Saya Tidak Percaya Adanya Tuhan!

Tajuk di atas bukanlah kenyataan yang saya keluarkan, tetapi ia adalah petikan dari sebuah email yang dihantar ke majalah Maskulin. Saya petik artikel ini dari majalah Maskulin isu Ogos 09.

Dalam banyak2 artikel yang terdapat dalam majalah Maskulin isu ini, saya amat tertarik untuk berkongsi dengan anda semua sebuah kisah yang amat tragis menimpa seorang rakan kita yang sudah tidak percaya lagi adanya tuhan di alam ini. Bukan niat saya nak copy artikel penuh  dari Maskulin dan sebarkan di sini, tetapi kisah itu patut dijadikan tauladan dan dibincangkan secara meluas. Saya rasa inilah juga yang pihak Maskulin mahukan…(bagi credit kat Maskulin skit…huhuhu)

Dan inilah kisahnya:…

sad_man“Saya hantar e-mail ni bukan sebab saya ada masalah kekeliruan gender atau saya ada masalah yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Saya cuma nak kongsi secebis hidup saya dengan Encik sebab rasanya Encik mungkin faham keadaan saya. Diri saya tiap hari makin ‘hilang’ dalam hidup sampai saya dah tak  mau fikir lagi tentang apa-apa.

Macam ni, saya bukan lelaki baik sangat tapi saya masih ada agama cuma saya tak buat amal ibadat dah terlalu lama. Tak perlu saya bagitau agama saya, tapi saya rasa semua orang boleh teka sendiri. Saya bukan ‘homo’ tapi sekali-sekala saya suka buat seks dengan lelaki. Tapi itu bukan cerita yang saya nak kongsi.

Saya sebenarnya dah terlalu jauh terpesong sampai saya dah tak percaya Tuhan tu ada. Kalau Dia ada, kenapa masa kecil dulu saya kena rogol dengan guru agama saya sendiri dan kenapa Tuhan tak tolong saya masa tu?

Pertama kali tu rasanya sakit sangat-sangat sebab saya tak tau pun saya tengah kena liwat! Saya menangis cakap kat ibu, tapi dia marah saya dan kata saya cakap bukan-bukan. Ayah saya tak ada, guru agama..(ayat terpotong kat sini, mungkin kesilapan editor)

Sejak hari tu saya dah buat keputusan Tuhan benci saya dan Dia tak wujud untuk saya. Mungkin untuk orang lain Dia ada tapi saya, entahlah. Tapi itu cerita lebih 40 tahun dulu. Sekarang saya dah tak kisah dah kalau lelaki nak saya. Kalau saya nak, dia pun nak, boleh.

Saya bukan nak minta simpati atau nak orang lain kesiankan saya. Saya faham kenapa saya kena liwat masa umur saya enam tahun tu. Sebabnya semua manusia tak baik, lebih-lebih lagi yang suka mengaku baik dan mengaku alim. Kalau ada peluang je, mesti manusia buat perangai setan. Sebabnya setan tu tak ada, manusia tu yang setan sebanarnya. Kalau tak percaya tengok je keliling kita.

Sekali lagi saya cakap, saya tak mau orang kesian atau orang simpati. Saya cuma nak bagi tau kisah hidup saya dan falsafah hidup saya. Yang saya tau kalau kita mati nanti, kita akan mati saja dan hilang dalam gelap. Sebabnya semua orang walau yang paling baik dan mengaku baik sebenarnya setan yang bernama manusia.”

‘Kay Hell’

Percaya atau tidak itulah realitinya…ada manusia yang begitu sonsang fikirannya dan berpegang teguh pada falsafah hidupnya. Apa kata anda? Saya terkilan membaca artikel ini dan terlalu banyak perkara yang ingin saya sentuh sehingga tidak mampu untuk menulis apa-apa pandangan ketika ini. Namun kesimpulan yang boleh saya rumuskan hanya satu, lelaki ini sedang menzalimi diri sendiri kerana kecewa dengan sikap manusia dan putus pergantungan dengan tuhan. Anda boleh mendapatkan majalah Maskulin isu Ogos 09 dan baca artikel bertajuk ‘Bila lelaki menjadi Syaitan’ untuk mengetahui apakah jawapan yang diberikan oleh pihak Maskulin.

Renung-renungkan kisah ini, sekiranya anda mempunyai pandangan yang bernas, kongsi-kongsikanlah di sini…

Sekian saja…

4 Comments

Add Comment