Emak Mertua Benci Sehingga Menggunakan Sihir, Apa Perlu Saya Buat?

Kali ini saya ingin berkongsi sebuah soalan dari pembaca blog ini. Saya amat simpati dengan peristiwa yang berlaku kepadanya. Saya tidak memberikan sebarang jawapan di sini, saya mahu tahu apakah pendapat dan pandangan para pembaca sekalian. Semoga ada di antara pembaca sekalian dapat memberikan pandangan yang sebaiknya, InsyaAllah..

Soalan: Assalamualaikum..

Di sini ada persoalan yang mungkin berlaku di kalangan isteri. Saya merupakan seorang menantu yang dilema dimana saya telah mendirikan rumah tangga bersama suami saya selama 5thn.Sepanjang tempoh perkenalan saya bersama suami (pada awal perkenalan) saya ini diterima baik oleh keluarganya kerana saya seorang penuntut universiti dan bakal memiliki ijazah.Selepas saya graduate saya tidak mempunyai pekerjaan dan bekerja sebagai seorang operater di sebuah kilang sehingga waktu itu ibunya telah berjumpa dan maklumkan kepada saya bahawa dia meminati seorang wanita yang bekerja dalam bidang kerajaan.

Lepas dari kejadian itu keluarga suami saya semakin menentang perhubungan kami ini dan membenci saya seadanya sebab seorang pekerja kilang. Dari kejadian itu, saya kuatkan semangat dan memohon jawatan terbuka dari HR dengan Ijazah yang saya miliki dan jawatan yang bersesuaian. Alhamdulillah rezeki serta doa saya dimakbulkan, saya dinaikkan pangkat mengikut kelayakan. Hati ibunya masih lagi tetap berkeras tidak akan menerima saya kerana saya seorang pekerja kilang, walhal anaknya yang saya berkawan (suami saya kini) juga seorang pekerja kilang. Kami terus berkawan dan mencecah 6thn, suami saya memutuskan untuk menerima saya sebagai isterinya walaupun ibu,ayah dan adik beradiknya yang lain tidak bersetuju.paint-merenung

Dengan izin Allah, suami saya berjaya memujuk ayahnya untuk memberi restu dan mengadakan rombongan meminang terhadap keluarga saya dan pada hari berikutnya ibunya serta adik beradiknya yang lain meminta ayahnya menceraikan ibunya kerana berpihak kepada permintaan suami saya ketika itu. Kejadian serta segalanya telah ditentukan olehNYA. Dengan sikap yang angkuh anak perempuan (kakak kepada suami) inginkan perpisahan berlaku diantara ibu dan ayahnya maka akhirnya mereka berpisah sehingga sekarang. Masalah saya kini ialah sejak kami berkahwin tanpa restu dari ibunya, ibunya serta adik beradiknya ketika itu telah membuang suami saya dari senarai ahli keluarga mereka. Sehingga selepas saya bergelar isteri saya sendiri pergi memohon restu dari ibunya agar dia dapat menerima saya sebagai menantunya..tapi malangnya dia tetap berkeras dan tidak menerima saya serta anak lelakinya sendiri (suami saya).

Ketika itu, suami saya berasa terlalu sedih dan betul-betul dilema dengan kejadian yang menimpa dirinya selepas menerima saya sebagai isterinya…Dalam masa yang sama, saya sering dimesej oleh ibunya serta adik dan kakaknya dengan kata2 kesat dan caci maki. Saya terus bersabar sehingga kami memiliki seorang cahaya mata. Kami cuba berbuat baik dan kembali memujuk supaya lupakan perkara yang lepas kerana waktu itu perkahwinan saya berusia 2thn dan ibunya kini telah mendapat cucu sulong. Tetapi malangnya beliau tetap berkeras hati. Suami saya semakin dilema apabila saya memesan kepadanya meskipun begitu sikap ibunya, berdosa baginya sekiranya suami saya menyakiti hati ibunya. Tetapi hati suami saya semakin rungsing apabila sikap ibu dan adik2nya terus menyakiti hati saya dalam senyap sehingga membuatkan keadaan saya tertekan serta keadaan suami saya sendiri. Bak kata pepatah ditelan mati emak diluah mati bapak.

Malangnya, hidup kami semakin porak peranda kerana ada berita telah disampaikan kepada seseorang kepada kami sekeluarga bahawa kami tidak akan hidup bahagia dan kami sekeluarga pasti akan berpisah juga dengan apa cara sekalipun. Hidup keluarga kami semakin bergolak apabila mereka sekeluarga datang menaburkan segala fitnah di kawasan perjiranan tempat kami tinggal sehinggakan semua jiran2 turut memandang serong kepada saya serta suami saya. Sehingga suatu ketika, saya memohon agar suami saya berjumpa ibunya agar memaafkan kesilapan kami dan lepaskan hidup kami dari semua fitnah ini dan akhirnya kami dapat tahu dari seorang ustaz bahawa hidup kami telah “disihirkan” oleh mereka. Rumah yang kami duduki tidak boleh dimasuki dan kami sekeluarga terpaksa tidur di stesen bas.

Sekiranya kami memasuki juga rumah yang diduduki itu, kami akan bergaduh dan suami saya sering memukul dan sepak terajang saya seperti anjing dan begitu juga dengan diri saya untuk mempertahankan keadaan. Ibu beliau juga, telah meminta semua anak2nya yang mana berkahwin dengan lelaki pilihan mereka sendiri agar menuntut cerai. Kini anak perempuannya juga telah mengikut kehendak beliau. Dalam situasi yang tidak dapat dipertahankan lagi waktu itu di rumah saya yang penuh dengan “misteri” itu, saya telah diceraikan oleh suami saya tanpa disedari sebanyak 2 kali talak berlainan keadaan selepas rujuk. Keesokkannya lepas keluar dari rumah itu barulah suami saya sedari ada sesuatu yang terjadi diluar kemahuan dia.

Mulai dari detik itu mereka terus mengganggu saya sekeluarga sehingga pergi ke tempat mengasuh anak saya (selepas 3thn) dan meminta agar pengasuh anak saya tidak mengasuh anak saya lagi. Mereka juga melakukan perkara “misteri” kepada anak2 saya sehinggakan kejadian seterusnya terjadi dalam hidup kami. Akhirnya suami saya semakin tertekan dan dia tidak pernah melawat, bertanya khabar, bahkan lagi menyukai ibunya kerana ibunya telah terpesong dan sering berjumpa dengan bomoh untuk memporak perandakan semua keluarga anak2nya yang berkahwin bukan dari pilihannya. Sehingga suatu masa emak saudara saya datang dan memberitahu ibu suami saya inginkan “kain tutup mayat” untuk berubat kepada seseorang.

Tetapi saya tidak tahu kepada siapa. Kini saya mulai dilema apabila saya telah kembali menetap di kawasan yang hampir dengan keluarga ibunya semula. Di mana selepas kejadian suami saya telah menceraikan saya dulu di dalam rumah yang misteri itu, kami berdoa agar dapat berpindah lebih jauh dari tempat itu sehingga saya diposting ke Selangor. Kini, selepas setahun berada jauh dan xdapat dikesan oleh mereka, kami amat bahagia dan aman damai. Tetapi keputusan suami saya untuk berpindah menetap di Kedah ini sedikit sebanyak muncul cerita2 lama dalam keluarga kami. Jadi dalam situasi ini apakah yang boleh suami saya lakukan sehingga sampai tahap ini suami saya telah berbelah bahagi dan kadang2 punca pergaduhan di dalam rumah tangga kami hanya kerana ibunya dan bukan kerana masalah lain.

Suami saya dalam dilema dan dia telah pun berkata kepada saya sudah 5thn kami berkahwin ibunya tidak pernah melihat cucu-cucunya dan menerima suami saya sebagai anak lagi, sehingga suami saya lupa bahawa ibunya masih lagi IBU kepada dirinya meskipun tidak pernah mrnjengah dan bertanya khabar. Ibunya tetap tidak mahu menerima suami saya melainkan suami saya ikut kehendaknya untuk berpisah dengan saya sepertimana anak2nya yang lain yang telah mengikut kehendaknya.

Di dalam masa yang sama, bekas suami kakak ipar saya pernah berjumpa dan berpesan kepada saya bahawa keluarga suami saya ini adalah keluarga yang percaya kepada “ilmu hitam” dan dia hendak saya menjaga suami saya sebaik mungkin agar tidak terjebak dengan perkara mungkar ini, kerana nasib yang beliau alami ialah isterinya mengikut kata ibunya dan memohon cerai kepada suaminya kerana ibunya tidak suka akan suaminya. Apa yang perlua saya lakukan dan juga terutamanya situasi suami saya sebagai seorang lelaki yang perlu taat pada “ibunya” yang sebegini rupa…

WanWMA ~ Sila tinggalkan pandangan anda pada bahagian komen. Terima kasih.

15 Comments

  1. yati
  2. Kak Wan
    • devilboysafe
  3. noor
  4. ummuafdhal
  5. sue idayu
  6. nur
    • maimunah
  7. maisara
  8. Hamba Allah

Add Comment