Menguruskan Kerja Menggunakan Peta Minda

Tentunya pembaca blog WanWMA adalah orang-orang yang sentiasa memandang ke depan dan mempunyai idea, rancangan, strategi dan pelbagai tugasan yang direncanakan. Keadaan ini memaksa kita sentiasa merancang tugasan dengan teliti dan kemas.

Mungkin setiap orang di antara kita mempunyai corak yang berbeza dalam mengendalikan idea dan pengurusan kerja masing2. Bagaimanapun saya ingin kongsikan satu cara yang mungkin praktikal untuk sama-sama kita gunakan iaitu dengan menghasilkan Mind Map atau Peta Minda.

MindMapSmaller

Jika Peta Minda yang dihasilkan menggunakan kertas dan pen itu adalah perkara biasa yang anda dah pun tahu, apa yang ingin saya kongsikan ialah Peta Minda yang menggunakan komputer.

MindMappingBig

Terdapat beberapa perisian yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan Peta Minda yang cantik dan kemas seperti Peta Minda di atas, namun sesetengah perisian yang membantu anda menghasilkan rekabentuk Peta Minda yang cantik dan mudah di fahami adalah perisian berbayar. Jika anda tidak mahu mengeluarkan wang, anda boleh memilih aplikasi percuma! Di sini saya akan senaraikan 3 jenis aplikasi yang boleh anda gunakan:

Freemind

Ia adalah perisian percuma yang anda boleh download dan gunakan dalam komputer anda. Klik di sini untuk dowload. Lihat video di bawah untuk pelajari cara menggunakannya!


Bubbl.us

bubbl logo

Sebuah aplikasi internet yang membolehkan anda menghasilkan Peta Minda secara online dan kongsikan dengan rakan-rakan anda. Menariknya ialah kerana ia percuma! Klik di sini untuk ke web site bubbl.us. Lihat video di bawah untuk pelajari cara-cara menggunakannya.

MindJet

mindjetLogo

Mindjet adalah perisian berbayar yang agak mahal. Namun ia dikatakan ‘Leader’ dalam bidang ini. Mungkin kerana perisian Minjet amat berkuasa dan sangat efektif. Saya juga menggunakan Mindjet (macam biasa la, pakai torrent..hoho). Tonton video promo dan demonya di bawah.

21 Comments

    • wanwma
  1. zik
    • wanwma
    • wanwma
    • wanwma
    • wanwma
    • wanwma
  2. RyuTsubasa

Add Comment