Home / Artikel Cahaya Islam / Diancam Untuk Dimalukan & Disebarkan Gambar Bogel Oleh Kekasih.

Diancam Untuk Dimalukan & Disebarkan Gambar Bogel Oleh Kekasih.

Salam..

Saya ingin meminta sedikit pendapat tentang masalah yang sedang saya hadapi sekarang ini.

Saya ingin memutuskan hubungan dengan teman lelaki dan bertaubat. Tetapi dia tidak mahu lepaskan saya. Sepanjang perhubungan, dia sering meminta saya melayan kehendak nafsunya. Malah dia juga turut meminta gambar-gambar tidak berpakaian dari saya. Saya terpaksa ikut kehendaknya kerana dia sering mengugut akan ke rumah saya dan menceritakan perkara buruk tentang saya di hadapan keluarga saya. Keluarga saya pula tidak tahu menahu tentang hubungan ini.

Sekarang keadaan jadi lebih teruk kerana dia sering mengugut untuk menyebar gambar-gambar tersebut. Apa yang membuat saya betul-betul tawar hati terhadapnya adalah bila mengetahui dia curang di belakang saya. Bukan sekali tetapi tiga kali dengan wanita yang sama. Hati saya memang hancur luluh. Banyak kali saya meminta dia melepaskan saya. Tetapi dia hanya beri saya dua pilihan iaitu meneruskan hubungan dan melayan kehedaknya atau putus dan saya akan malu. Saya tak nak keluarga saya malu. Mereka dah banyak berjasa pada saya.

Jadi saya tiada pilihan lain selain meneruskan hubungan. Saya sangat runsing dan menyesal atas apa yang berlaku. Sekarang saya banyak dekatkan diri dengan Allah dan ingin bertaubat. Saya betul-betul nak berubah tapi masih terikat dengan teman lelaki. Memang buntu sangat-sangat.

Harap dapat bantu.

Assalammualaikum.

 

Waalaikumussalam…

Di sini saya tidak menjawab soalan ini tetapi saya kemukan pandangan dari rakan-rakan FB. Semoga saudari yang menghadapi masalah ini dapat membuat kesimpulan dari padangan yang pelbagai dari mereka semua. InsyaAllah…

About wanwma

Check Also

Halal, Haram dan Syubhah

Halal Haram dan Syubhat   عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا …

No comments

  1. salam
    bagi kes sebegini baik laporkan kepada polis..
    memiliki gambar lucah dan menyerbarkannya merupakan 1 kesalahan ( gmbar lucah: agak kasar penggunaannya mungkin..kerana sy phm drpd penggunaan gambar tidak berpakaian dikira lucah la, maaflah)

    kemudian saudari putuskan hubungan dgn dia..
    selebihnya saudari bertaubat kepada Allah dan mohon perlindungan daripadanya..

    ada beberapa doa yg boleh diamalkan untuk mohon perlindungan daripada kejhatan manusia..

    untuk info selanjutnya..boleh kunjungi blog tinta..

  2. Bagaimana anda memulakan begitulah juga mengakhirinya, ibaratkan… kita biasanya akan keluar dan masuk dari pintu yang sama apabila bertandang ke rumah orang…

  3. ya ampun..
    artikel yg bagus kawan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *