Home / Kejayaan / Jangan Fikir Terlalu Banyak

Jangan Fikir Terlalu Banyak

Memang pun! Berfikir itu perlu, perancangan itu wajib tetapi bertindak itulah sebenarnya langkah pertama untuk berjaya. Ramai diantara kita takut macam siput sedut apabila ingin bertindak. Padahal apa pun tak berlaku lagi. Kenapa agaknya kita takut?

Jawapannya kerana terlalu banyak berfikir. Kita mahukan sesuatu itu perfeks. Kita tidak mahu lakukan sebarang kesilapan, kita tidak mahu gagal, kita tidak mahu kalah dan tidak mahu perancangan yang dihasilkan sia-sia. Namun kerana terlalu banyak persoalan dikaji, terlalu banyak perancangan, macam-macam penakulan dibuat, akhirnya satu apa pun kita tak buat.

think

Renungkan balik…tidak mungkin kita terlepas dari kesilapan. Bagaimanapun, adalah 100 kali lebih baik melakukan kesilapan daripada tidak berbuat apa-apa. 100 kesilapan mungkin boleh memberikan kita 1001 pengajaran.

Sebagaimana yang berlaku kepada jiran saya Thomas Edison (huhu..), selepas gagal 1000 kali, akhirnya berjaya juga beliau mencipta mentol lampu yang berfungsi dengan baik. Ketekunan beliau kini menjadi pedoman seluruh dunia.

Saya tahu, anda yang sedang membaca tentu ada rancangan jahat untuk melakukan sesuatu demi mengubah hidup. Agak-agaknya la, dah berapa tahun anda merancang? Dah berjaya ker? Kalau dah, Alhamdulillah…tapi kalau tak berjaya, aduhlah…

Kadang2 rancangan tu tak jadi bukan sebab tak bagus, tapi sebab tak bertindak! Satu apa pun tak buat. Aduh..jangan begini, buatlah sesuatu! Saya dah buat 5-10 rancangan besar yang saya rancang, tapi hampir kesemuanya menemui jalan kekecewaan. Saya buat 10 perkara, tapi saya gagal hampir 20 perkara. Sebabnya kegagalan itu kadang2 berjangkit..siapa yang pernah gagal akan tahu perkara ini!

Bagaimanapun, Alhamdulillah…saya masih hidup sampai sekarang. Masih boleh baiki kesilapan, boleh belajar dan masih boleh bangkit kembali! Siapa tahu akan datang saya boleh berjaya macam Syed Mokhtar AlBukhary (haha..). Saya masih ada peluang sebab saya sedang lakukan sesuatu.

Berbeza pula dengan orang yang asyik berfikir tapi tak buat apa2. Kalau anda masih banyak berfikir panjang dan tetap tidak mahu lakukan apa2, adalah lebih baik idea atau rancangan anda itu dikuburkan begitu saja. Saya terpaksa bertegas dalam hal ini kerana:

‘Ramai orang bercakap banyak, tetapi satu apa pun dia tak buat!’

About wanwma

Check Also

Ukhuwah

Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ …

No comments

  1. hahha..betul tu wan…kebanyakan dr kita ckp aje lebih..buatnya haaarraaaaammm…termasuk juga aku sebenarnya..tp xdela semua..sbb aku sedar ckp je xboleh bawa hasil !
    .-= farahaznil menulis diblognya tentang.. Sejarah Maal Hijrah bagi umat Islam . =-.

  2. kita kene yakin yang kita boleh berjaya. Kalau ragu-ragu sepanjang masa, memang sampai bilalah kita takkan berjaya.
    .-= knightblogger menulis diblognya tentang.. 11 Wonders about Friendster.com =-.

  3. Salam wan..huhu…motivasi yg bagus nie…yup betul tue…kalo telalu byk berfikir ngat sampai ape2 tindakan pon x dibuat x guna jugak kan…biarla berfikir sikit tapi tindakan tue ada dr berfikir byk tapi still xde tindakan..

  4. byk pikir buat sakit kepala je..migrain… 😉 yg penting tindakan..

  5. yakin boleh. Malaysia boleh. Kalau kita yakin, kita leh jadi apa sahaja..
    .-= abrablog menulis diblognya tentang.. Make Money Online with Pay-to-Promote.net =-.

  6. “Aku kena belajar kesemuanya dulu sebelum dapat membuatnya”

    Ini ialah tabiat perfectionist yang boleh membuatkan kita selalu merasa kecewa atau langsung tak buat apa-apa. Ia akan menjadi batu penghalang yang besar kepada kemajuan diri dan produktiviti kita. Yang pastinya kita tidak boleh bermula dengan terus menjadi profesional kecuali bermula sebagai orang baru.

    Penyelesaian: Kita perlu mencuba terlebih dahulu sebelum boleh mengatakan mana satu yang terbaik untuk kita. Caranya lakukan saja terlebih dahulu. Lupakan saja niat kita untuk mencapai kesempurnaan. Lakukan saja, belajar sewaktu melakukannya dan terus apply-kan apa yang telah kita belajar secepat mungkin. Mungkin ia tidak mencapai sasaran yang kita hajati tetapi ada pengajaran yang amat berharga untuk kita pelajari dari pengalaman itu.

    Apa yang penting kita perlu bereksperimentasi dan mencuba-jaya (trial-and-error). Ingat, kita bukan gagal kerana tidak mencapai matlamat tetapi gagal
    kerana tidak mencuba.
    .-= Noraizham menulis diblognya tentang.. APA ITU COMMENTLUV? =-.

  7. salam..
    benar tu.tapi pastikan rancang sebelum bertindak. mengapa ? supaya kita mudah fokus pada sesuatu perkara itu dgn lebih terperinci lagi..

  8. cakap banyak tiada guna.saya sendiri mahu lakukan tahun ni.janji lakukam.tahun agak kecewa sikit.harap berjaya mencapai kejayaan.

    ada syarikat sendiri,rumah besar, kereta besar, isteri dan juga anak.hehehe……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *