Home / Artikel Cahaya Islam / Cinta Bukan Untukku!

Cinta Bukan Untukku!

Ada orang khuatir untuk bercinta kerana bimbang akan mengecewakan orang. Ada juga sesetengah orang menganggap keturunannya suatu yang memalukan sehingga takut untuk bercinta. Terpaksa memendam rasa meskipun menyukai seseorang. Terpaksa berdiam diri walau tahu orang itu juga menyukainya. Sehingga ada orang merasakan dirinya langsung tidak layak dicintai orang lain dan dirinya juga tidak layak untuk mencintai orang lain?

Mungkin kita rasa yang mereka tidak seharusnya berfikiran seperti itu. Mereka perlu berfikiran positif. Tentu ada orang yang boleh menerima mereka, tentu ada orang yang boleh mencintai mereka. Mereka perlu berani. Mereka perlu berusaha dan percaya kepada diri sendiri.

Sebenarnya itulah yang mereka lakukan selama ini. Itulah yang mereka usahakan selama ini. Tetapi kepercayaan mereka dimusnahkan, keyakinan mereka diingkari dan cinta mereka ditolak seolah-olah mereka merupakan makhluk hina yang tidak memiliki hati dan perasaan!

Ini adalah gambaran sebenar apa yang terjadi kepada mereka sebelum mereka berfikir seperti mana yang sedang mereka fikirkan sekarang. Kes seperti ini pernah dialami oleh beberapa orang sahabat saya. Pernah seorang lelaki mencintai seorang wanita. Mereka sama-sama suka dan keduanya memiliki akhlak yang baik. Bagaimanapun kisah cinta mereka tidak lama. Setelah mengetahui tentang keturunan si gadis, lelaki itu terus menolak dan tidak mahu berjumpa dengan si gadis itu lagi.

Perbuatannya menyababkan gadis itu sentiasa menangis dan bersedih. Apakah salah dirinya? Apakah kehinaan yang ada pada dirinya? Kenapa seorang lelaki yang kelihatan baik hati dan begitu menyayanginya pun pergi meninggalkannya? Siapa lagi yang boleh menerimanya? Perlukah dia mempercayai orang lain lagi?

Apabila hal ini diceritakan kepada saya saya hanya berkata. “Bersyukurlah, Allah tunjukkan dari awal bahawa lelaki itu bukanlah lelaki yang baik! Dia tidak perlu rasa kecewa dengan diri sendiri. InsyaAllah akan ada orang yang boleh menerimanya. “. Namun komen saya dibalas begini “Cakap memanglah senang. Hati orang yang sudah kecewa, macam mana mahu diubati lagi?”

Entahlah…Kadang-kadang saya kecewa dengan sikap masyarakat yang memandang hina keturunan orang.  Jika benar keturunannya hina, yang hina itu hanya keturunan, bukan individu itu sendiri. Banyak lagi faktor lain yang menjadi sebab kenapa seseorang itu dianggap hina di mata masyarakat sedangkan perkara itu bukanlah salah mereka. Tidak hairanlah mereka akhirnya merasa bahawa mereka tidak layak untuk mencintai orang mahupun dicintai orang.

Kerana sikap masyarakat terlalu zalim terhadap kehormatan mereka. Sebagai seorang individu yang sedar akan hal ini saya ingin memberi sedikit kata-kata hikmah yang mungkin dapat memberikan mereka secebis harapan.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara;

1. kerana hartanya

2. kerana keturunannya

3. kerana kecantikannya

4. kerana agamanya.

Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” -Hadith Riwayat Imam Bukhari & Muslim

Hadis ini menjelaskan bahawa seorang wanita itu dinikahi oleh seorang lelaki kerana 4 perkara iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan dan juga kerana agamanya. Maka Rasulullah menyuruh kita mengutamakan wanita yang memiliki agama yang baik. Tidak diutamakan berapakah hartanya, siapakah keturunannya atau sejauhmana kecantikannya.

Oleh itu wahai wanita, jagalah agamamu. Peliharakanlah dirimu dari fitnah dunia dan abaikan hal-hal yang tiada kaitan dengan apa yang dianjurkan dalam Islam. Usah terlalu difikirkan tentang keturunan, harta dan kecantikan (bukan salah menjaga tetapi bukan itu yang utama)! Sedarlah kamu bahawa lelaki yang baik akan menilai dan mencarimu berdasarkan agamamu. Bukan kerana faktor-faktor lain yang hanya semantara.

Buat diriku dan kaum sejenisku iaitu para lelaki yang dihormati dan dijanjikan Allah sebagai manusia yang bergelar pemimpin, jika diri kita dari keturunan yang hina, itu bukanlah apa-apa di hadapan Allah.  Yang hina mungkin adalah keturunan, yang mulia adalah diri kita yang melakukan amalan soleh. Jika kita tidak berharta, ketahuilah bahawa harta boleh dicari. Apa yang lebih penting ialah kita perlu memiliki ilmu. Jika kita tidak memiliki rupa paras yang baik, ketahuilah bahawa ada orang lain yang jauh lebih teruk rupanya daripada kita. Bersyukurlah..

Usah bersedih dan kecewa dengan ujian. Terus berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Allah tidak benci kepada orang yang tidak dikurniakan kebahagiaan sebagaimana kita yang tidak dapat memiliki cinta, tetapi Allah amat murka kepada orang yang hilang kepercayaan dan pergantungan kepada-Nya.

Jika seandainya kita seorang wanita atau lelaki yang soleh tetapi tidak juga dapat memiliki cinta seorang insan bergelar kekasih samada dari seorang suami ataupun isteri, ketahuilah Allah sudah menyediakan suami dan isteri di syurga untuk menemani kita seumur hidup! InsyaAllah…

About wanwma

Check Also

Halal, Haram dan Syubhah

Halal Haram dan Syubhat   عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا …

No comments

  1. semua org boleh nasihat..tetapi agak kurang untuk menemui org yang betul2 dapat menerimanya seratus peratus..

    andai saya tanya bolehkah awak mengahwini wanita yang bermasalah untuk dijadikan sebagai isteri?
    menyayanginya dan menganggap ia seperti gadis2 lain?

    saya tidak tumpukan hanya pada keturunan, tetapi pd semua segi.. contohnya kecacatan, telah hilang kehormatan, telah pernah melalui corak kehidupan yg terlalu bebas sehinggakan pertukaran psgn seolah2 spt pertukaran baju.. mampukah menerima gadis seperti ini seadanya?

    mungkin awak boleh tuliskan semua ape yg telah saya tanyakan tadi.. mungkin ramai yg ingin mengetahuinya di luar sana..

    • Jika saya kata tidak boleh, itu tandanya saya menipu diri sendiri, jika saya kata boleh, orang akan berdalih pula dengan bertanyakan bukti.

      Adakah penting jawapan tentang saya boleh menerimanya atau pun tidak atau wanita itu cuba fikirkan sendiri apakah dia sanggup menerima seorang lelaki yang pernah berzina dengan puluhan wanita, pernah menyakiti isteri, mempunyai kecacatan dan seumpamanya?

      Hakikatnya apa yang perlu kita utamakan bukan bagaimana penerimaan orang terhadap kita. Tetapi bagaimana penerimaan kita terhadap orang lain.

  2. Salam damai n sejahtera , posting yang informative. Kl blh ksh saran, akan lebih baik jika postingnya direkomendasikan di berbagai social directory, feedburner, dsb, agar bs bermanfaat untuk pembaca yang lebih luas, salam kenal, feel good, sukses selalu.

  3. – xpandai nk komen tajuk di atas
    – sdiri pon x pandai bercinta2…(spt kes di atas)
    – tp apa2 pon kena ikut apa yg aq n hadith ajar…insyaallah selamat…

  4. Assalamualaikum
    article yg sgt menarik
    mengajak kite untuk berfikir sejenak tntg masa depan
    perkara yg pling penting adalah berusaha menerima psgn seadanya..
    sentiasa berdoa dan istikharah sblm membuat pilihan teman hidup
    InsyaAllah, semoga diberkati..

  5. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” -Hadith Riwayat Imam Bukhari & Muslim

    Hadis ini menjelaskan bahawa seorang wanita itu dinikahi oleh seorang lelaki kerana 4 perkara iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan dan juga kerana agamanya. Maka Rasulullah menyuruh kita mengutamakan wanita yang memiliki agama yang baik. Tidak diutamakan berapakah hartanya, siapakah keturunannya atau sejauhmana kecantikannya.

    sy petik kata2 kamu dr artikel kamu jga….dan sy tertanya2….masih adakah lelaki didunia ini yg mementngkan smua itu??? kecantikkan yg slalu di pandang sblum agamanya…krana sy blom temui lg lelaki spt itu….dan sy berharap masih ad lg lelaki budiman dimuka bumi ini..sekian…assalamualaikum..

    • Waalaikumussalam…

      Jawapannya memang ada. Jika tidak pernah jumpa, cubalah mencarinya di pagi hari, di waktu subuh. Seorang lelaki muda yang bersolat jemaah di masjid atau surau dan sentiasa istiqamah melakukannya.

      Saya ulang jawapan saya pada komen yang pertama:

      “Hakikatnya apa yang perlu kita utamakan bukan bagaimana penerimaan orang terhadap kita. Tetapi bagaimana penerimaan kita terhadap orang lain.”

  6. saya ingin bertanya, apakah hukum jika perempuan sms dgn lelaki muhrimnya,

    dan apakah hukum pula jika saling berbincang mengenai agama, dan islam.

    • Jika berSMS, tengoklah apa kandungan sms tersebut dan apakah kepentingannya. Jika berSMS perkara yang haram maka haramlah hukumnya jika tidak, ia diharuskan.

  7. ~Cinta Bukan Untukku~

    Nukilan ini mengaitkan pada diri sendiri,banyak peristiwa pahit manis dalam menempuhi alam pencintaan.Kini saya takut untuk mengenali dan mendekati seorang lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.Ramai rakan bertanyakan kenapa hingga sekarang saya belum berpunya dan tak nak kawin ke??dusta kiranya saya menipu diri tak nak kawin tetapi apakan daya atas perbuatan diri sendiri yg pernah melakukan kesilapan besar menyebabkan sy takut untuk bercinta apatah lagi berkahwin,kerana saya x nak benda ini mengaibkan keluarga dan memalukan mrk atas perbuatan saya selama ini.Masalah ini selalu mengamit hari2 saya,bermain dan berlegar di fikiran..kerana ketakutan itu saya sanggup hidup membujang sepanjang hayat.Sekiranya Allah swt membuka pintu hati saya utk bertemu org yg dpt menerima diri ini,mungkin ianya berita gembira buat saya..
    Sekadar berkongsi~

  8. askum..
    kata”nya sungguh tinggi banget..
    tapi bagus dan sangat berkesan..
    terimakasih kawan..

  9. assalamualaikum….bule sye nk minta pencerahan sket…macam mne pula kalau seorang lelaki itu sudah berjanji untuk bernikah dengan seorang perempuan itu,tetapi setelah sekian lama tidak berhubung,dia mula berpaling tadah pada perempuan yang baru dikenalinya.Setelah itu dia meluahkan perasaan kepada perempuan yang baru dikenalinya.Dalam masa yang sama juga,lelaki tersebut pun tidak tahu pangkal hujung hubungannya dengan perempuan yang dikenalinya dahulu itu.saya adalah orang yang baru dikenali oleh lelaki tersebut…apakah yang patut saya lakukan?mohon pencerahan ye~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *