(Motivasi) Jika Bukan Anda, Siapa Lagi?

Menjadi seorang yang bertanggungjawab menguruskan banyak perkara bukanlah perkara yang mudah. Namun saya masih ingat kata-kata dari isteri seorang jutawan yang amat berjaya. Katanya:

‘Saya tak tahu kalau bukan suami saya, siapa lagi yang sanggup berkerja seperti beliau!’

Kenapa beliau berkata begitu? Sebabnya beliau sentiasa menghina suaminya ketika zaman kemelesetan mereka. Beliau juga pernah mintak cerai. ..namun si suami tetap degil dan berusaha seperti seorang lelaki gila.

Climbing a Pile of Files

Akhirnya beliau mencapai kejayaan yang amat membanggakan. Sehingga sewaktu saya mengenali beliau, pendapatan beliau mencecah RM1 juta pada setiap 3-4 bulan. Namun itu tidak lagi membakar semangat saya..perkara yang betul2 membuatkan saya kagum ialah kejayaan beliau membantu masyarakat sehingga ramai orang berjaya bersamanya dan kebebasan masa yang dimilikinya. Sekiranya beliau tidak bekerja selama satu tahun pun, beliau masih mendapat pendapatan yang sama setiap bulan.

Apabila anda berusaha untuk berjaya, anda akan mengahadapi masalah di mana anda perlu melakukan pelbagai perkara. Mungkin melakukan pelbagai perkara dalam 1 masa adalah perkara yang amat membebankan, tetapi jika anda berpengang dengan kata2 ini:

‘Jika bukan aku yang buat, siapa lagi?’

Anda seolah-olah meletakkan tanggungjawab yang besar kepada diri sendiri. Dan inilah yang dilakukan oleh jutawan tersebut.

Memang benar masih ada orang lain yang boleh melakukan sebahagian tugas anda, tetapi jika berfikiran begitu, anda akan berkelakuan acuh tak acuh dan sentiasa mengambil sikap ‘lepas tangan’. Dan saya yakin anda bukan orang macam tu! Tidak kira siapa anda, kita ambil contoh mudah. Sebagai seorang blogger, anda mungkin menaruh impian untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.  Namun untuk update post dalam blog sendiri pun anda malas, fikirkan sendiri..

Kalau bukan anda yang update blog itu, siapa lagi?

8 Comments

    • wanwma

Add Comment