Jika Anda Rasa Anda Boleh Atau Tidak, Anda Memang Betul!

Salam Semua! Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Andaikata ada seseorang meyakinkan anda bahawa anda seorang yang hebat! Anda boleh menjadi seorang pemimpin yang disegani, anda boleh menjadi pekerja contoh, anda boleh menjadi pelajar cemerlang, anda boleh berucap depan khalayak ramai dengan begitu petah dan berkeyakinan. Semua orang akan teruja dengan kehebatan dan sifat keperibadian anda yang amat disenangi.

Laughing-child copy

Lalu anda berkata, “YA! Aku memang boleh jadi seperti mana yang engkau katakan, apa yang perlu aku lakukan hanyalah terus belajar dan berusaha!” Jika itulah jawapan anda, ingin sekali saya ucapkan jutaan tahniah kepada anda, kerana apa yang anda katakan tadi sememangnya betul! Anda boleh jadi sebagaimana yang anda harapkan.

Namun, jika anda berkata yang anda TIDAK BOLEH, saya juga ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada anda. Kerana anda sekali lagi telah memilih jalan yang betul! Tidak kira samada anda berkata anda BOLEH atau TIDAK BOLEH anda sentiasa betul. Tiada seorang pun yang boleh mengubah anda sekiranya anda berkata anda boleh, tiada seorang juga yang boleh mengubah anda jika anda kata anda tidak boleh. Jadi samada anda berkata anda boleh atau tidak, anda memang betul!

Anda tentu sekali telah memahami apa maksud saya. Pilihan ditangan anda. Apa saja yang ingin anda capai, samada ingin menjadi kaya, usahawan yang berjaya dan cemerlang, tokoh yang disegani, penulis yang popular, individu yang disayangi atau apa-apa saja, anda hanya boleh memilih samada untuk berkata anda boleh mencapainya atau pun tidak! Dan, mana-mana pun pilihan anda, ANDA MEMANG BETUL!

One Response

Add Comment