Doa Akhir & Awal Tahun, Ada Pendapat Kata Boleh, Ada Pendapat Kata Tak Sesuai, Maka?

Terdapat 2 pendapat berbeza tentang doa akhir dan awal tahun. Ada yang mengatakan bahawa ia baik diamalkan dan ada juga yang mengatakan bahawa ia tidak perlu diamalkan kerana amalan itu bukan datang dari Rasulullah. Di bawah ini saya bawakan dua video tentang kenyataan bahawa doa akhir tahun itu tidak terdapat pada zaman Rasulullah dari dua orang penceramah berlainan.

Ustaz Asri

httpv://www.youtube.com/watch?v=NDuu8BtGhNw

Ini adalah pendapat daripada Ustaz Asri. Baik, kita dengar pula pendapat dari Ustaz Halim Hasan yang meraikan kedua-dua pendapat. Ada pendapat mengatakan boleh dibaca dan ada pendapat mengatakan bahawa ia tidak perlu diamalkan. Jadi apakah tindakan yang perlu kita ambil? Pendapat manakah yang perlu kita ikut?

Ustaz Halim Hasan

httpv://www.youtube.com/watch?v=NcI1eOFafus

Saya mencadangkan supaya para pembaca mengikut kenyataan yang diutarakan oleh Ustaz Halim Hasan. Itulah yang terbaik. Jika diamalkan dan salah faham tentang fadhilat yang disebarkan sedangkan fadhilat-fadhilat itu datangnya dari hadis palsu maka amalan itu tertolak. Namun jika diamalkan doa-doa itu semata-mata kerana Allah maka ia tidaklah menjadi satu kesalahan. Semua doa adalah amat baik diamalkan.

8 Comments

  1. Akmal
  2. cinnamon.com
  3. ab aziz
  4. md. nasir

Add Comment