Minyak Oh Minyak…

Berita dari Kosma beberapa hari lepas…

http://www.kosmo. com.my/kosmo/ content.asp? y=2009&dt=0420&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

PPIM dakwa pam laju keluarkan sedikit minyak

KUANTAN – Jika bil air tinggi disebabkan air yang dipam bersama tekanan udara, demikian juga ketika mengisi minyak di stesen minyak.

“Pam dengan perlahan kita dapat banyak minyak. Pam dengan laju, dapat sedikit,” demikian dakwa Pengurus Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin.

Menurutnya, keadaan itu tidak disedari kebanyakan pengguna kerana mereka tidak peduli kuantiti sebenar minyak yang dipam.

Wartawan Kosmo! yang ingin menguji dakwaan Noor Nirwandy itu telah mengisi minyak ke dalam dua botol di dua stesen minyak berasingan dan mendapati kuantitinya berbeza walaupun harga yang dibayar adalah sama.

minyak oh minyak

Noor Nirwandy berkata, keadaan tersebut berlaku apabila petrol yang diisi telah bercampur wap semasa dipam.

“Ia menjadikan paparan digit pada mesin pam menunjukkan minyak yang dipam adalah satu liter namun kuantitinya sedikit berbeza disebabkan kemasukan bersama udara (wap). Bagaimanapun, kami belum membuat kajian terperinci mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, pihaknya juga kerap menerima aduan dan mengakui perkara tersebut memang berlaku namun hasilnya bergantung kepada cara pengguna mengisi minyak.

“Lebih baik isi minyak dengan perlahan bagi mengelak kemasukan udara yang banyak ke dalam tangki kenderaan.

“Pengguna juga boleh mengelak kemasukan udara bersama minyak dengan mengisi petrol pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk kerana jumlah wap di dalam tangki petrol bawah tanah adalah lebih rendah berbanding ketika cuaca panas,” jelasnya.

Email Dari rakan2 online…..

EMEL 1
Sukatan berbeza antara stesen minyak…
Assalamualaikum. …
Saya nak tanya la kan….adakah benar khabar yg saya dengar, bahawa sukatan minyak ni berbeza di antara stesen atau ini adalah satu strategi untuk menjatuhkan stesen minyak yg tertentu???

tgk komen kawan2 saya ye…

“mengikut ckp lecturer aku (bekas engineer perodua bahagian QC)..ada seorang supplier yg selalu hantar brg kat perodua..supplier ni selalu calibrate meter sukatan stesen2 minyak ni…dia kata minyak petronas paling tak betul suktan dia..mmg tak menepati suktan yg ditetapkan.. kita ni nk banggakan barangan buatan malaysia…tp macam kena tipu…korang rasa tertipu tak?”

EMEL2
“cuba hangpa cari 5 botol air mineral yg sama bentuk dan saiz.
lepas tu hangpa p tiap-tiap jenama stesen minyak di malaysia,petronas, shell, BHP, mobil dan esso.
tiap tiap jenama minyak hangpa isi rm1. balik di rumah susun ke semua botol tersebut.
hasilnya, botol berisi minyak petronas paling sedikit.paling banyak di esso, yang lain balance.
macam mana boleh jadi begitu?? aku dah buat ujikaji ni 3 kali.hasil tetap sama.
bila aku isi minyak petronas cepat benor habis?berbanding minyak yang lain.
kenapa dan mengapa?? ?? teman pun tak tau nak jawab !!!!!!”

EMEL3
Boikot minyak Petronas…. – Penipu

Wahai warga Malaysia sekelian…. .. Hebahkanlah cerita benar
ini kpd rakan2 anda sekelian mengapa perlu boikot minyak
Petronas…. .

Sebenarnya semua warga Malaysia kena tipu dengan dasar
kenaikan harga minyak ni.. baru2 ni kenaikan harga minyak
sebanyak RM0.78. Tinggi tuuuuu. Mengapa kita perlu menaikkan
harga minyak setinggi tuuuuuuu….
Haaaaaa ini lah yang warga Malaysia tak tahu…. Sebenarnya
kita ni duduk je Malaysia …. tapi minyak yang kita cari gali di Trengganu & Sarawak tu, kita tak penah pakai pun…
Minyak yang kita gali tu ialah minyak Gred A… Diulangi Minyak Gred A…….semua minyak tersebut dijual keseluruhannya keluar negara…. jadi Petronas telah beli pulak minyak gred C…
Diulang Gred C….. untuk digunakan di Malaysia dan diletak logo Petronas….

Dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg BUKAN KERETA NASIONAL, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor sekali maklumlah minyak gred C.
(Kawan saya yg mahir dlm bab pengendalian enjin kereta mengesahkan minyak Petronas terlalu banyak karbon dan tak elok utk enjin – ini fakta)
Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso
@ Shell. Mengapa minyak tersebut lebih bersih??? Sebab
minyak tersebut adalah dari gred B…
Inilah yg rakyat Malaysia tak tahu….kenaikan harga minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg mana setong hampir mencecah USD 130.00..
Semua orng tertanya-tanya mengapa kita negara pengeluar minyak kena mengikut harga minyak dunia kan . Itu lah antara sebab2 nye…
Untuk pengetahuan anda semua… semasa kenaikan harga minyak
dari RM 1.62 kepada RM 1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang mengatakan “isilah minyak petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat malaysia isi minyak petronas, harga minyak tidak akan naik”…Semua e-mail tersebut adalah mengarut. Anda semua kena tipu….. Minyak tetap naik jugak kan ..
Sebenarnya yang untung paling besar adalah sebahagian orang2 besar kat atas tu dan org2 yang bekerja dengan petronas… sebab bila reramai isi minyak petronas, makin besar lah untung petronas…bila makin besar untung… makin besar lah bonus yang orang2 petronas dapat…
Tahun lepas sahaja bonus org2 petronas dapat antara 6-13 bulan bergantung pada perkhidmatan. ..Tapi yang petronas istihar ialah 2 bulan bonus sahaja…Bonus yang selebihnya diletakkan atas nama saguhati….
Dahsyat betul diaorg menipu rakyat..mengambil untung dari hasil perut bumi yang ALLAH bagi tanpa mengagihkan sama rata kepada rakyat….
Cerita ini bukan rekaan tetapi cerita ini aku perolehi sendiri dari abg ipar aku yg bekerja di KLCC. Dia yg menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita keluar dan membeli Minyak Gred C untuk di pakai di Malaysia …
masa aku dengar dia bercerita menyirap jugak darah aku bila dia cakap “bonus aku tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007) “dah la gaji dia rm 6+++…Siapa yang keja kerajaan tahun 2007 mana ada bonus….
Pasal Peraduan Car Craze…… Yang menang tu semua org yg senang2 dan ada contribute dgn petronas… apa salahnya kalau petronas kurangkan harga minyak RM 0.20 keee tapi takde pertandingan Car Craze….Semua rakyat dapat rasa..ni tidak… dahla jual minyak gred C, pastu nak tarik ramai orang isi minyak petronas dengan peraduan mcm tu…aku bukan nak kondem petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta2 dengan cara demikian.
Selama ni aku isi minyak petronas nak support produk Malaysia… tetapi setelah aku tahu aku terus betukar ke minyak @ Mobil/Esso dan sekarang ni sudah 7 bulan aku tak isi minyak petronas. dan aku dpat rasakan minyak tersebut lagi menjimatkan. .

Add Comment