Home / Informasi / Adab Tidur

Adab Tidur

Ya Allah takutnya ๐Ÿ˜ข

*Bagaimana Adab Kita Tidur?*
Tidur adalah suatu nikmat yang dikurniakan pada kita untuk merehatkan seluruh sistem tubuh agar kembali segar.
Waktu tidur yang menjadi kebiasaan kita adalah pada waktu malam.

Firman Allah SWT:

ูˆูŽุฌูŽุนูŽู„ู’ู†ูŽุง ู†ูŽูˆู’ู…ูŽูƒูู…ู’ ุณูุจูŽุงุชู‹ุง (ูฉ) ูˆูŽุฌูŽุนูŽู„ู’ู†ูŽุง ุงู„ู„ูŽู‘ูŠู’ู„ูŽ ู„ูุจูŽุงุณู‹ุง (ูกู ) ูˆูŽุฌูŽุนูŽู„ู’ู†ูŽุง ุงู„ู†ูŽู‘ู‡ูŽุงุฑูŽ ู…ูŽุนูŽุงุดู‹ุง (ูกูก)

“Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki. ” (An-Nabaโ€™: 9 โ€“ 11).

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih afdal ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam. Waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak. Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

Bagi menjadikan tidur kita lebih bermakna, Rasulullah mengajarkan beberapa adab:

*1. Tidur dalam keadaan berwuduk.*

Rasulullah SAW telah bersabda:

ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุชูŽูŠู’ุชูŽ ู…ูŽุถู’ุฌูŽุนูŽูƒูŽ ููŽุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃู’ ูˆูุถููˆุกูŽูƒูŽ ู„ูู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู

โ€œJika kamu mendatangi tempat pembaringanmu, maka berwuduklah seperti mana wudukmu untuk melakukan solat. (HR Bukhari No: 247)

*2. Tidur pada lambung kanan* (mengiring ke kanan)

Hadis Nabi SAW:

ุซูู…ู‘ูŽ ุงุถู’ุทูŽุฌูุนู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุดูู‚ู‘ููƒูŽ ุงู„ุฃูŽูŠู’ู…ูŽู†ู

โ€œโ€ฆkemudian berbaringlah kamu di atas lambung kamu di sebelah kananโ€ HR Bukhari No:247)

Antara manfaatnya tidur mengiring ke kanan ini baik pada jantung untuk berfungsi dengan lancar disamping lebih mudah untuk bangun diwaktu malam bagi melaksanakan solat malam.

*3. Membaca Ayat al-Kursi*
Membaca ayat al-Kursi sebelum tidur dapat memelihara diri dari gangguan syaitan sehingga subuhnya.

*4. Membaca 3 Qul*

Nabi SAW bersabda:

ุฃูŽู†ูŽู‘ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูŽู‘ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูƒูŽุงู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽูˆูŽู‰ ุฅูู„ูŽู‰ ููุฑูŽุงุดูู‡ู ูƒูู„ูŽู‘ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุฌูŽู…ูŽุนูŽ ูƒูŽููŽู‘ูŠู’ู‡ู ุซูู…ูŽู‘ ู†ูŽููŽุซูŽ ูููŠู‡ูู…ูŽุง ููŽู‚ูŽุฑูŽุฃูŽ ูููŠู‡ูู…ูŽุง โ€{โ€ู‚ูู„ู’ ู‡ููˆูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽุญูŽุฏูŒโ€}โ€ ูˆูŽโ€{โ€ู‚ูู„ู’ ุฃูŽุนููˆุฐู ุจูุฑูŽุจูู‘ ุงู„ู’ููŽู„ูŽู‚ูโ€}โ€ ูˆูŽโ€{โ€ู‚ูู„ู’ ุฃูŽุนููˆุฐู ุจูุฑูŽุจูู‘ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุณูโ€}โ€ ุซูู…ูŽู‘ ูŠูŽู…ู’ุณูŽุญู ุจูู‡ูู…ูŽุง ู…ูŽุง ุงุณู’ุชูŽุทูŽุงุนูŽ ู…ูู†ู’ ุฌูŽุณูŽุฏูู‡ู ูŠูŽุจู’ุฏูŽุฃู ุจูู‡ูู…ูŽุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุฑูŽุฃู’ุณูู‡ู ูˆูŽูˆูŽุฌู’ู‡ูู‡ู ูˆูŽู…ูŽุง ุฃูŽู‚ู’ุจูŽู„ูŽ ู…ูู†ู’ ุฌูŽุณูŽุฏูู‡ู ูŠูŽูู’ุนูŽู„ู ุฐูŽู„ููƒูŽ ุซูŽู„ุงูŽุซูŽ ู…ูŽุฑูŽู‘ุงุชู

Adalah Nabi SAW jika ingin tidur pada setiap malam akan menadah tangannya dan dibacakan padanya Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas lalu dihembuskan pada kedua tapak tangannya kemudian Baginda menyapu pada bahagian badan dimulai pada bahagian kepala, muka dan bahagian depan badan Baginda (yang boleh dicapai) dan Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (HR Bukhari No:5017)

*5. Membersihkan Tempat Tidur* (kibas terlebih dahulu)

Hadis Nabi SAW:

ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽูˆูŽู‰ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ุฅูู„ูŽู‰ ููุฑูŽุงุดูู‡ู ููŽู„ู’ูŠูŽุฃู’ุฎูุฐู’ ุฏูŽุงุฎูู„ูŽุฉูŽ ุฅูุฒูŽุงุฑูู‡ู ููŽู„ู’ูŠูŽู†ู’ููุถู’ ุจูู‡ูŽุง ููุฑูŽุงุดูŽู‡ู

Jika salah seorang dari kamu ingin mendatangi tempat tidur kamu, maka ambillah sebahagian kain lalu dikibaskannya (bagi membersihkan tempat tidur itu)โ€ฆ (HR Muslim No:2714)

Antara tujuannya adalah untuk memastikan tempat tidur kita bersih dari sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan semasa tidur.

*6. Membaca Doa Sebelum Tidur*

Antara doa tidur yang boleh diamalkan:

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุจูุงุณู’ู…ููƒูŽ ุฃูŽุญู’ูŠูŽุง ูˆูŽุฃูŽู…ููˆุชู

Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati.

*7. Membaca Doa Ketika Bangun Dari Tidur*

Hadis Nabi SAW, daripada Huzaifah RA:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽูˆูŽู‰ ุฅูู„ูŽู‰ ููุฑูŽุงุดูู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ โ€”โ€ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุจูุงุณู’ู…ููƒูŽ ุฃูŽุญู’ูŠูŽุง ูˆูŽุฃูŽู…ููˆุชู โ€”โ€Œโ€.โ€ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุตู’ุจูŽุญูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ โ€”โ€ ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุฃูŽุญู’ูŠูŽุงู†ูŽุง ุจูŽุนู’ุฏูŽ ู…ูŽุง ุฃูŽู…ูŽุงุชูŽู†ูŽุง ูˆูŽุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ู†ู‘ูุดููˆุฑู

Adalah Nabi SAW jika mendatangi tempat tidurnya akan berdoa: โ€œYa Allah! dengan nama-Mu aku hidup dan aku matiโ€. Apabila bangun dari tidur berdoa: โ€œSegala puji bagi Allah Yang menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami, dan kepada-Nya dibangkitkan. (HR Bukhari No:7394)

_*Marilah kita memperelokkan tidur dengan mengamalkan adab-adab di atas.*_

kredit : kapsultazkirah

About mai

Check Also

43 Tahun

  SubahanAllah. Ini adalah gambar seorang Jemaah Haji berasal dari Pakistan yang telah tersebar di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *