Badan Kita Anugerah Yang Perlu Dijaga

Ini adalah artikel pertama berbentuk kesihatan dalam blog ini. Dah lama sebenarnya nak tulis tentang kesihatan…

Betulkan, badan kita adalah anugerah yang perlu dijaga. Tapi malangnya persepsi masyarakat kita hari ini ramai yang silap. Tengok balik, di antara kita ada yang kurus, gemuk, hensem (macam saya ni..hehe..tipu), dan berbagai-bagai lagi ciptaan Allah yang diberikan kepada manusia. Malangnya ramai di antara kita hanya menerima ‘seadanya’ apa yang dikurniakan tuhan. Allah memberikan tubuh badan yang sihat kepada kita dengan kadar yang berlainan setiap seorang bukan untuk kita terima ‘seadanya’ tetapi untuk dijaga dan disempurnakan sebaiknya.

Peliknya masyarakat kita berkata, “Bersyukurlah dengan apa yang ada!” Kata2 ini tak salah, yang salahnya adalah tindakan kita, bersyukur dengan apa yang ada bukan bermaksud membiarkan saja tubuh badan kita. Yang kurus dibiarkan kurus, yang gemuk dibiarkan gemuk, yang ideal tak buat apa2, kaedah ini salah! Syukur dengan nikmat Allah bermakna kita perlu menjaganya dengan baik, sebab itulah Islam memperkenalkan konsep riadah atau bersenam! Jaga makan minum kita, jangan dibiarkan badan yang tidak bermaya terus layu macam daun buruk…

Fikir sejenak, selain pemimpin kepada umat manusia dari segi politik dan agama, Nabi Muhammad juga adalah seorang panglima perang yang amat digeruni. Kalau kita terus dengan badan yang lemah ini, laratkah kita untuk berjuang? Atau sekurang2nya mampu menakutkan musuh?…Bukan untuk berlagak kuat, tetapi untuk menegakkan syiar Islam! Menjaga kesihatan itu adalah ibadah kalau betul niat kita.

Ehem…saya ni pun bukannya berbadan tegap sangat, adalah lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni…

sado
Hahahaha….apa pun marilah sama-sama kita menjaga kesihatan, anugerah Allah yang tiada tolak tanding nilainya ini. Berusahalah untuk mencapai berat badan ideal bagi mereka yang kurus atau pun gemuk, ingat..usaha anda adalah ibadah sekiranya betul niat di hati. Sekian saja…(jangan jeles dengan badan saya kat atas tu…hahaha…sebab semuanya tipu…hahaha…)

5 Comments

    • wanwma
    • wanwma

Add Comment