(Umum) Salam Aidilfitri

Syukur Alhamdulillah…setelah sebulan berpuasa kita semua masih bernafas untuk menyambut hari raya. Ramai juga orang yang tidak berpuasa, tetapi sambutan raya mereka melebihi orang yang berpuasa pulak.

Sedih rasanya melalui Ramadhan kali ini..lain yang dirancang diawal ketibaan Ramadhan…lain pula jadinya diakhir Ramadhan. Amalan yang diharapkan dapat ditingkatkan sseolah-olah hanyalah gurauan…hiisss…entahlah…

Di sudut lain, lain pula jadinya. Alhamdulillah…impian saya untuk menurunkan ranking blog ini ke tangga 1 juta ke bawah telah berjaya. Domain dengan nama wanwma.com ini juga telah melepasi bandwidth kerana terlalu ramai pengunjung (diorang ni cari kad raya jer sebenarnya). Saya terpaksa upgrade dan sekali lagi bandwidth dah nak habis, tu pun dah upgred 2 kali ganda lebih tinggi. Nasib baik dah raya..trafik dah reda balik cam biasa..huhuhu..

Hari raya pertama baru ni saya dapat berita gembira dari contest yang saya sertai..team saya berjaya pergi ke semi-final untuk membuat presentation kepada penal juri. Alhamdulillah, dalam banyak2 team yang hantar proprosal, team saya terpilih juga walaupun buat kerja last minute. Harap lepas la pergi ke final. Hadiah RM30 ribu tu! Banyak wooo…

Lagi satu, ni yang sedih sikit…kenapa la bila saya keluar beraya dengan mak dan ayah saya orang cakap saya ni menantu diorang…alahai…cam perli jer…saya ni kecik lagi la!

6 Comments

    • wanwma
    • wanwma
  1. middzu

Add Comment