Adakah Tsunami Di Jepun Merupakan Perkara Yang Kelakar?

Seluruh dunia sedar akan kedahsyatan Tsunami yang melanda Jepun. Dunia sedang sibuk membicarakannya atas dasar kemanusiaan. Namun tidak bagi sesengah orang kita di Malaysia. Kita tidak hairan dengan golongan yang tidak mengambil berat tentang hal ini. Mungkin ini sikap biasa masyarakat kita. Tetapi kita cukup kesal apabila akhbar tempatan melihat keadaan ini seolah-olah boleh dijadikan lawak jenaka.

Lihat saja gambar yang dipaparkan di bawah:

Lawak bodoh ini telah mendapat perhatian dunia apabila hal ini didedahkan oleh CNN.

Akibat gurauan bodoh ini, seseorang telah menulis komen pada laman web CNN tersebut dengan cadangan untuk menghina Nabi Muhammad pula.

I say the rest of the world needs to draw a picture of THE PROPHET MUHAMMED running from a tsunami…. let’s see how they respond to THAT.

(My bets are for riots, tire-burning, and general childish-ness)

Inilah kesannya apabila kita bertindak bodoh dengan mempermainkan sensitiviti dunia. Jika penghinaan yang kita taburkan, penghinaan jugalah yang kita dapat! Saya tidak mahu mengulas panjang memandangkan Berita Harian juga sudah memohon maaf di atas kesilapan mereka. Namun saya masih tersentuh dengan tindakan KOSMO menyiarkan berita tentang keselamatan ratu porno dari bencana alam itu. Adakah KOSMO merasakan rakyat Malaysia begitu meminati ratu porno itu sehingga tergamak memilih beliau berbanding tokoh-tokoh lain yang lebih layak?

Gambar dipetik daripada blog Saifulislam

Inilah gambaran mentaliti pemikiran pengeluar akhbar tempatan. Saya teringat seorang yang mengajar saya pernah berkata, “Jika kamu mahu lihat mentaliti sesebuah masyarakat, tengoklah bagaimana berita yang dipaparkan dalam akhbar mereka!”. Saya rasa anda sendiri boleh menilai bagaimana akhbar kita menyampaikan berita setiap hari.

Apa Pula Kata Isteri Perdana Menteri?

Siapa tidak kenal Rosmah Mansur? Saya agak kaget dengan keterangan beliau bahawa Tsunami yang melanda Jepun itu dianggap sebagai kecuaian dalam melaksanakan pembangunan. Saya tidak mahu berkata buruk atau menyuarakan apa-apa tentangan. Hanya sekadar meluahkan rasa hairan dengan cara beliau berfikir. Tonton video di bawah untuk keterangan lanjut.

Akibat ulasan beliau yang kurang bijak, beliau mula mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak.

Berita lanjut: Harakah Daily

Lagi penulisan tentang Tsunami oleh blogger tempatan:

http://mediamalaya.com/fizz-fairuz-mempersendakan-tsunami-di-jepun/
http://mediamalaya.com/kartunis-zoy-dari-berita-harian-pula-senda-tsunami-jepun/
http://saifulislam.com/9430
http://www.bharian.com.my/articles/BeritaHarianmohonmaaf/Article/
http://suffer.frenzyfm.my/2011/03/video-tsunami-di-jepun.html
http://www.malaysiakini.com/news/158694
http://sharinginfoz.blogspot.com/2011/03/pelajaran-daripada-tsunami-di-jepun.html
http://beautifulnara.com/video-gambar-tsunami-jepun-pray-for-japan/
http://www.anastasyea.com/2011/03/gambar-gempa-bumi-dan-tsunami-di-japan.html
http://melromeo.com/2011/03/14/pandangan-melromeo-terhadap-tsunami-di-jepun-dipermainkan/
http://www.kakinakl.com/2011/03/tsunami-di-jepun-pada-11-mac-2011-video.html
http://kulanzsalleh.com/kesan-gempa-bumi-dan-tsunami-di-jepun-2011/
http://blog.amirez.com/video-tsunami-di-jepun-terburuk-dalam-tempoh-105-tahun/
http://hairul.net/tsunami-jepun-bodoh-malaysia

11 Comments

    • mieli
  1. sofia
  2. saya
  3. Malay Atheist

Add Comment