Kerjasama Dengan Diri Sendiri

Bak kata Wonder Pets, “Apa yang penting, bekerjasama!” Ehem..kalau boleh bekerjasama dengan Wonder Pets kan senang. Sentiasa gembira dalam apa jua keadaan sekalipun. Sentiasa memberi kerjasama yang baik setiap masa!

Namun realitinya tidaklah begitu mudah. Pada kebiasanya, kita lebih terdedah dengan percakapan berbanding tindakan. Maksud saya, apabila diminta bekerjasama ramai yang berkata boleh, ok, no hal, tiada masalah dan sebagaimana. Tapi bila tiba masa untuk memulakan tindakan, ramai pula yang menolak dan membuat pelbagai karenah.

teamwork

Macam pernah kena jer kan! Memang, mungkin semua orang pernah mengalami keadaan ini. Kita tidak dapat kawal keadaan seperti ini, kita terpaksa menerima dan bersedia menghadapinya. Bagi diri saya sendiri, saya paling suka bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea dan manfaat dengan orang ramai.

Bagaimanapun perkara ini kadang-kadang membebankan diri sendiri. Kerana tidak semua orang sanggup memberi komitment yang baik. Apa yang patut kita lakukan dalam keadaan ini? Sebagai contoh, kita telah berikan tugas kepada orang lain, tapi bila sampai masanya mereka tidak dapat menyiapkannya. Jawapannya pada saat terakhir kita kenalah buat sendiri.

Dari dulu saya menggunakan 1 kaedah mudah untuk mengatasi masalah ini. Walaupun kaedahnya mudah, tetapi perlaksanaannya agak sukar. Kaedah ini saya panggil bekerjasama dengan diri sendiri. Ini juga boleh dikatakan sebagai plan B.

Sebarang tugas yang diberikan kepada orang lain, kita tidak boleh letak kepercayaan 100% yang mereka dapat siapkan kerja tersebut. Tak kira berapa bagus pun mereka. Sebab kadang2 mereka juga boleh jatuh sakit dan sebagainya. Apatah lagi jika mereka ada perangai yang tidak bagus berkaitan komitment.

Apa yang perlu kita buat ialah rancang satu tindakan susulan sebaik saja tugas itu diberikan kepada mereka. Anggap saja mereka memang tidak dapat siapkan tugas tersebut kemudian lakukan sesuatu. Tanya perkembangan kerja mereka beberapa hari lebih awal, jika nampak berkembangan yang positif, itu satu bonus dan kejayaan besar buat kita. Jika ia negatif, kita terpaksa kembali kepada plan B yang telah kita rancang sebaik saja menyerahkan tugas tersebut.

Ya! Kadang-kadang perkara yang diamanahkan kepada orang tidak semuanya berjalan dengan baik. Dalam keadaan ini, terpaksalah kita buat sendiri. Walaupun begitu, jika kita bekerjasama dengan diri sendiri lebih awal, kita akan selamat untuk menangani masalah ini.

Sehingga artikel ini ditulis, ada 3-4 perkara yang saya perlu bekerjasama dengan diri sendiri ketika ini..aduh..rasa agak sedih dan terkilan. Ia mengganggau masa saya, tapi tidak menjejaskan keseluruhan rancangan saya. Sebab dari awal dulu saya dah tahu perkara ini akan berlaku. Huhuhu..

“Rakan kongsi yang paling baik dan sempurna adalah diri kita sendiri!”

12 Comments

    • wanwma
        • wanwma
  1. Mus
    • wanwma
    • wanwma
  2. Ahmad

Add Comment