Alasan Tetap Alasan Walaupun Ianya Benar

Apa agaknya perasaan anda sekiranya anda memberikan sesuatu tugas kepada seseorang lalu dia berjanji akan siapkan tugas itu pada waktu yang telah ditetapkan. Tetapi apabila sampai waktunya, kerja yang dijanjikan tidak siap sebaliknya pelbagai alasan pula yang dikemukakan. Anda perlu menghadapi masalah kerana salah satu kerja anda tergendala kerananya.

kartun-6

Kalau anda seorang bos atau anda pernah menjadi orang yang suka bagi alasan, anda mesti pernah dengar kata-kata seperti ini, “Saya tak peduli apa yang awak buat, yang penting saya nak kerja saya siap!” Betul, kadangkala tiada gunanya alasan yang kita berikan, walau sesibuk mana sekali pun, jika telah bersetuju menerima sebarang tugas, kita harus menyiapkannya. Kita sendiri tahu yang alasan itu sebenarnya tiada faedahnya, namun, kita sering menganggap alasan adalah tempat terakhir untuk kita bergantung apabila mengemukakan sebab kenapa kita tidak boleh menyiapkan tugas.

Bermula hari ini, sama-samalah kita memegang satu prinsip. Alasan Tetap Alasan Walaupun Ianya Benar! Anda tahu kenapa dan apakah yang menghalang anda melakukan sesuatu tugas. Dari sini anda akan melahirkan pelbagai alasan untuk melindungi anda. Sudahlah, biarlah sifat seperti itu berlalu pergi. Anda perlu berubah! Berubah untuk tidak memberikan alasan lagi. Samada benar atau tidak, Alasan Tetap Alasan! Walau 1001 alasan pun yang anda kemukakan, dan semua alasan anda adalah benar, ia langsung tiada kebaikkannya selain menjadikan anda seorang yang tidak bertanggungjawab!

3 Comments

  1. wanwma

Add Comment