Mengubati Mabuk Cinta

Di bawah ini saya senaraikan beberapa terapi yang dapat menyembuhkan penyakit mabuk cinta:

Ikhlas Kepada Allah

Apabila kita mabuk cinta, satu perkara yang perlu kita ingat ialah cinta itu sebenarnya untuk siapa? Benarkah cinta itu membuatkan diri kita semakin dekat dengan Allah? Benarkah cinta itu tulus kerana Allah? Jika tidak jauhkanlah diri dari cinta yang boleh merosakkan hati.

Berdo’a.

Bukan semua orang mampu menghalang rasa cinta yang kuat dalam hati. Adakala meskipun dihindari, cinta itu semakin datang dan menusuk dalam ke dasar hati. Berdoalah dengan penuh kesungguhan. Hakikatnya Allah jualah yang menanamkan rasa cinta dalam hati kita dan Allah jugalah yang akan menghilangkannya.

Menahan Pandangan.

Elakkan diri dari memandangnya. Usah juga berfikir-fikir tentang dirinya. Hati terjaga, syahwat terpelihara.

Menjauh Dari Orang Yang Dicintai.

Jauhkan diri. Elakkan bertemu dengan dirinya. Menyelamatkan diri dari kerosakkan hati dan maksiat lebih baik dari terus berkawan dengan orang yang bukan mahram kita.

Banyak Berfikir & Berzikir.

Perbanyakkan berfikir tentang dosa dan maksiat yang mungkin berlaku andai kita bersamanya. Sebaiknya berzikir dan sucikanlah hati dengan kalamullah.

Menyibukkan Diri Dengan Hal-hal Yang Bermanfaat.

Sebab mabuk cinta adalah karana kesibukan hati yang kosong. Hatinya akan dipenuhi bayang-bayang kekasihnya. Tetapi ketika ia sibuk dengan hal-hal lain maka cintanya akan pudar, rindunya akan hilang dan akhirnya ia dapat melupakannya.

Menikah, Sebab Pernikahan Itu Mencukupi Segalanya.

Penuh berkah dan menjadi solusi. Jika orang yang dicintainya adalah wanita yang mungkin dinikahinya maka hendaklah ia menikahinya. Jika sukar menikahinya hendaklah memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk memudahkannya. Jika tidak dapat menikahinya karana sebab-sebab tertentu, maka hendaklah ia bersabar dan memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar diberi jalan keluar.

Melawat Orang Sakit.

Mengiringi jenazah, menziarahi kubur, melihat orang mati, berpikir tentang kematian dan kehidupan setelahnya.

Senantiasa Menghadiri Majlis Ilmu.

Duduk bersama orang-orang zuhud dan mendengar kisah-kisah orang soleh.

Kuatkan Semangat, Jaga Solat.

Dengan cara membuang rasa putus asa disertai dengan keinginan keras untuk dapat menundukkan hawa nafsu. Selalu konsisten menjaga solat dengan sempurna. Menjaga kewajiban-kewajiban solat, samada kekhusyukan dan kesempurnaannya secara zahir dan batin.

Menjaga Karisma Diri.

Agar tidak jatuh kepada kedudukan yang hina dina, tidak jatuh dalam perbuatan yang tercela dan segala bentuk yang dapat menghalang kemuliaan. Orang-orang yang memiliki harga diri tidak akan mudah terpengaruh dengan nafsu. Belajarlah dari kisah yang telah menimpa ramai orang. Di luar sana ramai manusia yang pandai, mulia dan disegani akhirnya dihina kerana kalah dengan nafsu sendiri.

Menjaga Kemuliaan Diri, Kesucian & Menjaga Kehormatannya.

Hal ini akan membuat seseorang jauh dari perkara yang akan meruntuhkan harga dirinya ataupun yang akan menjatuhkan martabatnya.

Membayangkan cela yang terdapat pada diri orang yang dicintainya.

Ibnul Jauzi rahimahullah berkata: “Sesungguhnya manusia penuh dengan najis dan kotoran. Dan orang yang dimabuk dengan cinta melihat kekasihnya dalam keadaan sempurna. Karana cinta, ia tidak dapat melihat aib kekasihnya. Sebab hakikat segala sesuatu dapat disingkap dengan timbangan yang adil. Sementara yang menjadi penguasa atas dirinya adalah hawa nafsu yang zalim. Ia akan menutupi seluruh cela hingga akhirnya orang yang dilanda cinta melihat kekasihnya yang jelek menjadi jelita.”

Fikir Bahawa Diri Akan Ditinggalkannya.

Samada ditinggal kerana mati atau ditinggal pergi tanpa keinginannya atau ditinggal karana sudah bosan.

Memikirkan Akibat Perbuatannya.

Orang yang berakal adalah orang yang dapat menimbang apakah cintanya itu akan melahirkan kenikmatan ataupun kesengsaraan.

Meyakini Keutamaan Ujian Hidup.

Hendaknya orang yang ditimpa ujian seperti ini mengetahui bahawa ujian hidup merupakan sebab munculnya nilai keutamaan seseorang. Jika dia bersabar maka akan tampaklah keutamaannya, sempurnalah kemuliaannya dan darjatnya akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi.

Berfikir Kerugiannya.

Memikirkan betapa banyak hal-hal yang bermanfaat menjadi luput disebabkan kesibukkan diri dengan cinta seperti ini. Orang-orang yang mulia lebih mengutamakan santapan akalnya dan amalannya.

Mengambil Pengajaran Dari Kisah Orang Yang Mabuk Cinta.

Bagaimana derita yang mereka tanggung. Bagaimana hidup mereka yang dikucilkan oleh masyarakat. Betapa hancur segala urusan dunia dan akhirat mereka. Bandingkanlah orang-orang yang menghabiskan hidup untuk cinta buta dengan orang-orang yang memiliki cita-cita yang tinggi dan luhur dan keinginan yang kuat.

Demikianlah sedikit sebanyak langkah yang boleh diambil untuk mengubati penyakit mabuk cinta. Hanya yang benar-benar bersungguh sahaja yang akan dapat menyelamatkan diri sendiri dari penyakit tersebut.

Wallahualam..

3 Comments

  1. Nur Syafiqah Binti Jamaluddin
  2. aisya

Add Comment