Home / aurat / Ramai Menangis & Insaf Membaca Kisah Si Kecil Ini…

Ramai Menangis & Insaf Membaca Kisah Si Kecil Ini…

Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya.

“Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.”

“InsyaAllah, UPSR 5A.”

Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya. Katanya lagi,

“Ustazah, ini serius tahu!”

Saya senyum sembil berkata;

“Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?”

“Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya.”

Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi,

“Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya.”

“Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?”

Dia menyambung lagi,

“Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan.”

Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.

“Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?”

“Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung.”

Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa,

“Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah.”

~Ustazah Norhafizah Musa.

*Hidayah Allah tidak mengenal usia. Kadangkala, seorang anak mendapat hidayah terlebih dahulu daripada ibunya. Oleh kerana itu, mohonlah hidayah Allah dengan airmata bukan air liur. Jangan pernah berhenti berdoa sebelum hidayah Allah menghuni jiwa. Kasih Allah itu lebih luas daripada kesalahan dan kealpaan diri kita. Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan. Sungguh Allah itu dekat apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.

Dipetik dari FB Siti Khadijah.

About wanwma

Check Also

Tidak Tutup Aurat Dikenakan Kompaun RM500!

KOTA BHARU – Operasi Gempur Aurat yang dilancarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam …

No comments

  1. salam..baru dengar slot,kelmarin malam before nak tido dkt IKIM.. sedih dan terharu..kanak2 seumur itu diberikan akal fikiran utk mendoakan sesuatu kepada ibunya SUBHANNALLAH..

  2. hu2..mmg tsentuh la..
    budak2 ag alert pasai aurat..

  3. salam..
    ntah kenapa saya baca cerita pendek ni trus rasa sebak dan termengalir air mata saya.

  4. Subhanallah…memang ‘touching’. Siti ada dengar delat IKIM FM bulan lepas…semoga Allah sentiasa memberikan kita hidayah…

  5. Amin..subhanallah..siapa saja mungkin mendapat rahmat ALLAH.ibubapa anak kecil ini sungguh bertuah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *