Home / Artikel Cahaya Islam / AKU BAHAGIA

AKU BAHAGIA

AKU BAHAGIA

Allah ta’ala menuntut hamba-hamba-Nya untuk bersyukur kepadanya.

Malah, Allah ta’ala memerintahkan para nabi untuk melaksanakan syukur.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengajar umatnya bagaimana untuk bersyukur.

Baginda bersabda:

انْظُرُوا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ

“LIHATLAH orang yang BERADA DI BAWAH kamu janganlah kamu lihat orang yang berada di atas kamu. Dengan begitu, kamu lebih layak untuk TIDAK MEREMEHKAN nikmat Allah yang dikurniakan-Nya kepada kamu” [Bukhari dan Muslim]

Disebutkan bahawa ada seorang lelaki berkata kepada seorang lelaki yang lain,

راتبك الشهري أعلى من راتبي

“Gaji bulanan engkau lebih tinggi daripada gajiku”

Lelaki yang kedua ini menjawab,

وأبوك حيّ وأبي متوفى، خذ راتبي وأعطني أباك

“Bapa kamu masih hidup sedangkan bapaku telah meninggal dunia. Ambil gajiku ini dan berikan bapamu kepadaku (sebagai ganti)”.

Lelaki pertama ketawa sambil berkata,

إذًا لا، فأنا سعيد بحياتي

“Kalau begitu, aku tidak mahu. AKU BAHAGIA dengan kehidupanku”

FOKUSKAN kepada apa yang kamu ADA. Jangan fokus kepada sesuatu yang tiada.

Bersyukurlah atas nikmat yang ada. Pasti Allah akan menambahkan nikmatnya kepada kamu.

Allah ta’ala berfirman

لَىِٕن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِیدَنَّكُمۡۖ

“Demi sesungguhnya! Jika kamu BERSYUKUR nescaya AKU akan TAMBAH NIKMAT-KU kepada kamu” [Ibrahim:7]

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah kepadaku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang soleh”. [An-Naml:19]

Ameen.

cnp

About mai

Check Also

Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat

Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *