Home / Motivasi / Alasan Tetap Alasan Walaupun Ianya Benar

Alasan Tetap Alasan Walaupun Ianya Benar

Apa agaknya perasaan anda sekiranya anda memberikan sesuatu tugas kepada seseorang lalu dia berjanji akan siapkan tugas itu pada waktu yang telah ditetapkan. Tetapi apabila sampai waktunya, kerja yang dijanjikan tidak siap sebaliknya pelbagai alasan pula yang dikemukakan. Anda perlu menghadapi masalah kerana salah satu kerja anda tergendala kerananya.

kartun-6

Kalau anda seorang bos atau anda pernah menjadi orang yang suka bagi alasan, anda mesti pernah dengar kata-kata seperti ini, “Saya tak peduli apa yang awak buat, yang penting saya nak kerja saya siap!” Betul, kadangkala tiada gunanya alasan yang kita berikan, walau sesibuk mana sekali pun, jika telah bersetuju menerima sebarang tugas, kita harus menyiapkannya. Kita sendiri tahu yang alasan itu sebenarnya tiada faedahnya, namun, kita sering menganggap alasan adalah tempat terakhir untuk kita bergantung apabila mengemukakan sebab kenapa kita tidak boleh menyiapkan tugas.

Bermula hari ini, sama-samalah kita memegang satu prinsip. Alasan Tetap Alasan Walaupun Ianya Benar! Anda tahu kenapa dan apakah yang menghalang anda melakukan sesuatu tugas. Dari sini anda akan melahirkan pelbagai alasan untuk melindungi anda. Sudahlah, biarlah sifat seperti itu berlalu pergi. Anda perlu berubah! Berubah untuk tidak memberikan alasan lagi. Samada benar atau tidak, Alasan Tetap Alasan! Walau 1001 alasan pun yang anda kemukakan, dan semua alasan anda adalah benar, ia langsung tiada kebaikkannya selain menjadikan anda seorang yang tidak bertanggungjawab!

About wanwma

Check Also

Persiapan Menghadapi Ramadhan al-Mubarak

1. Berdoalah agar Allah SWT. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam …

No comments

  1. Assalamualaikum. Terima kasih kerana singgah di blog. Wah! sudah jadi full time IM & blogger ye…Tahniah!.

    Saya suka baca post terbaru ini. Memang benar, orang yang berjaya selalu mencari jalan berbanding mencari alasan.

    Sebagaimana pepatah inggeris yang popular “Nothing is free”. Kalau nak sesuatu mestilah sanggup bayar harganya!. Harga tidak semestinya dalam bentuk $$$$. Boleh jadi masa, tenaga, disiplin,skill..etc…

    Satu yang unik dalam setiap post saudara adalah dimulakan dengan “Bismillah..” Hebat..!
    .-= fathuri menulis diblognya tentang.. Motivasi untuk terus berusaha.. =-.

  2. Terima kasih fathuri…saya harap saya sentiasa boleh singgah ke blog saudara jika berkesempatan..InsyaAllah…apa yang saya ingin orang lain lakukan pada blog ini, itulah juga apa yang perlu saya lakukan pada blog orang lain…sama2 kita berusaha

  3. Salam wan,
    bagus2 untuk motivasikan diri aku yang sentiasa malas ni…
    .-= Mantra menulis diblognya tentang.. Panduan Newbie MRR beta =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *