(Teknologi) Kedudukan Laman Anda di Alexa.

Mungkin ini adalah artikel pertama saya berkaitan dengan teknologi. Teknologi kali ini berkaitan dengan internet. Tahukah anda berapakah kedudukan laman anda di Alexa? Apa tu Alexa? Secara ringkasnya Alexa adalah sebuah laman yang merekodkan kedudukan setiap laman web di internet. Kedudukan yang dimaksudkan di sini ialah populariti blog anda. Jika Google di kedudukan no.1, facebook di kedudukan no.3, berapa pula kedudukan blog anda? Lihat kedudukan blog WanWMA di bawah.

alexa

Perhatikan anak panah berwarna hijau (klik pada gambar untuk ke web Alexa), itulah kedudukan blog WanWMA. 1 juta lebih..hohoho..amat jauh berbeza dengan blog-blog yang terkenal. Perhatikan ayat pada graf yang disediakan,’Not in top 100,000‘. Maknanya tak termasuk dalam ranking 100,000 ke bawah. Sebenarnya jika blog atau laman web kita tersenarai di bawah 100,000 bermakna blog kita tu memang mesra search engine dan jugak terkenal. Kalau tak agak ketinggalan la jawabnya.

Sebenarnya pada 2 bulan yang lepas laman ini masih dikedudukan 2juta ke atas, hampir saja dengan 3juta. Namun setelah digodek-godek oleh saya selama kurang lebih 2 bulan, blog ini telah turun ke tangga 1,030,436. Dan angka ini sentiasa menurun hampir setiap hari.  Saya memang sedang mengejar untuk turunkan ranking blog ini ke angka 1juta ke bawah. Rasanya 1 minggu lagi saya akan berjaya mencapai ranking itu! Huhuhu..

Jika anda perasan, dalam gambar tu ada ditunjukkan peningkatan blog ini dalam masa 3 bulan iaitu sebanyak 160%. Ini adalah peningkatan yang amat kecil. Saya ada lagi satu laman yang meningkat sehingga 2300% dalam masa 3 bulan. Berbeza besar bukan! Peningkatan ini amat bergantung kepada cara anda memonopoli search engine, mungkin lain kali saya boleh cerita pasal perkara tu..huhuhu

Bagaimana nak tengok tiap2 hari ranking blog ini tanpa perlu ke website alexa? Caranya mudah jer, tengok anak panah bewarna merah. Download la toolbar percuma yang disediakan. Ia amat membantu anda melihat perkembangan blog anda setiap masa. Selain itu anda juga dapat melihat populariti blog-blog lain yang anda lawati. Ok, selamat mencuba!

22 Comments

    • wanwma
      • wanwma
      • naz
        • wanwma
    • wanwma
  1. teh
    • wanwma
    • wanwma
    • wanwma
    • wanwma
    • wanwma

Add Comment