Home / buat duit / Idea Buat Duit-1

Idea Buat Duit-1

Sudah lama rasanya tak berceloteh tentang perniagaan dan cara-cara buat duit. Patutlah saya rasa duit semakin kurang, huhu..apa kata kali ni kita menambahkan kembali duit dalam minda kita dengan pelbagai idea buat duit yang menarik! Duit itu kadang2 seperti magnet, apabila betul cara kita berfikir..ia akan datang sendiri dengan comelnya. Ehem..adakah duit itu comel? Kalau tak kenapa semua orang sukakan duit? huhuhu..jom kita terjun ke dunia idea!

Adakah anda seorang pekerja makan gaji? Berapa gaji anda sebulan? RM1500? RM2000? RM3000? Sudahkah anda membeli kereta? Sebenarnya memang satu kelebihan bagi pekerja makan gaji kerana mudah untuk mendapatkan pinjaman bank untuk membeli kereta. Saya ada satu idea menarik yang mungkin boleh anda aplikasikan dengan menggunakan kelebihan ini.

Idea Buat duit

Seorang guru perniagaan atau orang yang banyak memberikan idea bisnes kepada saya pernah berkata, kalau kita ada duit untuk beli kereta, jangan beli kereta, tapi lakukan sesuatu dengan duit tersebut supaya ia berkembang dan duit tambahan itulah kita guna untuk membeli kereta. Contohnya macam ni, anda ada simpan wang 20-30 ribu untuk membeli kereta, jangan guna terus wang tersebut beli kereta, tapi gunakan wang tersebut untuk membeli/ buat sebuah kedai/ gerai untuk disewakan. Maklumlah, anda kan kerja, mana leh lepak kat situ..so sewakan ia.

Katakan anda boleh menyewakan kedai itu dengan harga RM500 sebulan. Wang inilah anda guna untuk membeli kereta. Ambil sebuah kereta yang berharga RM300-400 sebulan, selebihnya simpan untuk maintenance, masa-masa kecemasan dan sebagainya. Dengan ini, anda tidak perlu lagi mengusik wang gaji anda. Huhuhu…bestkan!

Sekarang anda sudah mendapat sebuah kedai dan sebuah kereta. Apa kata anda tambahkan lagi ‘ketamakan’ anda dengan menjadikan kereta anda itu juga sebagai aset? Kalau sekarang, anda mendapat RM500 sebulan dari sewa kedai dan gunakan wang tersebut untuk membayar kereta, apa kata kita guna kereta itu sendiri untuk bayar kereta?

Caranya macam ni, kita faham yang kedai adalah sebuah aset di mana ia amat laris untuk disewakan. Kereta pula adalah liabiliti di mana kita perlu membayarnya setiap bulan dan menjaga maintenancenya.  Tapi kita terlupa bahawa kereta pun ‘laku’ untuk disewakan. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya membeli sebuah kereta dengan bayaran bulanan RM250. Saya hantarkan kereta tersebut ke sebuah kedai sewa kereta berdekatan IPTA. Perkiraan biasa, peniaga mengambil 30% dan saya mendapat 70% dari hasil sewa tersebut. Apa2 kerosakkan yang dibuat oleh penyewa, merekalah yang kena bayar.

Dengan menyewakan kereta tersebut, saya mendapat pulangan purata RM500 sebulan. Wang ini cukup untuk saya membayar ansuran bulan kereta iaitu RM250 sebulan dan selebihnya saya boleh guna sesuka hati! Tanpa buat apa2 pun saya dapat untung RM250 sebulan. Kalau anda perasan, saya boleh beli satu lagi kereta dengan harga yang sama tanpa perlu membayar kereta itu dengan wang sendiri. Hanya guna wang hasil sewa kereta pertama tadi. Dengan ini saya boleh pakai kereta baru dengan gembira!

Jika anda mengaplikasikan idea ini, anda sudah mendapat sebuah kedai yang memberikan anda wang RM500 sebulan dan 2 buah kereta yang anda tidak perlu membayarnya setiap bulan menggunakan wang gaji anda. Wah..ah..ah..bestnya..tapi jangan lupa, bukan sebarangan orang yang berani menggunakan idea ini. Anda perlu tabah, perlu mengkaji pasaran yang menguntungkan, ada rancangan jahat yang rapi dan kesungguhan yang tiada tolak bandingnya. Yang pasti sudah ramai orang yang berjaya mengunakan idea ini secara diam-diam, kita bila lagi?

About wanwma

Check Also

TERHAD: STIKER KERETA KEMPEN AURAT SAYA MARUAH SAYA!

Dapatkan Stiker Kereta Kempen Aurat Saya Maruah Saya Edisi Terhad Di Sini! Stiker Kereta Kempen …

No comments

  1. Salam Wan,

    Perkongsian yang cukup menarik dan bagus. Buka semua orang ‘mampu’ untuk melakukan nya. Ianya melibatkan jangkamasa yang agak lama. Ini lah salah satu taktik untuk mengurangkan liabiliti.
    .-= Firdaus menulis diblognya tentang.. Domain .com pada RM5 =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *