(Motivasi Perniagaan) Langkah Pertama

Perniagaan…ramai orang ingin menceburi diri dalam bidang ini. Namun, apakah langkah pertama yang perlu diambil? Adakah ianya ialah belajar tentang perniagaan? Buka kedai pertama? Mula menumpulkan wang? Baca buku motivasi? Berkawan dengan ahli perniagaan? Atau anda ada pendapat lain yang lebih tepat? Saya ada jawapannya berdasarkan pengalaman yang saya lalui selama ini. Saya belajar banyak perkara dalam MLM pertama dan terakhir yang saya sertai itu. Sepanjang menjadi agen MLM tersebut, saya tidak diajar untuk menjadi seorang jurujual sebaliknya saya diajar menjadi seorang ‘Pemimpin’ dan seorang ‘Usahawan’. Saya belajar tentang motivasi, cara bercakap, cara memimpin ahli kumpulan, cara memberi ceramah kepada lebih dari 300 orang termasuk golongan profesional seperti doktor, pensyarah, editor akhbar dan sebagainya…apa ‘kejadahnya’ semua ini jika saya hanya ingin menjual sebotol vitamin?

Kawan, tak kira samada anda ingin berniaga secara konvensional, MLM, perniagaan internet, agen insuran dan apa saja..anda perlu memulakan langkah pertama yang paling penting dalam hidup anda! Ia bukan mengenai ilmu tentang perniagaan, ia bukan berkaitan siapa yang patut anda berkawan, ia bukan berkaitan dengan simpanan wang atau modal perniagaan yang perlu anda laburkan, tetapi ia berkaitan dengan DIRI ANDA! Jika anda ingin berniaga, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah:

UBAH SIKAP ANDA!

Jika anda ingin mengubah orang lain, udah diri anda dahulu!

Jika anda ingin membina perniagaan, bina diri sendiri dahulu!

Jika anda ingin mengubah dunia, ubah diri anda dahulu!

AGoodAttitudeWillChangeYourWorld

Ya! Ubah sikap anda! Anda tidak boleh memasuki dunia perniagaan atau sebarang bidang baru jika anda tidak mahu mengubah sikap anda yang ada sekarang. Percayalah, sejauh manapun kehebatan anda di masa kini, anda masih perlu berubah menjadi seorang yang lebih baik! Berniaga memerlukan komitment yang amat tinggi di mana anda perlu banyak berkorban demi memastikan anda berjaya. Mari memuhasabah diri, kita kata.. kita mahu berniaga, kita kata.. kita mahu berjaya seperti orang lain, kita kata… kita nak jadi jutawan, tetapi berapa kali kita kata ‘kita nak berubah’? Dan pernahkah kita berubah?

Adakah masa bekerja anda sekarang jauh lebih lama dari dulu? Adakah sekarang anda mengumpulkan wang lebih banyak dari dulu? Adakah masa anda mononton TV sekarang berbeza dari dulu? Adakah masa rehat anda sekarang jauh lebih banyak dari dulu? Apakah perbezaannya? Jika tidak berbeza, di mana anda rasa anda akan berjaya? Tepuk dada tanya selera. Jika kenyataan ini agak kasar, kesusahan yang akan anda hadapi untuk berubah jauh berkali ganda lebih kasar dan susah untuk ditangani!

Dari dulu kita bertanya, “Bilakah aku akan berjaya?”. Persoalan ini sebenarnya kurang tepat…soalan yang lebih tepat dan jitu ialah:

change-by-teddy

23 Comments

    • wanwma
    • wanwma
  1. naz
    • wanwma
  2. Zainol
    • wanwma
    • wanwma
    • wanwma
  3. wakina_lin
    • wanwma
  4. hilmi
  5. Maira

Add Comment