Home / Artikel Cahaya Islam / (Agama) Pengharaman Poco Poco Dari Email Yang Salah!

(Agama) Pengharaman Poco Poco Dari Email Yang Salah!

Saya terbaca banyak perkara tentang Poco-poco yang diharamkan. Namun pengharaman itu tiada bukti sahih dan bukan dijatuhkan oleh badan berwajib. Ia cuma dinyatakan oleh sebuah email yang tidak tahu siapa penulisnya, di mana dia mendapat fakta, apakah butinya dan sejauh mana kebenarannya.  Bagaimanapun email ini telah tersebar luas dalam internet samada melalui email mahu pun blog. Inilah email yang saya maksudkan:

NOTA TERBARU: KINI TARIAN POCO-POCO TELAH DISAHKAN HARAM OLEH JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERAK:

Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

tarian poco-poco

Dan ini pula pandangan saya….

Kalau nak kata ia membentuk salib dan sebab itu ia haram, pandangan ini tak kukuh langsung! Ada banyak lagi tarian lain termasuk  seni mempertahankan diri seperti silat yang  langkahnya lebih kurang sama iaitu 4 penjuru. Kanan kiri depan dan belakang. Bagaimana ini boleh dikatakan sebagai membentuk salib? Jika benar…ia perlu dipertimbangkan kerana ia mungkin hanya kebetulan…

Menghalalkan perkara yang haram dosa besar hukumnya. Mengharamkan benda yang halal pun haram hukumnya. Kita bukanlah orang yang berhak menjatuhkan hukum. Jika tahu akan propaganda yang dilancarkan oleh orang kafir untuk merosakkan kita, maklumkan kepada majlis bekernaan untuk ditetapkan hukum. Jangan jatuhkan hukum sendiri pengikut pandangan kita sahaja. Ia perlu dikaji dan disiasat.

Namun, sesuatu yang tiada kepastian akan hukumnya akan jatuh sebagai ‘gharar’ iaitu tiada ketentuan. Dan ‘gharar’ hukumnya adalah haram! Sama juga sesuatu yang kita was-was, walaupun sesuatu itu halal pada dasarnya, tapi kerana kita was-was, maka ia haram buat kita. Tidak untuk orang lain.

Saya tidak menyokong tarian Poco-poco atau sebarang tarian lain. Kerana ia mengundang kelalaian, apatah lagi dengan tarian oleh wanita-wanita yang begitu menggoda. Ini jelas haram hukumnya. Tidak perlukan dalil lagi melainkan tarian itu hanya dilakukan dirumah, atau berasingan lelaki dan wanita.

Namun, untuk menjatuhkan hukum tarian Poco-poco adalah haram secara total bukanlah hak saya atau hak anda. Sekadar email yang tiada bukti sahih, bagaimana kita boleh percaya? Pun begitu, apabila kenyataan itu dikeluarkan, kita perlu berhenti melakukannya kerana ia mula menjadi sesuatu yang tiada kepastian dan dipenuhi keraguan. Apa yang boleh kita buat ialah menunggu penetapan dari Majlis Fatwa Kebangsaan!

About wanwma

Check Also

43 Tahun

  SubahanAllah. Ini adalah gambar seorang Jemaah Haji berasal dari Pakistan yang telah tersebar di …

22 comments

  1. salam.. pernah gak terbaca pasal email tu.. tapi masih mencari-cari kebenarannya..

  2. Ini ada pendapat bernas dari seorang rakan di Facebook: Linda Nazar
    Saya pun ada terbaca status dr teman fb yg kononnya jika buat kajian poco-poco berasal dr Filipina dan tarian adalah berbentuk salib. Dari sumber mana dia dapat dan apa buktinya tidak pula dinyatakan. Tetapi ramai pula yg kalut & terus percaya pernyataan tersebut.

    Sememangnya, poco-poco berasal dari Indonesia. Pergerakan tarian ini asalnya ia merupakan tarian tradisi oleh keturunan asli Minahasa di kepulauan di timur di Indonesia.

    Ia kemudian dipopularkan sebagai salah satu aktiviti riadah dikalangan tentera khas Indonesia untuk merapatkan hubungan sesama anggota…. Baca Seterusnya

    Pada hari ini, poco-poco menjadi popular dikalangan wanita kerana ia merupakan satu bentuk senaman ringan/riadah untuk kesihatan & merapatkan hubungan.

    Harap info ini dapat membuka mata anda diluar sana.

    http://www.theminahasa.net/social/stories/pocopoco.html

    • @wanwma, Rasanya elok hanya untuk dibuat asing2 diantara lelaki dan perempuan kan.. saya pandang poco2 ni sebagai satu senaman.. Lain orang lain pendapatkan..
      .-= Faarihin menulis diblognya tentang.. Menanti Cinta =-.

      • @Faarihin, Yer…memang, itu juga pendapat saya. Sebenarnya bukan pendapat, tapi itulah ajaran Islam..asingkan lelaki dan wanita..

  3. Pada saya poco-poco ini hanya sekadar satu aktivti riadah.Tidak terlintas langsung ianya merupakan propaganda/niat jahat daripada pihak tertentu.

    Hurmm kalu betul la spt yg diperkatakan,JAKIM atau badan yang bertanggung jawab wajib mengambil tindakan yg segera.

    🙂
    .-= white02 menulis diblognya tentang.. Men Are Hard To Please =-.

  4. Setuju mungkin campur lelaki prmpn jatuhnye haram…

    harap badan agama bagi kata putus beserta nas.

  5. poco-poco hanya untuk riadah… dalam senamrobik, memanaskan badan. Saya sebagai seorang guru pelatih merasakan ia amat lah patut diteruskan kerana para pelajar, kanak-kanak dan juga termasuk orang-orang dewasa begitu teruja untuk melakukan aktiviti ini.

    Berkaitan dengan wanita yang menari dalam klip video poco-poco itu memang terang-terang lah tidak elok. Tapi baiklah kita mengambil yang elok darinya.

    Isu pengharaman ini perlu diperhalusi oleh pihak-pihak berwajib kerana poco-poco ini telah makin banyak digunakan dalam aktiviti-aktiviti senaman.

    My 50 cents…. Hehehe…
    .-= Sir Fahmi menulis diblognya tentang.. =-.

    • @Sir Fahmi, Ya, saya juga amat tidak setuju dengan email di atas. Ia langsung tiada bukti kukuh mengeluarkan fakta yang tak sepatutnya. Harap badan syariah cepat memperbetulkan keadaan ini

  6. ada jugak dengar pasal ni tp xtau betul ke tdk…
    lgpon x minat jugak tarina ni…ntah ape2
    .-= sweet.ants menulis diblognya tentang.. Saat Kau Pergi =-.

  7. Mak Datin minat tarian poco-poco ni.
    entah apa yang seronoknya tu.
    .-= safar menulis diblognya tentang.. Strategi Pelancaran Semula Produk/Servis Sebagai Pemangkin Jualan =-.

  8. sepatutnya org yg btggjwb kene selidik dgn cepat..
    ni kan kes berat..
    mcm kes yoga jugak…
    rmi org anggp dy senaman.
    ssh2..bykkn solat..
    bulan2 pose..rjn2 terawih..dah kire bersenam..
    senaman yg terbaik lg..hehe
    .-= d|n menulis diblognya tentang.. good luck to CANDIDATE upsr!! =-.

  9. yang penting tu niat.. tak kira apa yang kita buat..
    .-= Mus menulis diblognya tentang.. Beraya dengan Superhero! =-.

  10. Salam Sejahtera:

    Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua kawan-kawan yang beragama Islam di seluruh dunia khasnya di Malaysia.
    Disini saya ada pandangan saya mengenai Poco-Poco.
    01-Poco-Poco memang asalnya daripada Indonesia,ia
    telah muncul di sana sebagai satu tarian.

    02-Kalau anda menonton video tarian Poco-Poco,ada
    setengah golongan buat tarian yang lemah-lembut dan
    memakai pakaian yg agak “sexy”.
    (Tetapi di Malaysia,tidak ada pun peserta Poco-Poco yg
    memakai pakaian “Sexy”macam video tersebut dan
    kebanyakan mereka pakai Tracksuit.Dan pergerakan
    disini pun tak macam video,ia berbentuk pergerakan
    Senamrobik yang gunakan Double Step Touch,walk
    backward dan step lain yang biasa digunakan oleh
    masyarakat yg buat Senamrobik.

    03-Lagu yg digunakan iaiatu POco-Poco ciptaan Arie
    Sapulette dan dinyanikan oleh Yopie Latul drp
    Indonesia,dalam lagu tersebut tidak ada perkatan yg
    ada berkaitan dengan keagamaan atau perkauman
    mana-mana bangsa.Lagunya slow dan bukan bentuk
    Rock.

    04-Kalau dikaji dengan lebih teliti,sebenarnya langkah
    poco-poco bukan 100% berbentuk SALIB,kerana
    ianya 2 langkah kekanan,2 langkah kembali asal,
    lepas itu 1 atau 2 langkah kebelakang dan berpusing
    melawan jam.Dan unutk pengetahuan sampai hari
    ini telah terdapat BERATUS_RATUS langkah atau
    step poco-poco membuatkannya lebih menarik lagi.

    05-Kalau lah niat kita nak buat sesuatu,seperti nak buat
    poco-poco hanyalah untuk kesihatan,sukan dan
    senaman harian,nak keluarkan peluh dan sebagainya,
    maka ia tidak salah disegi undang-undang Islam.

    06-Dan kalau kita buat dengan berpakaian yang elok
    seperti pakai T-Shirt atau seluar panjang(Tracksuit)
    serta berkasut sukan,guna lagu asal poco-poco atau
    lagu yang sesuai,buat ramai-ramai,tersusun,ada
    jurulatih,ada orang dewasa,yang berumur,berbagai
    bangsa,rasanya ia ok.

    07-Untuk pengetahuan,Tarian Line Dance yg terdapat di
    Malaysia kebanyakannya peminatnya adalah kaum
    cina,dan Poco-Poco pula sebenarnya boleh dikatakan
    adik beradik Line Dance juga,kerana ia mempunyai
    ciri-ciri yg sama seperti Line Dance,dan Poco-poco pula
    menjadi kegemaran kebanyakan orang Melayu.Jadi
    oklah kedua-dua kaum kita dapat membuat senaman
    yg sama,sebenarnya tidak ada penghalangan untuk
    kaum mana nak buat ini,kaum mana boleh buat itu.
    semua boleh,kan kita ini SATU MALAYSIA.

    08-Kalaulah di katakan tarian Poco-Poco tersebut ada
    ciri-ciri keugamaan,dimanakah buktinya ? Sesiapa pun
    boleh katakan apa-apa sahaja dalam dunia ini.Kalau
    tanpa bukti yg kukuh,ia seharusnya tidak baik
    untuk kita heborkan perkara begitu kerana ia akan
    membuat ramai orang takut atau terfikir-fikir yang
    bukan-bukan.

    09-Kalau si penulis ada bukti,maka ia kenalah kemukakan
    kepada pihak tertentu untuk menentukan atau
    menyatakan ia salah atau HARAM,ini penting kerana
    mungkin apa yang penulis tulis tadi akan
    mempengaruhi semua masyarakat yang secara
    langsung atau tidak langsung terlibat dalam tarian
    Poco-poco.

    10-Bagi sesetengah orang yg langsung tak minat untuk
    buat senaman dan dipejabatnya pula diarahkan utk
    buat senaman,apa lagi tentang artikal Haram tarian
    poco-poco tersebut,ia memanglah sokong 100% dengan
    tak fikir apa-apa lah.

    11-Tetapi bagi orang-orang yg minat atau sedang buat poco
    -poco sepanjang masa,khasnya instructornya,apa pula
    perasaan mereka ? Walupun tak ada bukti tentang
    kenyatan tersebut,tetapi dah ada perasan ?????.

    12-Untuk pengetahuan kawan-kawan,apa jenis sukan,
    tarian,nyanyian,senaman,pemainan,ia ada ciri-cirinya
    sendiri,berpusing 4 penjuru seperti SALIB memang
    banyak sekali terdapat dalam tarian-tarian,jadi adakah
    itu juga Haram ?

    13-Untuk pengetahuan lagi,tambahan daripada saya,
    pengerakan poco-poco sebenarnya adalah bentuk ” L “,
    ia itu kekanan,patah balik ke kiri,kemudian ke belakang
    dan kedepan balik,adalah itu 100% berbentuk SALIB ?
    Adakah penulis pernah ambil bahagian dalam tarian
    Poco-Poco ?

    14-Kenapakah tarian poco-poco dianggap macam itu,
    bukankah ia hanya satu tarian biasa,yang tidak
    membawa apa-apa maksud keagamaan ? Orang
    buat tarian poco-poco untuk kesihatan,dan tidak
    memujah atau sembah mana-mana tuhan .Ia pula
    mengikut langkah-langkah senamrobik biasa sahaja,
    tak menari macam Black Metal,Goyang Kepala atau
    menari disco dalam kelab malam yg gila-gila tu.Ia pula
    berpakaian Tracksuit , berkasut getah bukan tumit
    tinggi.

    15-Lagi pula tarian-tarian poco-poco diminati oleh semua
    kaum masyarakat,tak kira bangsa,agama,umur.

    16-Saya bukan nak mempertahankan bahawa tarian
    poco-poco tersebut betul dan tak HARAM.Tetapi saya
    cuma nak tinggalkan pesanan kepada kawan-kawan
    kita bahawa sebelum buat sesuatu kenyatan biarlah
    betfikir 2 kali,dapatkan bukti yg kukuh,hubunggi pihak
    tertentu seperti Polis,Pejabat Agama,Kementerian
    Belia dan Sukan,dan yg berkaitan.Barulah keluarkan
    e-mail atau kenyataan dalam Internet.Kerana mungkin
    kenyatan anda tersebut akan terus membuatkan sesuatu
    benda yg berfaedah itu jadi tak berfaedah.Membuat
    orang bimbang,takut dan sebagainya.

    17-Akhir kata untuk penulis berkenaan,inilah perkatan
    khas untuk anda.

    MENGHALALKAN PERKARA YG HARAM,DOSA
    BESAR HUKUMANNYA.

    MENGHARAMKAN BENDA YG HALAL PUN,DOSA
    BESAR HUKUMANYA.

    DAN MEMBUAT KENYATAAN YANG BELUM PASTI
    TAHUKAH ANDA APA HUKUMANNYA
    DIAKHIRAT NANTI ?

    Yang baik hanyalah daripada Tuhan,yang tidak baik dan
    tidak betul adalah daripada diri saya,saya memohon
    seribu ampun sekiranya kenyatan saya diatas telah
    menyentuh hati mana-mana individual yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

    • Terima kasih Kenny, saya setuju dengan anda! Panjang betul penerangan anda tu yer..huhu. Disebabkan masalah ni la saya keluarkan artikel ni.

      Masyarakat kita ni bukannya apa, bila org cakap tu kebanyakkannya terus percaya tanpa unsur periksa. Bahaya betul kes-kes macam ni!

      Semoga badan berwajib mengambil tindakan secepat mungkin

      • Terima Kasih atas e-mail yg wanwma balas,ya,saya telah sebenarnya saya telah masuk hampir semua web.site yg ada cerita pasai pengharaman tarian poco-poco.Dan saya telah bagi pendapat saya dalam kebanyakan web.site tersebut.Bukan apa,kita sebagai seorang manusia tak kiralah berbangsa apa,beragama apa,berkerja apa,pangkat apa.Selagi kita disifatkan sebagai MANUSIA,maka macam-macam akan berlaku.Tetapi bagi saya isu atau artikel pengharaman tarian poco-poco ini sangat sensitive kerana penulis telah heborkan dalam internet,faham-faham sajalah,bila masuk internet,berjuta-juta orang yang baca,so kesannya sangat besar dan bahaya.

        Saya tak pasti niat apa penulis buat macam itu.Kita jangan fikir pasai niat dia,tetapi bagi saya,seseorang berani atau inggin menyatakan sesuatu dalam internet yg boleh dibaca atau diketahui seluruh dunia,dia harus berfikir bamyak kali,kerana apabila orang baca artikel tersebut,apa akan jadi ? Dan bagi saya kenapa si penulis tidak hantar dulu aktikel tersebut kepada pihak tertentu seperti Jabatan Agama Islam atau Kementerian Belia Dan Sukan atau PDRM atau mana-mana pihak yg berkaitan dengan perkara tersebut terdahulu dan setelah badan tersebut terima artikel tersebut,mereka pun harus kaji dengan teliti,cari bahan bukti yg betul betul kukuh,barulah badan tersebut keluarkan kenyatan mengatakan tarian poco-poco tersebut adalah HARAM atau sebab sebab.Itupun kenyataan daripada pihak yang tertentu bukan daripada mana-mana individual yang tak pasti dan terus keluarkan kenyatan dalam internet.

        Saya sangat berharap si penulis memanjangkan aktikel tersebut kepada pihak tertentu untuk kepastian,janganlah buat sebarang tuduhan kalau tak ada bukti,anda mungkin dipanggil untuk ke mahkamah sekiranya perkara ini tak benar dan kian serious.
        Saya bukan nak mempertahankan bahawa tarian poco-poco itu haram,tetapi kalau tak ada bukti daripada pihak tertentu,saya tetap kata tarian poco-poco tak haram,dan tambahan pula dinegara kita ini,hampir semua tempat ada buat tarian poco-poco.Kalau haram,saya pun setuju tarian poco-poco dibatalkan.Tetapi saya inggin mencabar si penulis bahawa sekiranya kenyatan anda tak benar,maka anda seharusnya memohon maaf kepada masyarakat kalau tidak anda akan terima dosa didunia akhirat nanti.

        sekian terima kasih.

  11. salam…
    yoga= hindu
    tai ci=cina
    poco2=senaman+tarian

    knp la nk ikut sgt mnde2 ni semua.yoga tu sah2 haram.persan gak dulu ade sorang artis name atilia aktif ngat ngan yoga.siap tindik hidung macam org hindu.poco2? kdg2 kat msia ni bnyak mnde yg haram dihalalkan.lebih2 lagi kalau bini2 pemimpin besar sendiri suka.apepun…hanya TUHAN yg thu.dunia di akhir zaman dah.kita je yang terleka..semua org ade their own respon n pendapat.yang baik jadikan teladan..yg buruk? hmmm….

  12. kalau dh mragukn tinggal je la…. bkn mati pn klu x wt poco2.. bnyk lg snaman lain yg ad…

  13. kalau tarian poco poco tak diharamkan pun, saya setuju sangat kalau tarian ini di larang, bukan sebab saya marahkan tarian ni, tapi sebab tarian ni dah jadi macam candu. Kalau dalam pasukan keselamatan (tentera) asal ada majlis, mesti nak poco-poco, tak tau la, sampai lewat malam, dengarx jabatan kerajaan pun dah macam tu. Kalau nak senaman, senaman lain banyak lagi, poco-poco ni entah senaman ni proper ke tak, tak tau

  14. dari indonesia kan?? bis tu, mcm mana mufti h****** kata tarian poco-poco asal dari jamaica???

    heh..

  15. Pasal taik pun mau gaduh ka,pergi tido la macha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *