5 Masalah

Syaqiq bin Ibrahim berkata: “Saya telah menanyakan kepada 700 orang alim mengenai lima masalah. Semua mereka memberi jawapan yang sama. 


1. Siapakah orang yang sempurna akal? Mereka menjawab

✏Orang yang tidak menyintai dunia (mengambil dunia sekadar yang diperlukan). 


2. Siapakah orang yang cerdik? Mereka menjawab

✏Orang yang tidak tertipu oleh dunia. 


3. Siapakah orang yang kaya? Mereka menjawab

✏Orang yang reda menerima bahagiannya daripada Allah. 


4. Siapakah orang yang mengerti agama? Mereka menjawab

✏Orang yang tidak meminta berlebih-lebihan 


5. Siapakah orang yang bakhil? Mereka menjawab

✏Orang yang tidak mengeluarkan hak Allah dalam hartanya.

C&P: ustaznaim.blogspot.com

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.