Home / aurat / Pakai Tudung Pada Wajah, Mata, Suara Dan Hati

Pakai Tudung Pada Wajah, Mata, Suara Dan Hati

Menutup aurat bukan sekadar menutup rambut di kepala. Sekurang-kurangnya ada empat perkara yang mesti ditutup dengan “tudung”.

1. “Tudung” pada wajah.

Jangan dibuat wajahnya sengaja mengundang fitnah, berhias dengan tujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan untuk tatapan mata orang ramai. Kecantikannya khusus untuk suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

2. “Tudung” pada mata.

Jangan matanya memandang lelaki lain selain mahramnya. Solehah yang hakiki tidak dipandang dan tidak memandang. Rasulullah saw bersabda yg bermaksud :

‘Semua mata menangis pada hari akhirat kelak kecuali mata yg dipejamkan daripada memandang apa-apa yg diharamkan, mata yg berjaga di waktu malam dalam berjihad di jalan Allah dan mata yg menitiskan air mata walau sebesar kepala lalat kerana takut akan Allah.’ (Riwayat al-Dailami)

3. “Tudung” pada suara.

Jangan dilunak-lunakkan suara denga tujuan memikat dan mempesona. Allah berfirman yg bermaksud:

“Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yg dalam hatinya ada penyakit.” (Surah Al-Azhab 33: 32)

Perempuan memang dijadikan suaranya yg lunak, lemah lembut. Kenalah selalu ingatkan diri. Kadang-kadang aku pun selalu lupa.

4. “Tudung” pada hati.

Hatinya terpaut pada mengingati Allah. InsyaAllah, apabila seseorang wanita itu mengingati Allah, Allah akan memeliharanya daripada segala kejahatan yang muncul dari dalam dirinya sendiri atau daripada orang lain.

Aurat Hati

Aurat di hati juga patut ditutup sama seperti menutup aurat pada tubuh badan. Malah, aurat di hati ni jauh lebih penting. Maksudnya hati jangan lair; hendaklah dijaga selalu.

Kalau hati masih liar walaupun sudah bertudung, maka tingkah laku akan menjadi liar juga, pergaulan bebas, pandangan mata tidak terkawal, keluar hingga jauh-jauh malam, berada di tempat-tempat maksiat, maka ketika itu tudung pun tidak akan mampu menjaga maruah dan akhlak diri.

Namun, menjaga elemen dalaman bukan alasan untuk membuang tudung. Kononnya, yg penting hati. Bukan begitu. Seumpama topi keledar. Ia wajib dipakai. Sekalipun kita berhati-hati, mematuhi undang-undang dan sebagainya, namun kadang-kadang kemalangan berlaku juga.

———————–
Allah mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan bertujuan menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain.
Allah menyayangi hamba-Nya lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.
Petikan Dari Majalah Solusi. Sumber.

About wanwma

Check Also

Demi Masa

Disaat ilmu dapat dipelajari jangan berkata ‘tunggu’. Disaat masa kelapangan untuk beribadah jangan berkata’tunggu’. Disaat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *