Aktiviti & Rangkaian

Cahayaislam.net adalah sebuah laman komuniti dakwah dan rangkaian produk muslim yang mengutamakan Islam dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Selain dari menghasilkan pelbagai bahan bacaan berguna sebagai menambah pengetahuan dan ilmu agama, kami turut aktif dengan pelbagai aktiviti seperti:

NurMuslim

NurMuslim.com ialah sebuah laman sosial yang dihasilkan khas untuk umat Islam menjalinkan ukhuwah dan menuntut ilmu dalam masa yang sama. Ia merupakan alternatif selain dari menggunakan Facebook.

iDakwah

iDakwah ialah sebuah laman web dakwah berkonsepkan perkongsian gambar. Di iDakwah anda boleh berkongsi mana-mana gambar dakwah yang ditemui atau dihasilkan untuk renungan kita semua.

Lukisan Dakwah Islam

Di sini kami paparkan lukisan-lukisan kartun dakwah yang cantik dan mempunyai nilai nasihat yang baik. Ia sesuai sebagai bahan pendidikan samada untuk golongan dewasa, remaja atau kanak-kanak.

Halaman Aisyah

Halaman Aisyah adalah sebuah laman web karektor maya yang diberi nama sebagai Aisyah. Aisyah adalah seorang gadis muslimah yang ingin berdakwah dengan mendekati dirinya kepada sahabat-sahabat online sebagai seorang individu maya yang baik. Dengan personaliti dirinya yang menarik, Aisyah mudah disenangi orang.

Rangkaian Sosial Facebook

Di Facebook kami memiliki beberapa fan page yang mempunyai aktiviti tersendiri. Berikut adalah fan page yang dimiliki kami:

Cahayaislam.net

Ini ialah fan page utama laman web kami. Khas untuk berkongsi perkembangan terkini tentang kami serta menyampaikan madah-madah dakwah.

Kempen Aurat Saya Maruah Saya!

Kami turut menjalankan kempen menutup aurat berterusan di facebook demi menyedarkan masyarakat lebih-lebih lagi pengguna media sosial untuk menutup aurat dan memberi kesedaran supaya mereka tidak memasukkan gambar yang tidak menutup aurat di facebook dan seumpamanya.

Lukisan Dakwah Islam

Fan page ini dihasilkan oleh seorang kartunis tempatan untuk menyampaikan dakwah menerusi lukisan. Fan page ini sangat aktif dan diminati ramai kerana tarikan dari lukisan kartun yang cantik dan mempunyai nilai nasihat yang baik.

Selamat Pengantin Baru

Sebuah Fan page yang berkongsi ilmu-ilmu berkaitan kehidupan pasangan suami isteri. Fan page ini juga menjadi pemudah untuk anda tag ucapan Selamat Pengantin Baru kepada rakan-rakan anda yang melangsungkan perkahwinan dan terus membawa mereka kepada page ini untuk mereka belajar tentang ilmu rumah tangga.