Jenazah Yang Dicemburui?

Hari ini jika kita mati menjadi mayat, maka akan ramai orang yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat kita, kemudian, mereka akan mengiringi mayat kita ke kubur, dan mendoakan semoga roh kita dicucuri Rahmat. Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti kita, namun semua orang akan tetap menjadi mayat, lambat atau cepat sahaja.

Akan tiba satu masa, di zaman perang, apabila korang mati menjadi mayat, maka akan lebih ramai lagi orang yang simpati, tapi mereka tidak datang ziarah mayat korang sebab mereka masih sibuk berperang, kemudian, tiada orang yang akan mengiringi mayat korang ke kubur, sebab masing masing sibuk bersembunyi atau berperang, yang tinggal, hanyalah doa doa agar roh korang dicucuri Rahmat.  Lalu bergelimpanganlah mayat korang membusuk dijalanan, jika ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa kapan, Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang, dan mulai cemburu pada orang orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka..

Dalam Negara yang aman merdeka. Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah salah satu nikmat mati.

Lalu kenapa kita takut mati wahai sahabat?, kenapa bersedih jika mati sekarang?, ini Negara Merdeka, kematianmu akan di urus dengan bermaruah….

Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada perkara lain yang kita semua kena faham tentang Merdeka…

Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka…

Tak perlu aku tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar RA atau Saidina Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi shurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang sebenar-benarnya!

Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Aku ulangi,
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Fahamlah kita di sini bahawa walau dimanapun mayat kita di tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi mayat..

Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang besar, bermakna kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh ke masjid solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh beriktikaf di masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang..

Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita asyik tengok cerita perang sampai tertinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah…

Tuan Puan sekalian, Kejayaan hakiki bukan di ukur apabila kita dapat hidup dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka ada perintah Allah sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga ada perintah Allah sekian sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat perintah Allah dalam apa jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara perperangan..

Orang Palestin yang mati di bunuh Israel ketika sedang bersolat berjemaah dalam negara huru hara adalah jauh lebih baik dari orang Malaysia yang mati ketika menonton cerita perang sampai terlupa solat berjemaah, adohai.

Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang sanggup solat berjemaah di masjid 5 waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa payahnya rakyat palestin nak solat berjemaah sebab tentera Israel tak bagi kerana Negara mereka belum Merdeka?

Kita di sini asyik kibarkan bendera jalur gemilang, atau bendara parti kegemaran, kerana kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat beribadat dengan aman, dapat azan dengan lantang dan dapat ke masjid solat berjemaah tanpa halangan, tapi apabila kita tidak mahu beribat dalam Negara merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah dalam Negara yang aman, tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka ini, apakah ertinya kemerdekaan itu?

Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita Merdeka?

Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna. Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Pengganas Negera jiran datang menyerang?

Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini bila bila masa.., Siapa yang syukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih.., Maka sementara kita masih Merdeka, jadilah orang islam yang benar benar menyembah Allah dalam Negara Merdeka…

Hentikanlah sikap suka mencari salah orang, dan bercakap keburukan orang, dalam Negara merdeka ini, Marilah kita menyembah Allah dengan cara yang paling layak Allah disembah.

Ps: Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

 

artikel ini dipetik dari kereta mayat

Add Comment