Ciri-ciri Organisasi Cemerlang

Saya menerima satu soalan dari seorang pembaca blog ini yang bertanyakan tentang kretiria sebuah organisasi cemerlang. Terima kasih kepada yang bertanya.

Sesebuah organisasi pada kebiasaannya berkait rapat dengan pengurusan syarikat. Manakala syarikat pula pada kebiasaannya berkait rapat dengan perniagaan. Bila menyentuh soal perniagaan, banyak perkara yang boleh dianggap sebagai kritikal dan perlu dititik beratkan. Bermula dari Misi dan Visi, strategi, pelan pemasaran, produk, khidmat pelanggan sehinggalah pengurusan pekerja.

organization-alignment

Dan semua aspek di atas perlu diuruskan oleh organisasi yang cemerlang! Apa yang diperlukan untuk menjadikan sesebuah organisasi cemerlang ialah ‘Orang’! Ya, Orang! Orang atau kakitangan yang bagus akan menyelamatkan sebuah organisasi samada dari sudut pengurusan, pelan perancangan, kawalan kualiti, khidmat pelanggan dan sebagainya. Mereka dapat mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi dengan kreativiti mereka.

Bagaimana Untuk mendapatkan Orang Yang Bagus Dalam Organisasi? Apa Yang Syarikat Perlu Buat?

Terdapat 5 kunci utama dalam menguruskan perkara ini:

1. Upah orang yang betul

Sering berlaku dalam masyarakat kita di mana syarikat lebih suka mengambil pekerja dengan ‘kabel’ atau ‘bantuan orang dalam’. Mereka tidak betul-betul meneliti kemampuan pekerja tersebut. Sebenarnya mengambil pekerja dari jolokan ‘orang dalam’ tidak salah, asalkan pekerja tersebut benar-benar memiliki status yang layak untuk memenuhi jawatan tersebut.

Mengambil pekerja yang tidak berkelayakan ibarat menghancurkan organisasi sendiri.

2. Beri Mereka Kelengkapan Yang Baik Untuk Melakukan Kerja

Letakkan diri anda di tempat mereka dan fikirkan apakah yang mereka perlukan untuk menghasilkan kerja yang lebih baik! Tanya diri anda:

  • Adakah mereka diberikan komputer yang pantas?
  • Adakah disediakan kabinet atau rak untuk penyusunan dokumen-dokumen penting?
  • Printer/ mesin fotostat yang mudah dicapai?
  • Program untuk mengumpul database pelanggan?
  • Sistem kerja yang efektif?
  • Peralatan pejabat yang lengkap?

3. Berikan Mereka Maklum Balas Positif

Banyak organisasi terlepas pandang akan perkara ini. Memberikan maklum balas yang baik terhadap tugas  yang dilakukan oleh para pekerja merupakan satu perkara yang amat penting dalam meningkatkan produktiviti mereka. Mereka sentiasa ingin tahu:

  • Adakah mereka lakukan kerja dengan baik.
  • Memahami apa dan bagaimana mereka perlu meningkatkan prestasi.
  • Memahami kepentingan mereka dalam kejayaan syarikat.
  • Mengetahui bagaimana mereka boleh naik pangkat dan gaji.
  • Mengetahui bagainama mereka boleh mengendalikan syarikat.
  • Syarikat menghargai usaha mereka.
  • Mahu berkomunikasi secara terbuka dengan pengarah.
  • Mempunyai matlamat dan impian untuk menjayakan syarikat.

4. Bangunkan Mereka

Sentiasa ingat! Organisasi atau syarikat tidak berkembang, ia bukan sesuatu entiti yang boleh berkembang secara sendirinya. Mungkin ia kelihatan berkembang apabila ia menunjukkan peningkatan produktiviti, peningkatan tahap efisen, menggunakan pendekatan kreatif, peningkatan keuntungan dan sebagainya. Namun faktor utama sesebuah organisasi atau syarikat itu mencapai tahap tersebut adalah kerana ‘orang di dalamnya’.

Oleh itu sentiasa bangunkan para pekerja dengan pelbagai pendekatan seperti motivasi diri, sentiasa memberi peluang kepada mereka untuk belajar dan mencuba perkara baru, betulkan kesilapan mereka dengan baik, berikan mereka ilmu yang berkaitan dan sebagainya.

5. Hargai Mereka.

Sebab utama kenapa pekerja meletakkan jawatan adalah kerana pengurusan yang tidak efektif dan kerana bos yang tidak baik. Mereka akan terus setia bekerja jika berada di bawah pengurusan dan kepimpinan yang cemerlang.

Fahami keperluan mereka, iktiraf dan berikan mereka anugerah atas kejayaan mereka. Tunjukkan bahawa mereka begitu penting dalam syarikat atau organisasi tersebut. Jangan biarkan mereka terasa seolah-olah dipergunakan semata-mata. Rendahkan diri untuk berterima kasih!

Satu tip penting yang perlu disemat di dalam diri, tanamkan rasa bahawa kita saling memerlukan! Bukan rasa  seolah-olah mereka bergantung kepada kita atau kitalah yang menyara mereka! Hargai mereka sebagai satu organisasi bukan kuli!

Inilah antara faktor bagaimana memastikan sesebuah organisasi itu cemerlang. Walau bagaimanapun, antara faktor penting lain yang perlu di titik beratkan dalam sesebuah organisasi ialah kredibiliti pemimpinnya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang soal kepimpinan cemerlang anda boleh rujuk di sini.

13 Comments

    • sieyful
    • wanwma
  1. zik
    • wanwma
    • wanwma
  2. haziq
  3. liza
  4. azroy

Add Comment