Bagaimana Kalau Dah Terlanjur?

Terlanjur…

“Assalamualaikum wan, saya dah baca banyak artikel serta motivasi yang dilengkapkan dalam blog wan. saya mendapatkan blog ini daripada kenalan saya. Berbalik pada tujuan sebenar saya. Begini, saya sebenarnya gadis berumur 21 tahun. dan telah kehilangan dara masa saya berumur 19 tahun…sampai sekarang saya masih lagi dgn pakwa saya. Kami memang merancang untuk bernikah. Tapi ada sedikit halangan daripada parents saya. Saya betul-betul sedih sekarang ni. macam-macam yang saya fikirkan. Fikirkan keadaan saya yang dah kehilangan dara ni.

Saya ingin mendapatkan nasihat dan pandangan wan.  Jika saya ditakdirkan berjumpa dengan lelaki lain,adakah patut saya maklumkan pada dia yang saya sudah tiada dara lagi? atau adakah saya patut diamkan saja? jika saya diam, adakah lelaki(suami) akan tahu saya sudah hilang dara pada malam pertama kitorang? Saya buntu sangat. walaupun saya sering berdoa pada tuhan namun saya masih ingin mendapatkan pertolongan daripada orang lain yang dapat membantu. Saya rasa tuhan ketemukan saya dengan awak untuk saya mendapatkan pandangan dan nasihat. Saya harap awk sudi bantu saya. Terima Kasih”

Pandangan saya:

Adalah mustahil bagi kita untuk terlepas dari dosa samada yang disengajakan ataupun tidak, samada besar atau kecil…namun, syukur kepada Allah kerana kita masih hidup sehingga hari ini. Selagi kita hidup… pintu taubat dari Allah sentiasa terbuka luas… Alhamdulillah…

Sahabat… Kita digalakkan menangis ketika mendengar kalimah suci Allah, ketika terdetik sedikit rasa syukur, terdetik rasa bersalah dan insaf, mengagumi kebesaran Allah dan ketika hati kita tersentuh kerana mengenangkan dosa-dosa sebagai seorang hamba yang daif…

Cubalah menangis walaupun terpaksa… Kita bukanlah orang yang sempurna untuk menangis sebagaimana para nabi dan kekasih Allah… Adakala kita hanya mampu menangis dalam lakonan dan kepura-puraan, namun begitu… Teruslah menangis kerana Allah lebih tahu perasaan kita berbanding diri kita sendiri.. Allah sayangkan hamba_Nya yang selalu menangis mengharapkan keredhaan dari_Nya…

“RAHSIAKAN….ITU URUSAN DIA DENGAN ALLAH…. “ISLAM ITU MUDAH…”

Saudari…itulah jawapan yang diberikan oleh Ustaz saya…itu sahaja jawapan yang diberikan dan  tiada penerangan lanjut lagi…saya tersentak sedikit ketika Ustaz menjawap..saya menantikan penerangan lanjut dari beliau, namun beliau dah menukar tajuk perbualan kami..Alhamdulillah…saya bersyukur Ustaz tak memberikan sebarang penerangan panjang, saya juga bersyukur kerana kenyataan Ustaz itu amat jelas…sudah lama saya tak mendengar kenyataan ini: Islam itu mudah…

Kenapa Ustaz tak memberikan penerangan panjang? Sebenarnya Ustaz ada berpesan sedikit perkara lagi, “Suruh Dia Beristighfar..” Habis…

Ada sebabnya Ustaz tidak memberikan penerangan yang panjang. Kita sebenarnya tidak perlu berbincang perkara yang dah lepas dan menjadikan ia satu titik hitam yang tiada kesudahan. Perkara yang telah berlalu biarkan ia berlalu…insaf dan bertaubat…mulakan hidup baru yang lebih suci. Segala perkara buruk yang kita lakukan selama ini adalah urusan kita dengan Allah…tidak perlu menceritakannya kepada sesiapa pun. Malah kita diharuskan menipu untuk menutup aib kita.  Allah maha penyayang…Islam diutuskan untuk mendidik kita ke jalan yang benar, bukan memaksa kita dengan perkara yang membebankan kita. Islam itu mudah… Namun, ilmu diperlukan untuk memahami kemudahan yang diberikan dalam ajaran Islam.

Saudari… Tukarkan kasih sayang saudari kepada Allah.. Saya tahu amat sukar untuk melupakan kekasih saudari, tetapi dengan berhubung dan memikirnya, saudari akan sentiasa berada dalam kegelisahan.. Saudari mungkin akan terjerumus ke dalam zina pendengaran, zina mata dan zina hati… Sudahlah dengan kesalahan lama yang dah berlalu…usahlah dikenang dan diulang lagi…berzina itu HARAM dan saudari telah meninggalkannya, Alhamdulillah…. Namun BERCOUPLE ITU JUGA HARAM. Kerana bercouplelah ramai muda-mudi masa kini terjebak ke alam zina. Nauzubillah… Berkasih itu tiada salahnya, tetapi biarlah melalui aliran yang betul. Jika saudari dan dia masih saling menyanyangi dan bertekad untuk kembali ke jalan Allah, teruskanlah hubungan saudari dengannya dengan cara yang betul iaitu berkahwin. Mintalah dia melakukan ta’aruf, jumpa dengan ibu bapa saudari dengan cara yang elok dan minta secara Islam. Jika benar ibu bapa saudari tidak dapat menerimanya, suruhlah dia berubah dan jadi orang lebih sempurna di mata ibu bapa saudari. Saya yakin dengan kasih sayangnya kepada saudari, dia akan berubah…

Saudari… Jika saudari dan dia masih belum bersedia untuk berkahwin, berhenti saja berhubung. Jauhkan diri daripada segala maksiat. Biarlah Allah tentukan siapa jodoh saudari suatu masa nanti… Allah sayangkan saudari…Allah uji saudari dengan perasaan sayang kepada manusia, Allah uji saudari dengan mengadaikan dara dan kesucian saudari, Allah tanamkan rasa bersalah dan keinsafan dalam diri saudari, Allah temukan saudari dengan rakan-rakan online yang berjiwa ketuhanan…Allah tidak menyesatkan saudari dengan bergaul bersama orang-orang yang malang, yang tiada keinsafan dalam diri mereka. “Tidak beriman seorang anak Adam melainkan dia diuji oleh Allah…”Tidak ramai orang yang bertuah seperti saudari, namun tuah itu bukan berada dibelakang perkara yang sudah berlalu sebaliknya tuah itu terletak pada masa depan yang perlu saudari pilih pada hari ini. Islam itu mudah…apa yang sukar ialah membuat pilihan..nasihat saya,

PILIHLAH ALLAH

InsyaAllah… Kita semua akan selamat di dunia dan akhirat Wallahualam…

httpv://youtu.be/yhKcb0W2K88

11 Comments

  1. qalbu
    • wanwma
  2. isa
    • wanwma
  3. shah azrai
  4. cik j....
  5. ara
  6. joy michael

Add Comment