Home / Artikel Cahaya Islam / Jangan Bersentuhan Lelaki & Perempuan Kata Si Anjing…

Jangan Bersentuhan Lelaki & Perempuan Kata Si Anjing…

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING : aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!anak buangan

LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING : Wah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya,

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”

“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9)

Terima kasih kepada:  Pemuda Pas

About wanwma

Check Also

Halal, Haram dan Syubhah

Halal Haram dan Syubhat   عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا …

No comments

  1. salam…

    wanWMA selalu wat entry yg bagus2.. sgt bermanfaat utk dikongsi… congrate! hehehehe…

    mmg btol..
    sentuh babi/anjing lebih baik dr bersentuhan dengan ajnabi…
    siapa yg melakukan mgkin lebih rendah martabatnye dr haiwan tersebut…

    moga sentiasa dpt petunjuk Allah…
    .-= ayue aishah menulis diblognya tentang.. untuk wanita sahaja!!! =-.

  2. salam kawan..
    huhu..mula intro dia mmg tak tahan..heheh tapi dlm nada bersahaja ia terselindung makna yg tersembunyi..

    Isu pembahgan bayi semaki berleluasa..mungikinkah ia menandakan dunia telah akhir zaman..

    terima ksh abg wan atas perkongsian kisah tsbut..takala suri lihat bayi2 tu trsa tensentuh hati seorang ibu..huhu,rasa nak je pelik si cml yg tdk berdosa tu..

  3. bagus peringatan ni..sedih ramai yg tak mahu faham larangan yah sudah jelas

  4. Salam…

    Satu entry yg bagus….syabas…

    Teguran yg agak lembut utk menyedarkan mereka2 yg patut disedarkan..agar segala gejala yg tidak sihat dpt dibendung…
    .-= Fida menulis diblognya tentang.. Ayna Birthday – 5th =-.

  5. Erm betul tuh… isu ini tak boleh dipandang sebelah mata sahaja… terima kasih diatas peringatan ini… buat diriku
    .-= zik menulis diblognya tentang.. Cara merawat kayap ular. =-.

  6. huhuhu… best story… enjoy aku… ingat2 mengingati amalan mulia… tq2
    .-= mancai menulis diblognya tentang.. speedtest untuk hosting =-.

  7. kasihan pada wajah2 yg tdk berdosa..

  8. satu peringatan yang baik..
    boleh dijadikan pengajaran 🙂

    kena bagi orang yg suka berpegangan tangan dengan pasangan baca ni..
    .-= fatint menulis diblognya tentang.. Dua Video Menarik =-.

  9. yang haram tetap haram… ada juga yang nak menghalalkannya… manusia oh manusia??
    .-= ayiee69 menulis diblognya tentang.. =-.

  10. Semoga ada kesedaran untuk semua umat islam, hukum hakam selalu diabaikan bukan diaorang tak sekolah agama, cuma iman tak lekat di jiwa.

  11. erk,, kesilapan sket..
    samak ue adalah untuk membersihkan kulit binatang,, perkataan yang betul adalah sertu ye..
    tape,, anda juge adalah manusia

  12. LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

    =hukum haram memakan anjing dan babi tetapi
    BUKAN haram memegang kedua-dua binatang ini
    =hukum memegang binatang ini ialah najis mughollazoh.
    perlu disucikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *