ADAB BERDOA

9 ADAB BERDOA yang mungkin kita terlepas pandang. 🤲

1⃣ Tika berdoa, check niat kita dan pastikan berdoa dalam keadaan IKHLAS semata-mata kerana ALLAH. Bukan nak menunjuk-nunjuk atau riyak.

2⃣ Mulakan doa dengan menyebut nama-nama ALLAH Yang Maha Mulia seperti yang terkandung dalam ASMAUL HUSNA. Contoh Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Mujib, Ya Salam.

3⃣ Selitkan juga SELAWAT ke atas Rasulullah SAW sebelum memohon sesuatu daripada ALLAH.

4⃣ Pastikan semasa berdoa kita berada pada posisi menghadap KIBLAT.

5⃣ Sangat penting untuk kita YAKIN yang ALLAH pasti memakbulkan setiap doa kita tanpa ragu kerana ALLAH Maha Berkuasa, tiada yang mustahil bagi-Nya.

6⃣ Jaga amalan seharian kita. Elak lah dari perbuatan, percakapan hatta cetusan hati tentang perkara yang mengundang dosa kerana dosa ni boleh menghalang mustajabnya doa. Andai terlanjur, segera lah istighfar dan bertaubat.

7⃣ Berdoa dengan penuh rasa RENDAH DIRI, hina, takut, tenang dan khusyuk sebagai hamba. Bila hadirnya kesedaran rasa kehambaan, maka mudah untuk kita membesarkan ALLAH.

8⃣ Jangan terdetik di hati kita dari rasa jemu untuk MENGULANG-ULANG doa. Istiqamah lah dalam berdoa kerana ALLAH kasih pada hambanya yang suka merintih.

9⃣ Jangan TERGESA-GESA dalam mengharapkan segera doa kita tu makbul. Sebab ALLAH pasti makbulkan pada masa yang tepat samada cepat atau lambat saja. Jadi jangan sesekali berhenti berdoa selagi doa kita belum dimakbulkan.

Alhamdulillah, syukur Ya ALLAH, terima kasih Ya ALLAH kerana selalu memakbulkan segala doa-doa kita dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara.

Beruntung nya kita sebab doa adalah senjata ajaib tanda kasih dan sayangnya ALLAH kepada kita semua hamba-Nya. ❤

“Berdoalah kepadaKU, nescaya akan KUperkenankan (permintaan) bagimu” (Al-Mukmin : 60)

By Husna Zul

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.