Kenali Diri Dan Kerjaya Yang Diminati

Soalan:

Saya ni seorg yang pendiam dan kurg bersosial.saya meminati bidang math,fizik dan kimia.tetapi saya tidk tahu apa pilihan kerjaya yg sy ada kerana sikap sy yg pendiam ini.saya juga seorg yg pemalu dan sukar berkata2 jika berdepan dengan orang ramai.boleh bantu saya?

Sebenarnya masalah ini melanda ramai anak-anak muda diluar sana. Meskipun pelbagai motivasi dan sesi kaunseling telah diadakan sejak peringkat sekolah lagi, soal ini masih menjadi igauan ramai. Mungkin unit kaunseling sekolah perlu dikaji semula? Entahlah, apa pun kita harap yang terbaik dari semua pihak untuk membantu mereka-mereka yang perlukan pandangan dan pendapat bernas dalam soal ini.

presentation_skills_main

Kerjaya Yang Diminati

Blog ini adalah blog pembangunan diri dan motivasi, saya harus mengemukakan pandangan dari sudut pembangunan diri dan juga motivasi untuk persoalan di atas. Percaya atau tidak, ramai orang tidak berjaya mendapatkan kerja yang diminati tetapi mengambil keputusan untuk memilih kerja-kerja lain kerana terpaksa. Ya, terpaksa! Sebab bukan senang nak dapat kerja sekarang ni!

Tetapi itu bukanlah faktor utama kenapa kita tidak boleh meneruskan kerjaya dalam bidang yang kita minat. Sambil bekerja makan gaji pun kita masih mempunyai peluang untuk berusaha melakukan kerja-kerja yang kita minati di masa lapang. Tetapi adakah kita sanggup untuk memperjuangkan minat itu? Adakah kita akan berusaha merealisasikan apa yang kita minati?

Bidang Kerjaya Kita Bukan Berdasarkan Minat, Tetapi Berdasarkan Apa Yang Kita Perjuangkan!

Ya! Minat tidak mencukupi untuk kita merealisasikan apa yang kita suka kepada kerjaya kita di masa depan. Ia perlulah disertai dengan perjuangan yang bukan kepalang!

Kenapa Saya Tekankan Soal ‘Memperjuangkan’ Minat?

Sebab kita perlu berubah dari masa ke semasa. Langkah pertama untuk mendapatkan kerja yang diingin ialah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut. Boleh dikatakan ramai juga orang berjaya mengatasi langkah ini, tetapi ramai orang terkandas pada langkah kedua iaitu keyakinan diri, penampilan diri, perhubungan awan dan juga pergaulan sosial.

Memasuki alam pekerjaan merupakan fanomena baru dalam hidup kita. Melangkah ke alam baru memerlukan kelengkapan diri yang baru. Cuba keluarkan sikap-sikap yang selama ini tidak membantu kita merealisasikan kejayaan yang kita impikan!

Jika sebelum ini kita seorang pendiam, carilah peluang untuk belajar menjadi lebih mesra.

Jika selama ini kita seorang yang kurang bersosial, cubalah mendekatkan diri dengan orang-orang yang sama bidang dengan kita. Minta tunjuk ajar, nasihat, pandangan, bertukar-tukar pendapat dan sebagainya. Cari orang yang bercita-cita tinggi, tabah dan berani. Dekati mereka!

Jika selama ini kita hanya membaca dan mengulangkaji, cuba pula menghasilkan sesuatu idea menarik dari ilmu itu. Ini akan menjadi satu ‘nilai tambah’ untuk kita lebih ke depan berbanding orang lain!

Dan Ke semua Cadangan Di Atas Bukanlah Perkara Yang Mudah Dilakkukan Kecuali Kita Sanggup ‘Berjuang’ Melakukannya!

Akhir kata, apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah kita perlu berubah! Kadang-kadang kita menilai diri kita sebagai seorang yang lemah, lalu kita berfikir-fikir, “Inilah diri aku..terimalah aku dalam keadaan ini!”. Seolah-olah kita memaksa masyarakat menerima kita seadanya. Sedangkan apa yang sepatutnya kita fikir ialah “Apa yang perlu aku lakukan supaya mereka boleh dan mahu menerima aku?”.

Memberi lebih baik dari menerima! Renung-renungkanlah bersama…

Sebaik saja menyiapkan diri dengan kelengkapan yang betul, bidang kerjaya yang boleh diterokai itu akan hadir dengan sendirinya..

11 Comments

    • wanwma
    • wanwma
    • wanwma
  1. zik
  2. qalbu
  3. aina
  4. zihan

Add Comment