Perniagaan Kandungan Mobile

Jika perniagaan internet adalah sesuatu perkara yang ‘baru’ buat saya, perniagaan kandungan mobile adalah sesuatu yang dilihat ‘untuk masa depan’. Namun sering saya tekankan dalam blog ini tentang apa yang ingin dilakukan di masa depan perlulah difikirkan pada hari ini dan pastikan dua perkara yang anda lakukan dalam satu masa.

Syukur kepada tuhan, dalam usaha saya memperkembangkan perniagaan online, saya juga tidak ketinggalan untuk menuntut sedikit ilmu di masa terluang tentang perniagaan mobile. Hari demi hari, detik demi detik berlalu…tuhan mula menunjukkan jalan. Saya memasuki pertandingan mencipta kandungan untuk mobile anjuran SKMM dengan kerjasama Maxis.

gambar mobile wanwma(Gambar dicilok dari: http://software.krimnet.com/mobile-content-challenge-workshop-2009/mobile-content-challenge-workshop-2009.htm)

Daripada 180 lebih penyertaan, saya berjaya dipilih antara top 10 finalist. Mungkin kebetulan atau mungkin juga saya bernasib baik. Namun langkah seterusnya betul-betul bergantung kepada usaha, idea, potensi dan kualiti produk. Apa pun yang berlaku di masa depan terserah kepada tuhan. Yang penting usaha saja sebaik mungkin.

Apa yang ingin diperkatakan di sini bukan tentang kejayaan saya, tetapi tentang ilmu yang dapat saya pelajari dan ilmu ini ingin sekali saya kongsikan dengan anda. Tahukah anda yang anda boleh menjadi Developer untuk pelbagai jenis mobile dan mendapat keuntungan sehingga ratusan ribu ringgit? Sebenarnya bukan ratusan ribu, tetapi jutaan ringgit jika anda tahu caranya.

Cara paling mudah (walaupun agak susah) untuk bermula adalah dengan menjadi developer untuk Nokia. Anda boleh menyertai forum.nokia.com untuk keterangan lanjut. Jika anda berminat, boleh mula belajar mulai sekarang. Janganlah rasa ianya membebankan ataupun takut kerana anda baru hendak bermula, kerana saya sendiri baru saja masuk forum tersebut hari ini dan menemui pelbagai perkara yang memeningkan kepala. Namun itu semua bukanlah satu halangan! Selamat berusaha!

2 Comments

    • wanwma

Add Comment