(Motivasi) Bagaimana Mengubah Hidup Anda?

Zahirnya…

Kelihatan seorang lelaki termenung di sebuah jendela, duduk di atas kerusi malas dan seperti kebanyakan lelaki lain, rokok sentiasa menjadi peneman. Sering saya melihat keadaan seumpama ini. Kadang-kadang situasi ini sering juga menimpa diri, cuma bezanya saya tidak merokok…

Tidak kira lelaki atau wanita, kadang2 kita terusik dengan perjalanan hidup kita. Rasa dibelenggu masalah, kesusahan, kesempitan dan pelbagai igauan yang menyebabkan kita terfikir sejenak untuk mengubah nasib diri, ingin melakarkan masa depan yang lebih sempurna. Kadang-kadang usikkan ini berjaya mengalirkan air mata. Namun begitu tiada sebarang keajaiban berlaku. Kita masih berada dalam keadaan yang sama walaupun telah bertahun-tahun meniti usia.

Bagaimana hendak berubah? Anda termenung panjang…………..termenung…termenung…sehingga kadang-kadang tertidur….setelah kembali sedar, anda kembali ke dunia asal di mana anda masih orang yang sama yang memikul pelbagai masalah, beban kewangan, kerja yang membosankan dan masih menaruh sedikit impian untuk berubah.

man_thinking

Pengenalan

Artikel ini dihasilkan khas buat mereka yang ingin berubah tetapi sering mengalami situasi yang sama di mana perubahan yang diharapkan sentiasa tidak membuahkan sebarang hasil. Mengubah hidup adalah suatu perkara subjektif yang menjadi cebisan impian setiap insan. Namun cebisan ini bukan suatu yang mendamaikan sebaliknya sentiasa mengganggu emosi diri.

Saya melihat ramai sahabat-sahabat yang ingin berubah. Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah perubahan ke arah kebaikan. Adalah menjadi suatu kesedihan yang mendalam buat saya apabila melihat renungan rakan yang menghitung nasib diri. Namun apalah daya saya selain menaburkan kata-kata semangat dan suntikan motivasi untuk mereka.

Perasaan yang membelenggu diri ini membuatkan saya terpanggil untuk menulis dan mengulas pandangan buat sesiapa yang ingin berubah. Mungkin saya bukanlah orang yang tepat dalam membicarakan soal ini, tetapi adalah satu kerugian yang besar jika saya tidak berkongsi pengalaman bagaimana saya sendiri berubah dari masa ke semasa sehingga Alhamdulillah, saya menjadi orang yang lebih baik dari sejarah lama.

Walaupun tidak memiliki kejayaan yang besar, tetapi saya sentiasa gembira meskipun berada dalam keadaan getir. Kerana saya sedar, perubahan yang saya alami memungkinkan saya untuk lebih berjaya dan saya gembira,  merenung dengan gembira, bukan merenung sayu melihat masa depan. Biarlah kita belum begitu berjaya tetapi sekurang-kurangnya kita menuju ke arah itu.

Bermula dari pengenalan ini, saya akan mengulas pelbagai isu berkaitan soalan di atas. Saya akan mengupas pelbagai perkara yang memungkinkan kita untuk menjadi lebih baik dan lebih berjaya dari masa silam. Semoga panduan ini berjaya membantu diri saya sendiri dan seterusnya sesiapa yang sanggup merendahkan hati, membuka minda dan memberi laluan kepada diri sendiri untuk belajar.

Sekian..

Sambungan…

  1. Kenapa Perlu Berubah
  2. Mendalami Rasa
  3. Apa yang saya impikan
  4. Jangan Jadi Diri Sendiri

12 Comments

    • wanwma
    • wanwma
  1. naz
    • wanwma
  2. siti nuurrul hidayah
    • wanwma
  3. jasika
  4. Suzi Mazlan
    • Rashid

Add Comment