My Qalam – Pen Al Quran Digital Yang Diluluskan Oleh 35 panel dari JAKIM

Pen Al Quran Digital kini bukan lagi suatu yang asing dikalangan masyarakat Malaysia. Alhamdulillah.. Seronok melihat perkembangan teknologi dalam membangunkan produk-produk yang untuk kemudahan umat Islam. Walaupun mungkin teknologi asal yang dibangunkan itu bukan dihasilkan oleh orang muslim, tetapi tiada salahnya apa yang baik dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja.

Sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat ramai orang menjual Al Quran Digital samada secara online atau secara biasa di kedai-kedai. Terdapat pelbagai jenis Al Quran Digital yang berbeza-beza. Yang terbaru ialah Pen Al Quran Digital. Untuk versi pen ini pula ada banyak jenis yang berlainan.

Lambakan produk seumpama ini mungkin adalah kerana ia mendapat permintaan tinggi di pasaran. Banyak syarikat atau orang persendirian cuba mengambil peluang ini untuk menjual Al Quran Digital. Kerana terlalu banyak produk yang terhasil, kadang-kadang ada di antaranya tidak mendapat kelulusan pihak berwajib.

Yang kita bimbangkan bukanlah tentang kelulusan itu, tetapi adakah pengisian dalam Al-Quran itu betul. Tanpa kelulusan yang sah, sukar untuk kita tahu jika terdapat kesalahan dalam Al Quran tersebut.

Admin ada melihat sebuah Pen Al Quran Digital versi baru yang diberi nama My Qalam. Admin kurang tertarik dengan kecanggihannya kerana semua Al Quran Digital yang terdapat di pasaran hampir sama sahaja. Yang menariknya tentang My Qalam ialah ia mendapat kelulusan oleh KDN ( Kementerian Dalam Negeri ) dan diluluskan oleh pihak JAKIM yang dirujuk oleh 35 ahli panelnya.

My Qalam ini adalah produk buatan Malaysia dan dihasilkan oleh orang muslim. Mengikut pengetahuan admin, software yang digunakan untuk menghasilkan produk ini asalnya dari China. Tetapi proses pembuatannya adalah di Malaysia.

Itu bukanlah isu besar, yang penting ia telah diluluskan oleh pihak berwajib. Ini bermakna My Qalam sesuai digunakan oleh kita, tiada perkara yang syubhah, penterjemahan dan ayat yang betul dan kita boleh gunakannya untuk tujuan pembelajaran.

Bagaimanapun Al Quran tidak seperti buku biasa, kita perlu mendapatkan guru sesekali untuk memperbetulkan kesalahan. Belajar seorang diri boleh menyebabkan syaitan datang mengganggu. Seandainya sudah punyai sedikit ilmu tentang bacaan Al Quran seperti tajwid dan sebagainya, maka itu adalah lebih baik.

Untuk keterangan lanjut tentang My Qalam, sila rujuk video di bawah:

httpv://youtu.be/IMdTQGTLOcQ

Buat mereka yang berminat untuk mendapatkan Pen Al Quran Digital My Qalam ini, anda boleh ke laman web penjual di sini: my-qalam.com.

Harga biasa My Qalam di pasaran dalam RM350 ke atas, namun admin lihat dalam web tersebut menjual My Qalam hanya dengan harga RM310. Jika ada sesiapa berminat eloklah dapatkan My Qalam secepat mungkin sebelum ia kehabisan stok. Klik gambar di bawah untuk membuat tempahan. InsyaAllah…

One Response

  1. hajar

Add Comment