Sampul Raya – Beri Duit Raya Sambil Sampaikan Pesanan Dakwah

Nota: Jualan Sudah Ditutup!

Kami telah menghasilkan sampul raya istimewa untuk tahun 2012 ini. Sampul raya ini dihiasi dengan lukisan kartun yang cantik yang dapat menarik perhatian penerimanya. Terdapat 2 rekabentuk yang berbeza, satu kartun wanita muslimah dan satu lagi kartun budak lelaki. Sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak lelaki dan wanita. Setiap design dilengkapi dengan kata-kata nasihat sebagai madah dakwah.

Selain memberi duit raya, kini kita juga berpeluang menyampaikan nasihat dan dakwah.

Sampul Raya Istimewa

Selain dari mempunyai rekaan kartun dan grafik yang cantik, sampul ini juga dihasilkan supaya ianya disimpan dengan baik dan sentiasa menjadi peringatan kepada penerimanya.

Selepas menerima sampul ini, mereka boleh potong bahagian yang telah digariskan dengan garisan putus-putus dan simpan bahagian itu untuk ditampal pada dinding atau kawasan meja study mereka. Dengan cara ini pesanan yang kita sampaikan kepada mereka akan terus mereka ingati. InsyaAllah…

HargaΒ 

Sampul ini dijual satu set dengan harga RM50 sahaja. Satu set ada 100 sampul. 50 sampul kartun wanita muslimah dan 50 sampul kartun lelaki. Kos penghantaran adalah percuma.

Nota: Pakej 50 orang pertama ada lagi untuk -+10 orang lagi.

Jumlah Sampul Ini Adalah Terhad

Buat masa ini kami bercadang menghasilkan sampul ini sebanyak 150 set sahaja. Maksudnya jika setiap seorang beli satu set, maka hanya 150 orang sahaja yang dapat beli sampul ini. Oleh itu, siapa cepat dia dapat.

Tempah Sekarang

Sampul ini masih dalam proses penghasilan dan InsyaAllah akan diposkan kepada anda pada 15 Ogos bersamaan 26 Ramadhan nanti.

Nota: Di bawah ini rekaan grafik sampul raya untuk lelaki:

 

Nota: Jualan Sudah Ditutup!

 

 

42 Comments

  1. Nana
      • Nana
  2. Mahadzir Tajuddin
  3. Norulshyaidda
      • Norulshyaidda
          • Norulshyaidda
  4. fyza
  5. fyza
  6. Azizul
  7. aireen
  8. aireen
  9. marina
  10. putramin1
  11. zira

Add Comment