Wallpaper Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2011

Alhamdulillah… Kita telah melalui beberapa hari ibadah puasa di tahun 2011. Syukur kepada Allah kerana sehingga kini kita masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan ibadah ini. Kali ini saya ingin menghadiahkan kepada semua pembaca blog ini wallpaper Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1431 / 2010 M yang di rekabentuk dan dilukis oleh saya sendiri.

Terdapat 55 zon waktu berbuka puasa yang berbeza yang telah saya siapkan. Anda boleh pilih negeri atau zon yang sesuai untuk tempat anda.

Saya hadiahkan jadual waktu berbuka puasa ini secara percuma saja. Walau bagaimanapun anda perlu memasukkan nama dan email anda di ruangan yang disediakan di bawah untuk mendapatkan wallpaper ini. Tujuan saya buat begini adalah kerana tidak lama lagi saya akan membuka keahlian khas untuk pembaca blog saya.

Keahlian itu percuma saja. Cuma dengan adanya ahli, lebih mudah untuk saya maklumkan apa-apa perkembangan yang sedang saya jalankan. Selain itu saya juga akan berikan banyak lukisan-lukisan yang akan dihasilkan akan datang secara percuma kepada semua ahli.

Oleh itu, sesiapa yang suka dengan hasil penulisan dan lukisan saya bolehlah memasukkan nama dan email anda di bawah untuk mendapatkan wallpaper ini dan sekaligus menjadi ahli blog ini. Buat mereka yang tidak berminat menjadi ahli tetapi mahu mendapatkan wallpaper ini, anda juga perlu memasukkan nama dan email. Saya akan hantarkan link download wallpaper ini ke dalam email anda. Selepas download, anda boleh keluar dari ahli blog ini bila-bila masa sahaja yang anda suka dengan klik link yang disediakan nanti.

 

Add Comment