Hati yang tidak diisi Al-Qur’an sebenarnya kosong. 💔
Dan yang mengambil ruang lopong itu adalah kesakitan.
Segala jenis penyakit – marah, benci, dendam, putus harapan.
Segala rasa yang buat kita jauh dari Tuhan.
Kerana itu, kita dikurniakan Al-Qur’an sebagai pendamping.
Bagi meredah liku-liku dunia yang menguji.
Dalam perjalanan ini, ada ketikanya kita terjatuh.
Kita perlukan penawar supaya kita boleh terus bangkit dan terus berjalan.
Dalam Surah Yunus (ayat 57) Allah menyebut,
وَشِفاءٌ لِما فِي الصُّدورِ
Allah menyifatkan al-Qur’an sebagai penawar bagi penyakit hati.
Jauh lebih hebat daripada madu yang disebut dalam Surah Al-Nahl (Ayat 69) ,
فيهِ شِفاءٌ لِلنّاسِ
– ‘Padanya terdapat penawar’
Perasan kan, Allah menekankan bahawa membaca Al-Qur’an ini benar dan sesungguhnya, adalah PENAWAR bagi penyakit hati.
Bertambah jauh perjalanan hidup, bertambah banyak luka yang harus sentiasa kita rawat.
Sebab itu Al-Qur’an tidak boleh terasing dari hati kita.
– Husna Rosli, JT