Ustaz Azhar Idrus

Mungkin nama ini sudah tidak asing lagi bagi sesetengah daripada anda. Dengar nama ini saja anda dah terasa nak tergelak dan berguling-guling ketawa..hohoho..tetapi kepada sesiapa yang masih tidak tahu dan tidak kenal siapa itu Ustaz Azhar Idrus, dalam entri kali ini saya akan bercerita sedikit tentang diri beliau.

Saya bukanlah kenal rapat sangat dengan Ustaz Azhar Idrus ni, saya tak tahu berapa umurnya, apa sejarah pengajianya, cuma saya memang seorang penuntut yang pernah mendengar ceramah beliau secara dekat. Beliau adalah penduduk kampung saya. Saya mula mendengar ceramah beliau di surau sebelah rumah saya ni sejak tahun 1996 sehingga tahun 2000. Selepas itu saya keluar dari kampung untuk sambung belajar ke peringkat IPT dan Ustaz Azhar Idrus juga sudah tidak mengajar di surau itu lagi.

Ustaz Azhar

Hampir 3-4 tahun saya tidak mendengar sebarang ceramah beliau selepas itu sehinggalah rakan-rakan pelajar IPT saya memainkan video ceramah Ustaz Azhar Idrus dalam komputer mereka. Dengar saja suara beliau saya sudah kenal siapa tuannya. Saya tak sangka ketika itu Ustaz Azhar Idrus telah pun terkenal dikalangan remaja-remaja sekolah dan pelajar IPT. Banyak CD ceramah beliau dijual di pasar dan kedai-kedai, begitu juga video ceramah beliau amat popular diinternet.

Saya gembira dengan perkembangan ceramah Ustaz Azhar Idrus. Semakin ramai orang mengenali beliau, semakin mudahlah untuk beliau berdakwah. Sepanjang pengalaman saya menuntut ilmu dengan beliau, banyak perkara yang saya belajar yang tidak diajar disekolah-sekolah. Disebabkan itu, sikap saya banyak diperangaruhi dengan didikan beliau. Namun sayang, tak ramai anak muda ketika itu suka mendekati atau pergi ke surau-surau untuk menuntut ilmu agama. Syukurlah dengan kemajuan teknologi terkini, ilmu-ilmu agama dan ceramah-ceramah ustaz boleh dilihat terus melalui internet.

Saya ingin menyeru kepada rakan-rakan, luangkanlah sedikit masa untuk mendengar ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus atau mana-mana ustaz yang boleh membantu kita belajar lebih banyak perkara-perkara berkaitan agama. Sekarang kita boleh belajar hanya depan PC sahaja, tak payah keluar rumah pun! Untuk mendengar ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus silalah ke laman web beliau: http://www.ustazazhar.com/v1/

Ustaz Azhar Idrus juga adalah seorang peminat fotografi, anda boleh melayari laman web khas beliau untuk melihat gambar-gambar yang diambil: DigitalMukmin

Sebahagian video ceramah Ustaz Azhar Idrus:

22 Comments

  1. Awe
    • wanwma
  2. naz
    • wanwma
  3. abraham say
  4. Wan Solehah al-Halbani
  5. Wan Solehah al-Halbani
  6. Wan Solehah al-Halbani
  7. Wan Solehah al-Halbani
  8. Wan Solehah al-Halbani
  9. Wan Solehah al-Halbani
  10. Wan Solehah al-Halbani
  11. Wan Solehah al-Halbani
  12. Wan Solehah al-Halbani
  13. Wan Solehah al-Halbani
  14. Wan Solehah al-Halbani
  15. Wan Solehah al-Halbani
  16. Wan Solehah al-Halbani
  17. Wan Solehah al-Halbani
  18. mata hati

Add Comment