah orang Melayu dan saya sangat bersyukur  dilahirkan sebagai bangsa Melayu. Namun saya tidak pernah merasakan bangsa ini lebih mulia daripada bangsa lain. Kenapa? Kerana Rasulullah sendiri tidak memuliakan bangsanya kecuali mereka-mereka yang cintakan Allah. Rasulullah sendiri pernah menyebut “Celakalah kamu wahai orang Arab!”, kenapa Rasulullah berkata demikian? Bukankah baginda sendiri berasal dari kaum Arab? Kisahnya begini:

Abdullah bin Amar bin Muhammad bin Aban al-Ju’fi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abd Rahim iaitu Ibnu Sulaiman telah meriwayatkan kepada kami daripada Zakaria’ daripada Abi Ishaq daripada ‘Amar bin Maimun Al-Audi daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata:

Ketika Rasullullah sedang bersolat di Baitilah, Abu Jahal dan sahabat-sahabatnya yang terdiri dari orang-orang ternama Quraisy sedang duduk di situ. Kebetulan pada waktu itu ada seekor unta sedang disembelih. Abu Jahal lalu berkata kepada 6 orang sahabatnya, “Siapakah di antara kalian yang berani mengambil uri/tembuni unta (organ dalaman unta) dan meletakkannya pada Muhammad yang sedang bersujud?” Maka seorang yang paling celaka dari mereka pergi mengambilnya dan ketika Rasulullah sedang sujud, dia pergi meletakkan uri unta itu di antara tulang belikat (belakang) Rasulullah. Setelah itu mereka ketawa berdekah-dekah sambil mengejek-ngejek Rasulullah. Rasulullah diam dan tidak bangun dari sujudnya sehinggalah Fatimah (anak baginda) ternampak kejadian itu dan mengambil uri unta dari belakang Rasulullah. Setelah itu barulah Rasulullah menyelesaikan solatnya dan berdoa, “Celakalah kamu wahai orang arab Quraisy!”, sebaik saja mendengar doa Rasulullah, kesemua tujuh orang arab mula merasa takut dan diam tidak terkata. Rasulullah menyambung doanya, “Celakalah kamu wahai Abu Jahal!”, “Celakalah kamu wahai Uqbah bin Rabi’ah!” dan begitulah seterusnya baginda menyebut seorang demi seorang sahabat rapat Abu Jahal itu.

Persoalanya di sini, kepada Rasulullah berkata ‘Celakalah kaum Arab Quraisy?’, ia sebenarnya bermaksud celakalah orang Arab yang menghina nabi Allah, menghina Allah dan juga Islam. Tiada sebarang kemulian kepada mereka meskipun mereka berbangsa Arab yang sama keturunannya dengan Rasulullah. Kemuliaan setiap insan itu atas dasar Islam dan keimanannya kepada Allah dan rasulnya. Bukan pada bangsanya!

Oleh yang demikian apakah faedahnya memperjuangkan bangsa jika Islam dihina? Apakah faedahnya bertekak lidah tentang ketuanan Melayu sedangkan perjuangan untuk memartabatkan undang-undang Islam diketepikan. Benarkah undang-undang Islam tidak dapat dilaksanakan dalam sebuah negara majmuk dan mempunyai rakyat yang menganut pelbagai agama berbeza? Lupakah kita bahawa ketika Rasulullah memerintah, baginda juga mempunyai rakyat berbagai agama dan bangsa? Atau kita menganggap undang-undang yang diciptakan oleh Allah itu lemah dan tidak sesuai untuk orang bukan Islam? Sesungguhnya dengan berfikiran begitu kita telah pun syirik kepada Allah. Padahal undang-undang Islam itu meliputi seluruh peraturan dunia samada untuk orang Islam, bukan Islam, manusia dengan haiwan, manusia dengan tumbuhan, manusia dengan Allah dan segala-galanya.

Apabila kita bangkitkan tentang kelebihan bangsa, kita seolah-olah menghina bangsa lain. Ia sama saja sebagaimana sifat orang arab yang berbangga dengan bangsanya dan menghina bangsa lain. Lebih teruk lagi bangsa Israel yang menganggap bangsa lain seperti binatang semata-mata.

Perjuangan bangsa tidak membawa kita ke mana-mana, hanya dengan keegoan dan kesombongan kerana dilahirkan sebagai bangsa Melayu tidak memabawa apa-apa makna. Ia hanya akan menyebabkan kebencian dan kemarahan bangsa lain. Berbeza dengan perjuangan memartabatkan Islam. Tidak kira apa jua bangsa kita, kita adalah saudara dan orang bukan Islam yang baik pula adalah kawan yang perlu dihormati. Islam mengajar kita supaya memerintah dengan adil dan saksama. Islam mengajar kita supaya memartabatkan Islam! Bukan bangsa! Jika Rasulullah sendiri mendoakan kebinasaan kepada bangsanya, apa pula kelebihan bangsa kita jika meninggalkan Islam seperti ini?

Renungkan balik apa yang telah berlaku kepada bangsa kita:

  • Berzina, rogol dan sumbang mahram.
  • Golongan paling tinggi membuang dan membunuh anak.
  • Meninggalkan solat (jika berterusan boleh jadi murtad).
  • Tidak melaksanakan undang-undang Islam.
  • Rahsuah berleluasa.
  • Wanita berpakaian tetapi telanjang. Hasilkan pula rekaan fesyen alaf baru yang jauh terpesong dari landasan Islam. Seolah-olah terma dan syarat pemakaian yang ditetapkan oleh Allah itu sangat ketingglan zaman, hodoh dan hina!
  • Mengagung-agungkan hiburan.
  • Menyediakan pusat judi terbesar di asia tenggara.

Dan banyak lagi yang tidak dapat saya penuhkan di sini. Tidakkah ini semua seolah-olah menghina Islam? Siapakah bangsa yang paling ramai melakukan kesalahan-kesalahan di atas? Tentu saja jawapannya ialah MELAYU! Jadi ada apa dengan MELAYU? Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah! Perjuangkanlah ISLAM!


27 Comments

  1. melayusihat
    • kipas surat
    • thrasher115
  2. izzah
  3. Nisrin
    • wanwma
  4. Nisrin
  5. kak Su
  6. Iman
  7. dzul
    • wanwma
  8. hanim
    • Hisham
    • ibrahim
  9. hanim
  10. afzyim
    • Hisham
      • ibrahim
  11. minami
  12. ibrahim

Add Comment