(Motivasi Perniagaan) Membaca Email Berguna Yang Tak Guna!

Setiap hari apabila membuka internet, lazimnya ramai dikalangan kita yang mula dengan menyemak email (tapi sekarang ramai gak yang chek Facebook frst). Sebagai seorang yang ingin menjalankan perniagaan internet, kita mungkin tidak terlepas dari menerima email bertalu-talu dari peniaga-peniaga internet lain  samada dari dalam mahupun luar negara.

Keadaan ini telah menyebabkan kita mengalami pembaziran masa yang kita sendiri pun tidak sedar. Sehingga perkara yang sepatutnya kita lakukan, tidak kita lakukan, tetapi kita melencong pula ke arah lain kerana tawaran menarik dan hadiah percuma yang diberikan kepada kita.

SpartyMail

Sebenarnya banyak faedahnya dan banyak kegunaannya hadiah-hadiah dan email2 yang dikirimkan kepada kita. Namun apakah faedahnya jika satu benda yang kita terima pun tidak kita menmanfaatkannya? Fikirkan balik, berapa banyak koleksi ebook yang kita dah ada? Berapa banyak ‘benda’ percuma yang kita dah download? Berapa dan berapa? Kadang2 kita terdownload 2-3 kali produk yang sama yang kita sendiri pun tak sedar ianya sudah ada dalam hardisk kita.

Sedang orang lain asyik menghasilkan wang, kita pula asyik menghitung hari bila kita dapat menghasilkan wang seperti mereka. Sedang orang lain asyik menyiapkan produk, kita pula asyik menyemak email ‘berguna’ yang kita ‘tidak guna’ pun. Hanya sekadar menbaca dan download produk percuma yang diberi, menonton video kejayaan dan langkah mudah yang ditunjukkan oleh para peniaga yang berjaya. Namun hasilnya tetap sama.

Jika kita masih seorang yang baru, ia adalah normal untuk kita belajar banyak perkara dan melihat peluang yang ada. Namun jika kita telah bergelumang dengan keadaan ini hampir 1 tahun, inilah masanya untuk berhenti bertindak seperti seorang yang rakus menyambar apa sahaja yang diberi. Mula fokus dan bertindak dengan betul!

Usah diperbodohkan lagi. Lupakan semua email berguna yang tak guna itu! Fokus kepada produk dan usaha kita. Cari ilmu berkaitan dan berkenaan dahulu, jangan asyik melencong ke sana ke mari. ‘Mereka’ tidak memperbodohkan kita, tetapi kitalah yang tanpa sedar meletakkan diri sendiri dalam keadaan tidak memanfaatkan diri.

“Untuk berjaya, anda tidak perlu melakukan banyak perkara,  tetapi lakukan hanya 1 perkara yang betul sahaja!”

10 Comments

  1. sdil
    • wanwma
    • wanwma
    • wanwma
  2. areniq

Add Comment