(Motivasi) Sahabat

Pada asalnya artikel ini adalah artikel bertajuk 15 Sebab Kenapa Mereka Gagal, namun saya dah terbabas menulis berkaitan persahabatan. Maka dengan ini saya tukar tajuk di atas dan akan menyambungnya lagi lain kali. InsyaAllah….artikel kali ini berkaitan pengalaman saya dengan seorang rakan suatu masa dahulu.

Suatu kejadian yang banyak mengajar saya erti motivasi dan persahabatan. Kisah seorang rakan sewaktu saya menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi suatu masa dulu. Beliau sudah berputus asa dan tidak mahu berjuang lagi. Beliau tidak bermaya dan seolah-olah tidak mahu bercakap langsung. Pun begitu, beliau ada satu kelebihan di mana beliau suka menampal kata-kata semangat dan motivasi pada meja studynya. Melihat keadaannya yang ‘nazak’ macam mayat hidup tu saya jadi serba salah.  Masalah beliau melibatkan rakannya yang juga rakan saya, nak tegur kan, yang lagi sorang pulak terasa. Tak ada cara lain, saya mengambil sekeping nota kertas dan pen lalu menulis:

“Orang yang tidak berjaya, tidak semestinya gagal, orang yang gagal adalah orang yang berputus asa!

Saya tampalkan nota kerta tersebut pada dinding atas meja studynya. Tidak berapa lama selepas itu beliau datang berjumpa saya dan menucapkan terima kasih. Semangat beliau kembali terpancar diwajahnya yang tersenyum. Selepas itu barulah beliau mahu bercakap tentang masalahnya dan ingin kembali berusaha. Pada pengamatan saya, ayat di atas tidaklah memberi begitu banyak kesan walaupun ia sememangnya menjadi pegangan beliau selepas itu. Semangat yang hadir kepada beliau sebenarnya datang dari perasaan beliau sendiri di mana beliau merasakan ada seorang ‘kawan’ yang memahami kedukaannya. ‘Kawan’ ini sentiasa menyokong dan memberi motivasi kepadanya selain menjadi pendengar dan tempat mengadu yang baik.

Ya..kadang2 bila kita kecewa, sedih, pilu, duka dan seumpamanya, kita memerlukan seseorang untuk mendampingi kita. Percaya atau tidak, “Apa lagi yang tiada di Syurga? Namun Nabi Adam tetap rindukan Siti Hawa!”. Saya suka ungkapan ini:

They love you but they are not your lover…

They care for you but they are not from your family…

They are ready to share your pain but they are not in your blood relation..

They are, Friends!!! True friend..

Scolds like a Dad! Cares like a Mom! Teases like a Sister! Irritates like a Brother!

And finally loves you more than a lover!

need_a_friend-1104

10 Comments

    • wanwma
    • wanwma
  1. annyss

Add Comment