Home / Artikel Cahaya Islam / Ada Apa Dengan Melayu?

Ada Apa Dengan Melayu?

Apabila disebut tentang Melayu, tergambar satu ayat yang agak popular di kalangan orang Melayu dalam fikiran saya iaitu “Takkan Melayu hilang di dunia!”. Kenapa munculnya ayat ini? Pada saya ayat ini hadir kerana rasa cinta dan bangga bangsa Melayu terhadap keturunannya. Namun apakah nilai yang hebat tentang perjuangan memartabatkan Melayu? Pernah seorang pejuang Islam yang bersama Rasulullah di medan perang dan mati dalam medan perang tersebut namun dijanjikan neraka untuknya kerana beliau bukan berjuang kerana Allah, sebaliknya kerana ingin mempertahankan tanah Arab.

Bagaimana pula jika seorang lelaki Melayu mati kerana memperjuangkan bangsa Melayu? Di mana tempat dia akan diletakkan? Tidak salah memperjuangkan bangsa, tetapi apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh bangsa itu? Adakah bangsa itu mempejuangkan agama Allah? Jika tidak kenapa kita terlalu bising tentang perjuangan bangsa?

Apakah kemulian yang ada pada bangsa Melayu? Saya sendiri adalah orang Melayu dan saya sangat bersyukur  dilahirkan sebagai bangsa Melayu. Namun saya tidak pernah merasakan bangsa ini lebih mulia daripada bangsa lain. Kenapa? Kerana Rasulullah sendiri tidak memuliakan bangsanya kecuali mereka-mereka yang cintakan Allah. Rasulullah sendiri pernah menyebut “Celakalah kamu wahai orang Arab!”, kenapa Rasulullah berkata demikian? Bukankah baginda sendiri berasal dari kaum Arab? Kisahnya begini:

Abdullah bin Amar bin Muhammad bin Aban al-Ju’fi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abd Rahim iaitu Ibnu Sulaiman telah meriwayatkan kepada kami daripada Zakaria’ daripada Abi Ishaq daripada ‘Amar bin Maimun Al-Audi daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata:

Ketika Rasullullah sedang bersolat di Baitilah, Abu Jahal dan sahabat-sahabatnya yang terdiri dari orang-orang ternama Quraisy sedang duduk di situ. Kebetulan pada waktu itu ada seekor unta sedang disembelih. Abu Jahal lalu berkata kepada 6 orang sahabatnya, “Siapakah di antara kalian yang berani mengambil uri/tembuni unta (organ dalaman unta) dan meletakkannya pada Muhammad yang sedang bersujud?” Maka seorang yang paling celaka dari mereka pergi mengambilnya dan ketika Rasulullah sedang sujud, dia pergi meletakkan uri unta itu di antara tulang belikat (belakang) Rasulullah. Setelah itu mereka ketawa berdekah-dekah sambil mengejek-ngejek Rasulullah. Rasulullah diam dan tidak bangun dari sujudnya sehinggalah Fatimah (anak baginda) ternampak kejadian itu dan mengambil uri unta dari belakang Rasulullah. Setelah itu barulah Rasulullah menyelesaikan solatnya dan berdoa, “Celakalah kamu wahai orang arab Quraisy!”, sebaik saja mendengar doa Rasulullah, kesemua tujuh orang arab mula merasa takut dan diam tidak terkata. Rasulullah menyambung doanya, “Celakalah kamu wahai Abu Jahal!”, “Celakalah kamu wahai Uqbah bin Rabi’ah!” dan begitulah seterusnya baginda menyebut seorang demi seorang sahabat rapat Abu Jahal itu.

Persoalanya di sini, kepada Rasulullah berkata ‘Celakalah kaum Arab Quraisy?’, ia sebenarnya bermaksud celakalah orang Arab yang menghina nabi Allah, menghina Allah dan juga Islam. Tiada sebarang kemulian kepada mereka meskipun mereka berbangsa Arab yang sama keturunannya dengan Rasulullah. Kemuliaan setiap insan itu atas dasar Islam dan keimanannya kepada Allah dan rasulnya. Bukan pada bangsanya!

Oleh yang demikian apakah faedahnya memperjuangkan bangsa jika Islam dihina? Apakah faedahnya bertekak lidah tentang ketuanan Melayu sedangkan perjuangan untuk memartabatkan undang-undang Islam diketepikan. Benarkah undang-undang Islam tidak dapat dilaksanakan dalam sebuah negara majmuk dan mempunyai rakyat yang menganut pelbagai agama berbeza? Lupakah kita bahawa ketika Rasulullah memerintah, baginda juga mempunyai rakyat berbagai agama dan bangsa? Atau kita menganggap undang-undang yang diciptakan oleh Allah itu lemah dan tidak sesuai untuk orang bukan Islam? Sesungguhnya dengan berfikiran begitu kita telah pun syirik kepada Allah. Padahal undang-undang Islam itu meliputi seluruh peraturan dunia samada untuk orang Islam, bukan Islam, manusia dengan haiwan, manusia dengan tumbuhan, manusia dengan Allah dan segala-galanya.

Apabila kita bangkitkan tentang kelebihan bangsa, kita seolah-olah menghina bangsa lain. Ia sama saja sebagaimana sifat orang arab yang berbangga dengan bangsanya dan menghina bangsa lain. Lebih teruk lagi bangsa Israel yang menganggap bangsa lain seperti binatang semata-mata.

Perjuangan bangsa tidak membawa kita ke mana-mana, hanya dengan keegoan dan kesombongan kerana dilahirkan sebagai bangsa Melayu tidak memabawa apa-apa makna. Ia hanya akan menyebabkan kebencian dan kemarahan bangsa lain. Berbeza dengan perjuangan memartabatkan Islam. Tidak kira apa jua bangsa kita, kita adalah saudara dan orang bukan Islam yang baik pula adalah kawan yang perlu dihormati. Islam mengajar kita supaya memerintah dengan adil dan saksama. Islam mengajar kita supaya memartabatkan Islam! Bukan bangsa! Jika Rasulullah sendiri mendoakan kebinasaan kepada bangsanya, apa pula kelebihan bangsa kita jika meninggalkan Islam seperti ini?

Renungkan balik apa yang telah berlaku kepada bangsa kita:

  • Berzina, rogol dan sumbang mahram.
  • Golongan paling tinggi membuang dan membunuh anak.
  • Meninggalkan solat (jika berterusan boleh jadi murtad).
  • Tidak melaksanakan undang-undang Islam.
  • Rahsuah berleluasa.
  • Wanita berpakaian tetapi telanjang. Hasilkan pula rekaan fesyen alaf baru yang jauh terpesong dari landasan Islam. Seolah-olah terma dan syarat pemakaian yang ditetapkan oleh Allah itu sangat ketingglan zaman, hodoh dan hina!
  • Mengagung-agungkan hiburan.
  • Menyediakan pusat judi terbesar di asia tenggara.

Dan banyak lagi yang tidak dapat saya penuhkan di sini. Tidakkah ini semua seolah-olah menghina Islam? Siapakah bangsa yang paling ramai melakukan kesalahan-kesalahan di atas? Tentu saja jawapannya ialah MELAYU! Jadi ada apa dengan MELAYU? Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah! Perjuangkanlah ISLAM!


About wanwma

Check Also

“bestnya dia, takde masalah ke dia?”

Manusia Sering Lupa Bila merenung diri, sekeliling dan masyarakat, kita tertanya-tanya “bestnya dia, takde masalah …

27 comments

  1. salam. hanya yang tak tahu dan tak faham makna melayu, orang melayu dan di tanah melayu akan berkata begitu. hayati makna melayu dalam perlembagaan melayu

    • assalamualaikum..

      maaf kalau mengganggu..
      kalau saya silap..betulkan saya..
      kenapa kita terlalu mementingkan melayu..sedangkan melayu tidak akan membawa kita ke syurga..kerana di dalam kubur..kita hanya akan ditanya..APA AGAMA KAMU..dan tidak akan ditanya APA BANGSA KAMU..sedangkan RASULLULLAH sendiri mencela bangsanya yang tidak menjalankan syariat ISLAM..bagaimana dengan kita..mampukah kita mencela bangsa kita sendiri yang tidak menjalankan syariat ISLAM??hanya ALLAH yang mengetahui sesuatu yang tidak kita ketahui..maaf..

    • ada perlembagaan melayu ker??hahaha

  2. Bismillahirrahmanirrahim…

    Dakwah kena lagi banyak usaha di kalangan melayu nampaknya..innalillahhiwa innalillahiraji’un.

  3. Salam. Saya suke artikel nie. Cuma ade seorang shbt saya tanya, betul ke Rasulullah S.A.W mencelakakan orang yang melakukan kejahatan kepada baginda? Dan klu tidak menjadi keberatan, boleh saya tahu kt mane saya boleh rujuk kisah di atas?

    • Waalaikumsalam..

      Mungkin apabila diterjemahkan dalam bahawa Melayu dengan maksud ‘celaka’ ia seolah-olah agak kasar untuk disebut oleh Rasulullah. Namun maksud celaka yang dinyatakan di atas itu juga bermakna hukumlah, binasakanlah, musnahkanlah dan seumpamanya.

      Keterangan hadis ini saya perolehi dari pengajian agama di surau. Bagaimanapun terdapat satu penerangan panjang yang tulis dalam web ini: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=848

      Hadis yang dibincangkan ini adalah dari SAHIH MUSLIM, Kitab Jihad dalam Bab Gangguan Yang Diterima Oleh Nabi s.a.w. Daripada Orang-Orang Musyrikin & Munafiqin.

      Kita tidak boleh mencela atau mengatakan kepada orang lain supaya celaka dan seumpamanya. Kerana manusia itu boleh berubah. Kecuali manusia-manusia celaka yang telah disebutkan dalam Al-Quran dan hadis seperti Firaun, Abu Jahal, Abdullah bin Ubay dan orang-orang yang seangkatan dengannya.

      Berbeza pula dengan Rasulullah kerana Rasulullah lebih tahu apa yang dikeluarkan dari lidahnya.

  4. Alhamdulillah…Terima kasih atas pencerahannya. Jazakallah khairan. Hayaakallah!

  5. hidupkan Al-Liwa’ dan Ar-Rayah…

  6. Assalamualaikum semua~~
    Sila lah baca dalam http://ridhuantee.blogspot.com/
    buat tambahan unt pengetahuan kita semua!!..

  7. assalamualaikum.. maaf kalau mengganggu.. kalau saya silap..betulkan saya.. kenapa kita terlalu mementingkan melayu..sedangkan melayu tidak akan membawa kita ke syurga..kerana di dalam kubur..kita hanya akan ditanya..APA AGAMA KAMU..dan tidak akan ditanya APA BANGSA KAMU..sedangkan RASULLULLAH sendiri mencela bangsanya yang tidak menjalankan syariat ISLAM..bagaimana dengan kita..mampukah kita mencela bangsa kita sendiri yang tidak menjalankan syariat ISLAM??hanya ALLAH yang mengetahui sesuatu yang tidak kita ketahui..maaf..

  8. assalamualaikum.. maaf kalau mengganggu.. kalau saya silap..betulkan saya.. kenapa kita terlalu mementingkan melayu..sedangkan melayu tidak akan membawa kita ke syurga..kerana di dalam kubur..kita hanya akan ditanya..APA AGAMA KAMU..dan tidak akan ditanya APA BANGSA KAMU..sedangkan RASULLULLAH sendiri mencela bangsanya yang tidak menjalankan syariat ISLAM..bagaimana dengan kita..mampukah kita mencela bangsa kita sendiri yang tidak menjalankan syariat ISLAM??hanya ALLAH yang mengetahui sesuatu yang tidak kita ketahui..maaf..

  9. Bismillahirrahmanirrahim… Dakwah kena lagi banyak usaha di kalangan melayu nampaknya..innalillahhiwa innalillahiraji’un.

  10. saya setuju dengan saudara. Saya masih belum sempurna, tapi saya tidak mahu mengaku sempurna semata kerna bangsa saya. Kalau sempurna agamaku, maka sempurnalah keseluruhan kewujudanku di dunia ini.

  11. minta izin copy

  12. It’s hard to seek out knowledgeable people on this subject, however you sound like you understand what you’re talking about! Thanks

  13. Bagusnya entri ni.Bila bercakap tentang Melayu tak semestinya kita menghina bangsa Melayu. Tapi kita cuba tarik balik bangsa Melayu supaya berpegang teguh kepada agama orang Melayu-Islam.Kalau Melayu tidak mengikut ajaran Islam,takut orang salahkan agama kita pula.Wallahualam.

  14. salam..pelik kenapa MELAYU dipertikaikan? sebab politik ? bukankah bangsa nie dicita oleh allah? seperti firmannya yg bermaksud yg dia menciptakan kita berpuak puak/ bangsa supaya kita kenal mengenali.kenapa melihat perkara nie secara sempit? kenapa nak mempertikaikan fitrah yg allah jadikan? sebab politikkah? ada bangsa cina atau india memperlekehkan bangsa mereka sendiri? bijakkah kita? atau taksub dgn politik sgt?harusnya kembalik kepada quran dan hadis supaya kamu tidak tersesat jauh…wallauallam

    • Awak ni tersalah faham maksud artikel di atas la…mungkin perlu baca sekali atau 2-3 kali lagi baru faham….

    • setahu saya,Melayu bermaksud segolongan manusia yang amalkan bahasa Melayu,berbudaya Melayu dibetuli Syarak,dan beragama Islam..bila kita perjuangkan Melayu bermakna kita perjuangkan ketiga2 unsur ini..

      Bagi saya,tadak salah kita perjuangkan Melayu..kenapa saya berpendirian sebegitu?

      kalau kita lihat dengan lebih jernih,bila kita perjungkan Melayu sebenarnya amat menguntungkan Islam. Di Nusantara (Malaysia,Singapor,Patani,Indonesia,Brunei,selatan filipin,dan Campa),kita kebanyakan adalah bangsa Melayu,bila sebut je Melayu,ulama2 besar Patani mengatakan Melayu automatik Islam..bila org Melayu disegani dikalangan masyarakat bukan Melayu di bumi kita,automatik mereka akan nampak kemegahan ajaran Islam yang di anuti bangsa Melayu,lantaran bangsa2 lain akan segan dengan penganut2 Islam.

      apa yang kita org Melayu perlu bawak,ubati diri kita,keluarga kita,masyarakat kita,bangsa kita dengan Islam berpandukan AlQuran dan Hadith..jangan kita berpecah sesama sendiri,iainya merugikan agama,bangsa dan tanah air kita..tidak niat menyakiti sapa2,hanya utk menyatukan hati2 saudara seagama dan sebangsa,dari hamba serba kekurangan

  15. sekiranya bangsa melayu paling banyak buat maksiat, dakwahlah…bukannya sekadar menghasut dan membuat fatwa yg tah hapa hapa demi politik…tu semua org pun boleh buat…kalau ikhlas, dakwahlah..jgn tunngu org lain…nabi pun dulu sehinga 23 tahun berdakwah, sedangkan hakikatnta, allah boleh sahaja membrikan kemenangan sera merta kepada nabi..kenapa? sebab itulah fitrah manusia..tak ada yg sempurna..bukannya terus mencari sebab kerana bangsa semua ini terjadi..dan terusan menyalahkan pihak pihak lain…wallauallam

  16. knape merujuk kepada bangsa dan MELAYU atas kemungkaran2 yg terjadi.. dan dikatakan jumlah yg paling banyak… Knape x gunakan mereka ni semua orang ISLAM..dan yg paling byk melakukan kemungkaran ini orang ISLAM..x betul ke ape saya ckp?

    • Artikel ini ditujukan kepada rakyat Malaysia. Jadi Melayu la yang paling ramai… Bukan dia nak salahkan org Melayu. Cuma ini contoh bahawa kita perlu prjuangkn Islam. Bukan bergaduh pasal kaum!

      • bukan niat menyebelahi mana2 pihak..saya org Melayu..bagi saya tiada faedah bagi kita,agama Islam dan Melayu jikalau kita sebangsa dan seagama saling bertengkaran mempertikaikan Melayu-Islam..bagi saya yang paling penting bagi org Melayu,Kita perlu utamakan bagaimana u mewujudkan perpaduan sesama kita,bukan hanya mengutuk sana mengutuk sini..sedarlah kita ni manusia biasa,hamba Allah yang ditugaskan utk menjaga ketenteraman dunia berpandukan Syariat Islami..dah tiba masa u kita sama2 membawa bangsa kita ke jalan yang betul barpandukan Quran,sunnah,ijma dan kiias..mari kita bersatu utk memartabarkan Islam di Bumi Nusantara dan di Mata Dunia,tunjukkan kehebatan ajaran Islam melalui praktikal pada bangsa kita..

        siapa lagi boleh menjunjung Islam di bumi Melayu Nusantara kalau bukan org Melayu yang mejoriti di sini..wallahua’lam

  17. Hi Guys! Would you mind if I share your blog on my myspace group? There’s a lot of people that I think would really appreciate your site. Please let me know. Cheers

  18. artikel yg bgus..mohon share..

  19. saya sedih dengan org Melayu yang belom ketahui kenapa nenek moyang kita dahulu perjungkan Melayu..sedarlah kita Melayu yang berpegang pada syariat Islami..dunia sudah 500tahun mengiktiraf kita bangsa yang berpegang pada ajaran Islam..Empayar Melaka,Empayar Patani,Aceh dan banyak lagi..Allah mengangkat mereka kerana kuatnya pegangan mereka pada Islam,Allah juga menjatuhkan mereka kerana longarnya pegangan dan penghayatan mereka pada Islam..

    persoalanya!!sekuat manakah pegangan dan penghayatan kita terhadap Islam. Bukanya kita asyik mempersoalkan bangsa Melayu. Melayu adalah bangsa kita,Islam adalah agama kita..kita perjuangkan Melayu bermakna kita perjuangkan serumpun yang diberi nama Melayu dan menganuti Islam..tiada salahnya kita bersatu sesama Melayu utk martabatkan Islam di bumi kita..siapa lagi akan mengangkat Islam kalau bukan org Melayu yang majoritinya di sini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *