(Informasi) Apa itu Industrial Design?

Seringkali apabila saya menyebut bidang pelajaran saya iaitu Industrial Design atau Rekabentuk Industri masih ramai yang terpinga-pinga. Baru-baru ni semasa asyik menonton video di youtube, saya terjumpa video tentang Industrial Design. Saya dah lama meninggalkan bidang ini, namun minat di hati masih bercambah. Tanpa segan silu saya pun menonton video tersebut…sedih rasa bila tengok video tu. Walaupun ia hanya memaparkan gambar2 produk tapi ia telah membuatkan saya terkenang kisah-kisah zaman bergelar student…teringat pulak kat kawan2 (hari ni ada sorang yang buat kenduri kahwin).

samjilbert

Berbalik kita kepada Industrial Design. Bidang ini adalah satu bidang kreatif yang menekankan rekabentuk dalam sesebuah penghasilan produk, hiasan, kenderaan, perabot dan sebagainya. Ia lebih kepada membaikpulih produk sedia ada berbanding rekacipta. Sebagai contoh jika anda perhatikan banyak produk2 yang telah dihasilkan kini direkabentuk kembali dengan rekabentuk yang lebih mesra pengguna. Inilah tanggungjawab perekabentuk industri selain memastikan produk itu memiliki rekaan yang cantik dan menarik.

Saksikan video di bawah untuk mendapat pemahaman yang lebih luas…

8 Comments

  1. Mus
  2. faridashraf
  3. radzee
  4. E-One(Al Ba'atul)

Add Comment