(Teknologi) Era Baru Bateri AA/AAA

Sejak bertahun atau mungkin berabad lamanya, kegunaan bateri tidak pernah menjadi bahan yang kita boleh abaikan. Ia amat diperlukan dalam kehidupan harian kita yang malas ni. Maklum la..nak tukar siaran TV pun pakai remote control, nak pasang aircond pun guna remote juga, benda alah ni semua kalau ada bateri barulah dia hidup. Jam dinding pun kena guna bateri juga. Statistik menunjukkan 15 bilion bateri digunakan setiap tahun. Wah..banyak tu…

bateries

Pelbagai teknologi dihasilkan sehingga la lahirnya teknologi terkini yang mana bateri boleh di cas semula. Bateri cas semula ni dianggap lebih portable dan mudah di bawa ke mana-mana. Bahkan kamera digital pun banyak menggunakan bateri seperti ini. Tapi sayang, bateri seperti ini memerlukan chargernyer yang tersendiri. Kalau terlupa nak bawak, tak ker naya..

Kini lahirlah era baru untuk bateri versi lama tersebut iaitu bateri yang boleh dicas menggunakan usb. Tengok saja gambar yang disediakan diatas, anda dah pun tahu bagaimana nak menggunakannya. Lihat, menarik bukan! Dengan potensi untuk dicas menggunakan usb anda boleh mengecasnya di mana2 saja yang ada komputer, laptop dan apa2 saja yang menyediakan USB port.

Nak info lebih lanjut? Sila ke sini: www.usbcell.com/

4 Comments

Add Comment