Perjalanan hidup kita semakin hampir ke pengakhirannya, maka tingkatkanlah amal ibadat, menjaga lisan, penglihatan, pendengaran dan terbabit dengan perkara² yang mendatangkan kemaksiatan.
Ada jari, tulislah yang baik², ada tangan jangan sesekali mengambil yang bukan hak kita.Ada mulut berkatalah yang baik², jangan kata mulut saja jahat hati baik, itu salah!
Jauhi makanan yang dikhuatiri tidak halal, elakkan dari berkata hal peribadi orang biarpun seburuk mana akhlaknya, kita sendiri pun belum tentu sempurna.
Elakkan dari mendengar umpatan dan fitnah orang, jika berada dalam golongan yang suka bercerita aib orang, jauhilah tempat itu.Bersangka baik dengan semua dan selalulah beristighfar, gunakan anugeran terindah yang Allah beri sebaik²nya.
Jadikan ianya jariah pahala dengan menulis yang baik² dan berkata yang baik² saja.
Kita pasti tahu apa akibatnya tak menjaga lidah dan jari kita.Terlajak kata permohonan maaf belum tentu dapat mengubat luka.Maka berfikirlah dulu akan akibatnya, kerana kita akan mengetahui manisnya apabila kita berjaya mengawal diri.
Dan akibat yang lebih parah apabila kita tidak mengawal lidah dan jari kita, sesuatu yang kita lontarkan ada kalanya ada yang tidak.dapat menerimanya dengan hati terbuka.
Dia akan diam memendam rasa sakitnya dan parut sakit hati itu akan kekal biarpun sudah dimaafkan.Seperti memaku di dinding, dicabut pakunya, kesan lubang masih berbekas.Begitulah hati bila disakiti.
Memang kita dituntut meminta maaf, redha, sabar dan sangka baik.
Tapi manusia ini rambutnya saja sama hitam, tapi hati tidak.Berhati²lah, keterujaan kita akan memusnahkan diri kita sendiri.
Berfikir dahulu sebelum berkata.
Berfikir dahulu sebelum menulis.
Kuasa di tangan kita.
Akibat buruk mampu memutuskan silaturrahim.
Sama² kita istiqomah, muhasabah diri dan perbaiki kelemahan diri.
“Menjaga hati sama pentingnya dengan menjaga lisan. Sebab jika seseorang hatinya baik, maka akan keluar dari lisannya perkataan yang baik. Lisan mencerminkan kebersihan hati seseorang.”
– Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abdurrahman al-Jufri –
cnp

About mai

Check Also

Halal, Haram dan Syubhah

Halal Haram dan Syubhat   عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *