Jangan Fikir Terlalu Banyak

Memang pun! Berfikir itu perlu, perancangan itu wajib tetapi bertindak itulah sebenarnya langkah pertama untuk berjaya. Ramai diantara kita takut macam siput sedut apabila ingin bertindak. Padahal apa pun tak berlaku lagi. Kenapa agaknya kita takut?

Jawapannya kerana terlalu banyak berfikir. Kita mahukan sesuatu itu perfeks. Kita tidak mahu lakukan sebarang kesilapan, kita tidak mahu gagal, kita tidak mahu kalah dan tidak mahu perancangan yang dihasilkan sia-sia. Namun kerana terlalu banyak persoalan dikaji, terlalu banyak perancangan, macam-macam penakulan dibuat, akhirnya satu apa pun kita tak buat.

think

Renungkan balik…tidak mungkin kita terlepas dari kesilapan. Bagaimanapun, adalah 100 kali lebih baik melakukan kesilapan daripada tidak berbuat apa-apa. 100 kesilapan mungkin boleh memberikan kita 1001 pengajaran.

Sebagaimana yang berlaku kepada jiran saya Thomas Edison (huhu..), selepas gagal 1000 kali, akhirnya berjaya juga beliau mencipta mentol lampu yang berfungsi dengan baik. Ketekunan beliau kini menjadi pedoman seluruh dunia.

Saya tahu, anda yang sedang membaca tentu ada rancangan jahat untuk melakukan sesuatu demi mengubah hidup. Agak-agaknya la, dah berapa tahun anda merancang? Dah berjaya ker? Kalau dah, Alhamdulillah…tapi kalau tak berjaya, aduhlah…

Kadang2 rancangan tu tak jadi bukan sebab tak bagus, tapi sebab tak bertindak! Satu apa pun tak buat. Aduh..jangan begini, buatlah sesuatu! Saya dah buat 5-10 rancangan besar yang saya rancang, tapi hampir kesemuanya menemui jalan kekecewaan. Saya buat 10 perkara, tapi saya gagal hampir 20 perkara. Sebabnya kegagalan itu kadang2 berjangkit..siapa yang pernah gagal akan tahu perkara ini!

Bagaimanapun, Alhamdulillah…saya masih hidup sampai sekarang. Masih boleh baiki kesilapan, boleh belajar dan masih boleh bangkit kembali! Siapa tahu akan datang saya boleh berjaya macam Syed Mokhtar AlBukhary (haha..). Saya masih ada peluang sebab saya sedang lakukan sesuatu.

Berbeza pula dengan orang yang asyik berfikir tapi tak buat apa2. Kalau anda masih banyak berfikir panjang dan tetap tidak mahu lakukan apa2, adalah lebih baik idea atau rancangan anda itu dikuburkan begitu saja. Saya terpaksa bertegas dalam hal ini kerana:

‘Ramai orang bercakap banyak, tetapi satu apa pun dia tak buat!’

12 Comments

    • wanwma
    • wanwma
    • wanwma

Add Comment